Friday 28 February 2014

Najib kata Jambatan Kedua ni hadiah.. tapi kenapa pulak kena bayar tol?



Menjelang PRU13 yang lalu, dalam kunjungannya ke Pulau Pinang bagi menabur janji-janji kepada rakyat Pulau Pinang, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa hadiah kononnya buat rakyat Pulau Pinang..


Kunjungan tersebut telah disifatkan oleh media tunggangan UMNO/BN sebagai satu kunjungan yang membawa berita gembira buat rakyat Pulau Pinang.

Kononnya menurut media tunggangan UMNO/BN, selepas lima tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, penduduk Pulau Mutiara kini dapat membezakan antara batu dan permata.

Selama tempoh itu, mereka saban hari ‘didodoikan’ dengan kehebatan dan kejayaan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Kini, rakyat sedar kesilapan mereka lima tahun lalu sudah memakan diri sendiri.

Maka dengan itu kononnya lagi..  angin perubahan sudah dirasakan di Pulau Pinang kerana rakyat tidak mahu lagi bergantung harap kepada pakatan pembangkang yang hanya pandai bermuka-muka dan mencari salah orang lain untuk menunjukkan kononnya mereka lebih baik.Tetapi pada masa sama, nasib dan kebajikan rakyat terabai.

Antara hadiah yang diumumkan oleh Najib ialah untuk membina 9,999 unit rumah kos sederhana rendah dan mampu milik di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong serta pembangunan semula perumahan di Padang Tembak yang membabitkan sebanyak 4,800 unit rumah kos sederhana rendah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan, Projek Landasan Elektrik Berkembar yang melalui Pulau Pinang (RM2.7 bilion), pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.2 bilion) dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (RM300 juta), diteruskan.

Cuma yang aku hairan dalam hal ini.. Jambatan Kedua Pulau Pinang ini Najib kata dia hadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang... tapi kenapa pula kena bayar tol?

Sedangkan menurut Wikipedia, Hadiah atau hibah atau kado adalah pemberian wang, barang, jasa dll yang dilakukan tanpa ada kompensasi balik seperti yang terjadi dalam perdagangan, walaupun dimungkinkan pemberi hadiah mengharapkan adanya imbal balik, ataupun dalam bentuk nama baik (prestise) atau kekuasaan. Dalam hubungan manusia, tindakan pertukaran hadiah berperan dalam meningkatkan kedekatan sosial.
 

0 comments:

Post a Comment