Saturday 22 June 2013

BLACKOUT 505: Polis tuduh penganjur akan cetus 'pertempuran'

Polis mendakwa mendapat maklumat penganjur perhimpunan Black 505 sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dan orang ramai dan menggesa rakyat agar tidak menghadiri perhimpunan itu.

Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dengan orang ramai,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh dalam satu kenyataan lewat petang ini.

baca lagi ..


sumber sini



“Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa,” tambah beliau lagi.

Menurut Mohamad, himpunan Black505 juga menyalahi undang-undang kerana ianya bercanggah dengan kehendak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja yang melanggar akta tersebut dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini,” katanya.

Dalam kenyataan balas tidak berapa lama selepas itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melahirkan rasa terkejut dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau merupakan salah seorang daripada penganur.

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar," katanya. ~insider



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




0 comments:

Post a Comment