Monday 24 February 2014

Khairy dedahkan punca P. Waytha Moorthy letak jawatan..


Kalau benarlah apa yang didakwa oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pemimpin Hindraf ini, maka tiada bezanyalah beliau dengan lain-lain pemimpin MIC..

Seorang sahabat suatu masa dulu pernah menyatakan, bukan Kerajaan Barisan Nasional tidak membantu kaum India tapi bantuan hilang ditengah jalan ditelan pemimpin MIC katanya..

Dari apa yang Khairy jelaskan dalam mempertahankan Najib melalui Twitter miliknya dari serangan Pemimpin Hindraf P. Waythamoorthy yang mendakwa beliau meletakkan jawatan Timbalan menteri kerana kegagalan Perdana Menteri dalam menjaga janji-janji kepada masyarakat India.

Ketua Pemuda Umno itu berkata Waythamoorthy mahukan kawalan ke atas dana yang dimaksudkan untuk masyarakat India tanpa melalui saluran yang betul.

Itu kelihatan menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh kebanyakkan pemimpin MIC suatu masa lalu dimana bantuan untuk Kaum India disalurkan melalui mereka supaya boleh ditapis mereka..


Khairy tidak menjelaskan berapakah jumlah dana yang dimaksudkan, tetapi satu sumber kerajaan yang arif mengenai perkara di sebalik tabir isu ini telah mendedahkan kepada MalaysiaGazette

... DALAM satu sidang media hari ini, Pengerusi Hindraf mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan kerana mendakwa Perdana Menteri telah memungkiri janji yang dimeterai dalam satu memorandum di antara Barisan Nasional dan Hindraf.

Sidang media sehala (wartawan tidak dibenarkan bertanya soalan) selama 15 minit itu dijadikan platform P. Waytha Moorthy untuk menghentam kerajaan terutamanya Perdana Menteri tanpa menjelaskan sebab sebenar peletakan jawatan beliau.

Berulang kali beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji namun Waytha Moorthy gagal menyatakan secara terperinci mengenai apakah janji yang telah dilafazkan oleh Najib sebelum ini.

Seorang sumber kerajaan yang arif mengenai perkara di sebalik tabir isu ini memberitahu MalaysiaGazette, Waytha Moorthy telah menghantar cadangan kepada Perdana Menteri pada Jun tahun lalu supaya sebuah Unit Pembangunan Komuniti India ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana beliau bertanggung jawab terhadap jabatan tersebut.

Jabatan berkenaan akan dilengkapi dengan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP), Timbalan Ketua Pengarah, pegawai pentadbiran serta mempunyai kuasa eksekutif dan bajet tersendiri untuk melaksanakan program-program pembangunan kaum India yang telah dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman BN-Hindraf.

Dengan itu, Waytha Moorthy telah meminta bajet operasi sejumlah RM70 juta setahun untuk tempoh 2013 sehingga 2017 bagi membiayai operasi yang terdiri daripada 231 kakitangan awam dan 300 kakitangan daripada Hindraf.

Selain bajet operasi, Waytha Moorthy turut meminta bajet berasingan berjumlah RM4.5 bilion setahun selama lima tahun untuk melaksanakan program-program yang telah dipersetujui dalam MoU BN-Hindraf.

"Kaedah pelaksanaan yang dicadangkan Waytha Moorthy bercanggah dengan sistem penyampaian kerajaan di mana Hindraf mahu menjadi penyudah (final touch point) inisiatif kerajaan kepada masyarakat India.

"Cadangan tersebut bagaimanapun tidak dilaksanakan kerana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini," kata sumber tersebut lagi.

Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, katanya, Waytha Moorthy tetap menggesa Perdana Menteri supaya meluluskan bajet berjumlah RM4.5 bilion yang akan diletakkan di bawah Hindraf.

Sekali lagi, Najib bertegas menolak permintaan tersebut kerana perkara seumpama itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Daripada menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri di atas kegagalan pelaksanaan memorandum tersebut, Hindraf sepatutnya mengakui kesalahan sendiri dan memikul tanggung jawab terhadap kegagalan pelaksanaan program-program untuk membantu kaum India,” katanya. - MalaysiaGazette

Korang ingat lagi tak ayat ni.. MAKKAL SAKHTI!!

Tentu ingat lagikan... sebab Anwar Ibrahim sering melaungkannya dalam setiap ceramah ketika Hindraf bersama Pakatan Rakyat suatu masa dulu..

Ada hikmah rupanya kenapa Pemimpin Hindraf ini tidak kekal bersama Pakatan Rakyat... perangai dia sama macam perangai pemimpin MIC..

Bayangkan jika beliau kekal bersama Pakatan Rakyat sehingga selepar PRU13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya.. dan beliau umumkan menyokong BN disaat-saat Anwar berhadapan denga PRK Kajang..

Tentu amat mengecewakan ramai...

Tapi jangan takut.. kalaulah sekarang selepas meletakkan jawatannya dari kabinet Najib beliau menghampiri Anwar mungkin beliau akan diterima semula untuk bersama Pakatan Rakyat..

Sebab Anwar Ibrahim tak pernah serik!!

Yang tak faham Bahasa Malaysia tu sila baca di The Malay Mail Online di ' Waythamoorthy quit over fund ‘control’ issues, minister claims '


0 comments:

Post a Comment