Monday 24 February 2014

KERETA TERBAKAR, ORANG AWAM SELAMAT 3 KANAK-KANAK YANG DITINGGAL IBU

SELAYANG: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan tiga kanak-kanak daripada rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Hospital Selayang, petang semalam.
foto ihsan bomba

Difahamkan, ibubapa kepada kanak-kanak terbabit meninggalkan mereka dalam kenderaan berkenaan untuk ke hospital berkenaan menziarahi seorang ahli keluarga mereka, pada 3.45 petang
Menurut sumber, Proton Exora terbabit tiba-tiba terbakar menyebabkan kanak-kanak berkenaan menjerit meminta pertolongan untuk keluar daripada kenderaan terbabit. 

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dikatakan terpaksa memecahkan cermin kenderaan terbabit sebelum mengeluarkan semua kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 3.53 petang.

Katanya, bomba menghantar sebuah jentera serta tujuh anggota ke lokasi kejadian. 

Katanya, setibanya bomba di lokasi kejadian, semua kanak-kanak terbabit sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam tanpa sebarang kecederaan. 

"Kenderaan terbabit gagal diselamatkan dan sebuah lagi motosikal yang diletakkan bersebelahan kenderaan berkenaan turut rosak selepas terkena bahang api. 

“Api berjaya dikawal 12 minit kemudian sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.19 petang selepas pihak bomba memastikan tiada lagi punca-punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya ketika ditemui. 

Menurut Mohd Sani, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan untuk mencari punca dan jumlah kerugian dalam kejadian kebakaran berkenaan. 

Sehubungan itu, Mohd Sani menasihati kepada orang awam supaya tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa sebarang pengawasan sama ada di dalam kenderaan ataupun di rumah
sumber


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

0 comments:

Post a Comment