Wednesday 20 March 2013

Buah Kundang - Mahal Gilerrr

Semalam mengada-ngada nak makan buah kundang jadi pesan pada suami nnt tolong carikan buah kundang di pasar chowkit ye..... 'ok'. Belilah lebih sikit, 2 kilo ke....3 kilo ke.. nak makan ramai2 lah dengan jiran-jiran. 'ok'. Petang itu suami pulang dan bawa sepelastik buah kundang....waaaahhh suke...suke....
Ehhh sikit je beli? 'sekilo rm 25 tu tau tak'
erkkk..... terkejut dengar. Nasib baik tak terlepas gelas dari tangan (ecewah mcm sineron je pulak). Awat mahal sangat???


Ha tu lah buah kundang atau buah remia atau buah setaq. Fuhh.... bila tengok meleleh liur. Terbayang masam-masam manis buah ni. Tapi semalam kecewa sungguh kerana buah kundang yang dibeli keseluruhannya rasa manis!Manis sampai tak jumpa rasa sedikit pun masam.... tak ada peluang lansung nak makan sambil terkenyit2 mata menahan rasa masam. Hampa sedikit you...  potong stim betul lah.

Oh... ada sesiapa yang tahu kenapa harga buah ini mahal sangat. Atau adakah memang itu harganya? Rasanya dulu (tak ingat bila kali terakhir beli) tak ada lah sampai terkejut begini dengar harganya. Atau sebab buah ini sudah nak pupus atau sekarang bukan musimnya. Apapun alhamdulillah dapat juga merasanya.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

0 comments:

Post a Comment