Saturday 22 June 2013

Kenyataan Naib Canselor UiTM dibidas bekas pelajar UiTM..


Cara beliau bercakap menggambarkan seolah-olah UiTM itu milik mak bapaknya bukan milik MARA kerana beliau mengatakan UiTM menyokong Barisan Nasional, sedangkan setahu aku ramai dalam UiTM itu sendiri menentang Barisan Nasional..

Semalam Utusan melaporkan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid berkata "Anda dan rakyat Malaysia kena tahu ini. Kewujudan UiTM yang kini memiliki hampir 200,000 pelajar ini telah menyelamatkan negara kita. Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud. Mungkin ramai orang Melayu dan bumiputera jadi golongan miskin dan tidak berdaya. Mungkin orang Melayu selama-lamanya menjadi hamba di tanah air sendiri.

"Dengan keupayaan UiTM sehingga hari ini melahirkan hampir setengah juta profesional Melayu, maka institusi ini berperanan sebagai pengimbang ekonomi dan menjauhkan ketidaktenteraman dalam kalangan kaum-kaum. Kalau tanpa UiTM, kalau tanpa Kerajaan Barisan Nasional menampung perbelanjaan membina dan menggerakkan aliran pelajarnya, profesional Melayu tidak akan lahir, kemudian berkembang," katanya.

"UiTM menyokong kerajaan BN dan UMNO sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak,"

Hari ini kenyataan Sahul Hamid itu dibidas oleh seorang bekas pelajar UiTM, yang kini merupakan ADUN Seberang Jaya dari PKR, Dr. Afif Bahardin yang juga katanya kenyataan itu adalah memalukan, dangkal serta menjatuhkan reputasi UiTM..


Seorang anggota Exo kerajaan Pulau Pinang menyelar Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab apabila mengakui secara terbuka bahawa universiti tersebut menyokong BN dan Umno.

Exco Kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (kiri) yang juga exco AMK Pusat berkata kenyataan Sahol itu juga "memalukan, dangkal serta menjatuhkan reputasi UiTM" sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini.

"Sebagai seorang ahli akademik yang bertanggungjawab mengetuai pentadbiran dan pengurusan UiTM, Dr Sahol Hamid tidak sewajarnya mengaitkan nama UiTM dalam mencahirkan dukungan politik beliau terhadap Umno-BN.

"UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi seharusnya dilihat berwibawa dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," kata lulusan UiTM dalam jurusan perubatan itu.

Naib ketua AMK Pulau Pinang itu mengulas kenyataan Sahol dalam dalam wawancara yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam, yang secara terbuka mengakui bahawa institusi pendidikan yang dipimpinnya menyokong BN dan Umno.

Beliau berkata hanya parti pemerintah itu dapat menjamin masa depan bumiputera dalam negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak. 
Sehubungan itu, Dr Afif yang juga ADUN Seberang Jaya menggesa Sahol supaya bersikap profesional dan berhenti menggunakan UiTM demi memenuhi kepentingan politik Umno-BN. 
"Beliau sewajarnya menumpukan usaha dan komitmen dalam membangunkan kapasiti intelektual pelajar-pelajar UiTM serta menambahbaik mutu dan pencapaian UiTM supaya mampu bersaing secara lebih kompetitif di peringkat global," katanya. ~ Malaysiakini

Sahol kata UiTM sokong BN.. tapi kenapa pulak lepasan UiTM ni tak sokong BN?

Kah..kah.. kah.. mungkin yang menyokong BN maksud Sahul Hamid tu ialah dirinya sendiri serta batu dan kayu yang ada dalam kawasan UiTM tu kot..

0 comments:

Post a Comment