Thursday 21 February 2013

Boleh percaya ke cakap Mahathir ni?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dalam perbicaraan kes menipu membabitkan bekas menteri pengangkutan, Dr Ling Liong Sik hari ini bahawa beliau telah memberikan keterangan yang bercanggah, tetapi menafikan beliau seorang saksi yang tidak bercakap benar.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Memberi keterangan dalam perbicaraan Ling, yang dituduh menipu
dalam urusniaga tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Mahathir mengakui beliau telah tersalah menyatakan harga tunai tanah tersebut, iaitu RM25.82 sekaki persegi (skp), semasa pendengaran tahun lepas.

Beliau kemudian membetulkan angka itu kepada RM21 psf semasa pemeriksaan balas oleh Ketua Pendakwa yang juga Timbalan Ketua peguamcara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah apabila perbicaraan di sambung semula semalam.

"Saya mungkin telah salah gunakan istilah 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', tetapi saya perlu akui saya bukan seorang akauntan," kata Mahathir kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmadi Aswani.

Bagaimanapun, Tun Majid kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir, yang merupakan saksi keempat pembela.

Tun Majid berkata, tidak perlu menjadi seorang akauntan, peguam atau doktor untuk memahami perkataan 'tunai'.

Malah, katanya, budak sekolah pun tahu perkataan itu, dan menyarankan kepada Mahathir bahawa beliau tidak bercakap benar.

Mahathir bagaimanapun menafikannya sambil menegaskan bahawa beliau mungkin telah menggunakan istilah itu secara tidak tepat kerana beliau tiada biasa dengannya.

Mantan perdana menteri itu menambah, budak sekolah mungkin memahami 'tunai', tetapi mungkin tidak faham 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', sambil menambah, beliau mungkin macam mereka pada masa itu


sumber sini



0 comments:

Post a Comment