Saturday 20 April 2013

Video Ng Yen Yen dimalukan oleh rakyat Melaka tersebar!!


Setelah tersebarnya dua video tentang kejadian yang amat memalukan Najib sebagai seorang Perdana Menteri kini tersebar pula satu video, Menteri kabinet Najib pula dimalukan oleh rakyat Melaka pula..

Menteri Pelancongan Dr. Ng Yen Yen juga menerima nasib yang sama dengan Najib apabila beliau menggunakan pentas untuk sambutan Chap Goh Mei untuk menyampaikan ceramah politiknya di Melaka.

Video Najib dimalukan di Pulau Pinang itu sila lihat di ( SINI ) dan  ( SINI )

Dalam kejadian itu beliau dilaporkan telah berkata " Arah tuju negara kita adalah ditangan rakyat, Kami yakin dengan rakyat Melaka kerana anda semua tahu siapa yang bekerja untuk rakyat"..

Naib Presiden MCA itu juga telah membandingkan pengharaman sambutan hari Valentine dan juga loteri yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan dan beliau meminta rakyat Melaka menghargai apa yang Ali Rustam telah lakukan untuk Melaka.

Beliau meminta para hadirin agar bersetuju dengan kenyataannya itu dan menggesa mereka berkata 'Yes' dan dalam masa yang sama beliau menjanjikan Kerajaan BN akan mengadakan satu sambutan Chap Goh Meh yang lebih besar dan meriah jika BN menang Pilihanraya yang akan datang..

Dan majoriti hadirin telah menyambutnya dengan 'NO....'

Beliau tidak kecewa begitu saja.. malah cuba memburukkan Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah pula yang menurutnya sangat teruk sekarang kerana diperintah oleh PAS dan DAP.. dan bertanya adakah hadirin bersetuju dengannya?

Jawapan dari hadirin lantang dan jelas.. "No! No! No!"..

Sekali lagi BN dimalukan.. kali ini oleh rakyat Melaka dari berbagai golongan usia..

Lebih malang buat Ng Yen Yen.. pasukan Tarian Singa pun buat bodoh saja bila beliau mengarahkan gendang dipukul...


Saksikan!!

0 comments:

Post a Comment