Monday 24 February 2014

Eh? Cuba lihat baju apa mamat yang pukul isteri ni pakai..

Akibat mencederakan isteri - seorang pembantu peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara setahun oleh mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Yuhazmi Yusoff, 30 tahun, mengaku bersalah.

Beliau memerintahkan hukumanu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 januari lalu. Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan faham apabila isteri tertuduh- Norasikin Sayed Abdul Karim, 27 tahun menegur tertuduh yang tidak bekerja.

Tertuduh berang lalu menghantuk kepala mangsa ke dinding, menumbuk badan dan menampar pipi mangsa.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai lapor TV9..

Cuba tengok baju apa mamat yang pukul isteri ni pakai?..


Baju apa?.. Baju dengan logo TUKAR..

Apa bendanya TUKAR tu?.. ‘TUKAR’ ialah Gerakan Tukar Kelantan (Tukar), sebuah NGO yang mahu rakyat di negeri itu memberi mandat kepada BN pada PRU13 lalu..

Videonya sila lihat di SINI

0 comments:

Post a Comment