Monday 4 March 2013

Dalang pengkhianat PAS Kedah sudah dikenalpasti

Musuh dalam selimut dan pelbagai taktik kotor terutama dari musuh-musuh pakatan rakyat memang banyak. Pakatan Rakyat kena cerdas, cergas dan pantas untuk mencantas dalang-dalang tersebut. Jangan kasi dah nazak di mata pengundi baru nak berubat:

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu dalam parti yang disifatkan sebagai pengkhianat, kerana sering menimbulkan masalah dalam parti.

Katanya, pengkhianat terbabit semakin rancak menimbulkan masalah terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).






# sila like "pakatan rakyat supporters"




“Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap saya termasuk parti, kini dikatakan pula senarai calon yang ada pada Pusat, itu senarai baru yang dirombak. Jika benar dakwaan itu datang dari sumber Pas Kedah, bagi saya ia amat malang sebab dalam parti ada pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pengkhianat terbabit juga didakwa berniat jahat kerana cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam parti, terutama membabitkan calon yang diuar-uarkan akan bertanding.

“Saya sendiri sudah tahu siapa dalang di sebalik beberapa insiden lepas. Mereka ada niat jahat memburukkan parti dan mahu melaga-lagakan pemimpin tertentu untuk porak perandakan kesepakatan dalam Pas Kedah,” katanya.

Azizan sekali lagi mengulangi pendirian bahawa keputusan muktamad calon PRU13 akan diputuskan Pusat.

“Sampai sekarang pun Pusat belum buat keputusan akhir. Nama calon itu hanya akan diumum Pusat selepas bubar Parlimen, berdasarkan senarai yang diberikan oleh negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Azizan mengakui senarai calon yang dipersetujui akar umbi dikeluarkan dua tahun lalu.

“Senarai itu yang ada pada Pusat, kena tunggu Pusat umumkan. Sudah berkali-kali saya tegaskan Pusat akan buat pilihan akhir,” katanya.

Azizan turut menyifatkan dakwaan wujudnya senarai baru calon Pas Kedah, adalah disebabkan calon tertentu bimbang namanya tidak tersenarai.

“Mereka yang dakwa senarai itu dirombak, itu menunjukkan mereka bimbang tidak tersenarai sebagai calon, sedangkan senarai yang saya hantar bukan senarai baru,” katanya.

Azizan turut mempersoalkan bagaimana senarai yang dipersetujui dikatakan tidak sah dan tidak mengikut prosedur, sedangkan tiada senarai baru dikeluarkan.

“Saya pelik bila senarai dikatakan tidak sah. Isu tidak ikut prosedur tidak timbul sebab kita amal prosedur biasa,” katanya.

Azizan berkata, amalan biasa yang diamalkan dalam parti ialah menerima cadangan daripada Pas kawasan bagi mereka yang layak untuk ditapis sebagai calon, dan usul itu dibawa berbincang dalam mesyuarat perhubungan Pas negeri.

“Nama-nama itu kemudian dihantar ke Pusat untuk diteliti oleh Majlis Syura, termasuk Lajnah Politik Pusat untuk melihat kesesuaian calon. Seterusnya, Pusat akan umum calon yang sesuai,” katanya.


sumber sini



pen buruk online







0 comments:

Post a Comment