Wednesday 20 March 2013

MB Terengganu yang terlebih cerdik

"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan,"

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang menjadi penceramah kepada parti pembangkang.

Beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan laporan daripada Maidam berkaitan dakwaan terdapat sesetengah imam berceramah bagi pihak pembangkang.

"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal hari ini.

Pada majlis itu, seramai 820 orang menerima BR1M membabitkan peruntukan sebanyak RM410,000.

Minggu lepas, Pesuruhjaya Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Salleh mendedahkan menerima laporan beberapa imam kerajaan berceramah bagi pihak pembangkang di beberapa masjid di daerah seperti Besut dan Kuala Terengganu.

Ahmad berkata imam adalah orang yang sepatutnya menjadi contoh serta mengajak umat Islam ke arah perpaduan, dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti PAS, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini.

PBO:

kalau gitu lah gayanya punya arahan yang kat Selangor, Kedah, Perak , Kelantan , P.Pinang tak boleh lah kakitangan kerajaan negeri sokong dan kempen untuk BN sebab BN pembangkang, Mereka kena sokong dan kempen untuk PR je, tak cerdik betul punya kenyataan MB ni. Pendapat hangit korang pulak?


pen buruk online






0 comments:

Post a Comment