Saturday 22 June 2013

ADEGAN yang tak ingin Amno lihat [Saksikan...]

Black 505: Nasrudin, Nik Abduh sertai himpunan esok

KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan bersama-sama menyertai Himpunan Black505 di Padang Merbok, bermula jam dua petang esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, beliau bersama timbalannya Nik Abduh Nik Abdul Aziz, naib ketua Dr Raja Ahmad Iskandar dan barisan exco yang lain memberikan komitmen untuk bersama pihak penganjur menjayakan himpunan aman untuk membantah penipuan dan penyelewengan PRU serta mendesak Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletakkan jawatannya.

"Kami seluruh warga DPPM turun menyatakan semangat kebersamaan dan solidariti kami bersama semua pihak yang terdiri dari parti-parti politik, NGO dan orang perseorangan yang menentang penyelewengan berpaksikan kaedah "Muwaajahah Silmiyah" iaitu "Penentangan secara Aman".

"Justeru itu Himpunan 505 ini berdiri atas konsep himpunan aman menepati hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara, katanya kepada harakahdaily.

Tegas beliau juga, DPPM menolak dan mengecam sebarang usaha provokasi atau sabotaj dari mana-mana pihak yang cuba memanipulasi keadaan lalu memesong serta menggagalkan matlamat, objektif dan hala tuju murni Himpunan Aman 505.

"Pihak kerajaan selayak dan sewajarnya mendengar suara rakyat jika mahu masa depan mereka terus relevan di mata rakyat. Jangan pukul dan tangkap rakyat sendiri.

"Jangan cetuskan provokasi sebagaimana saya juga nasihatkan semua peserta himpunan agar jangan sekali-kali layan dan menimbulkan provokasi. Sabar, tenang dan fokus pada matlamat serta objektif himpunan," ujarnya.


0 comments:

Post a Comment