Saturday 29 June 2013

ANWAR IBRAHIM BELI UMNO SELANGOR?

Kecoh kini di kalangan puak-puak UMNO kononnya Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor Ir Mohd Zin menerima sejumlah wang yang besar bagi mengalahkan UMNO Selangor di dalam pilihanraya lepas. Haha...pemilihan UMNO dah dekat. Masing-masing nak menonjolkan diri. Maka, timbullah cerita-cerita  macam ni. Apa pun kita tunggu dan lihat perpecahan yang kian memuncak di kalangan puak-puak UMNO Selangor.

Zin Badak Dibayar Anwar Untuk Pastikan BN Kalah Di Selangor - Ungku Salleh

Semua sedia maklum bahawa Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Selangor. Natijahnya koordinator BN, Dato' Ir Mohd Zin Mohamed dituduh sebagai pihak yang harus dipertanggungjawabkan atas kekalahan ini.
Namun khabar kurang enak diterima mendakwa bahawa Mohd Zin atau dikenali dengan panggilan "Zin Badak" menerima sejumlah wang dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk memastikan BN tewas dalam percaturan politik Selangor, dan hal ini bukan dihebahkan oleh orang sebarangan, sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Selangor sendiri, Ungku Salleh Ungku Jamal.
"Saya berani bersumpah Zin Badak menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk pastikan BN kalah di Selangor" - Ungku Salleh
Kebenaran mengenai khabar ini masih belum dipastikan, namun dalam bicaranya yang bersungguh-sungguh, Ungku Salleh sememangnya menyalahkan Zin Badak atas kekalahan BN di Selangor.

0 comments:

Post a Comment