Saturday 3 August 2013

Gambar-gambar dari tempat kejadian kemalangan yang akibatkan Pemain Hoki Negara maut..


Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Menurut jurucakap polis, Kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian jam 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.


Beliau berkata, Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.

Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun dan pernah beraksi untuk skuad hoki negara di Sukan Komanwel 1998.

Antara pencapaian mendiang Chua Boon Huat bersama Pasukan Hoki Negara:- Gangsa di Asian Games 2002 Busan, Perak di Sukan Komanwel 1998 KL.

Gangsa di Sukan Komanwel 2006 Melbourne dan Gangsa di Hockey Asia Cup Chennai 2007.


Sumber gambar datangnya dari : Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

0 comments:

Post a Comment