Saturday 26 January 2013

Anwar tidak akan pertahan kerusi Permatang Pauh?

Sebelum itu.. sumber dari pihak UMNO menyatakan calon mereka bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dari DS Anwar Ibrahim dan PKR di Permatang Pauh telah ditetapkan.

Calon tersebut merupakan seorang proffesional yang menjawat jawatan sebagai GM di Telekom Malaysia, berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh.

Lebih menarik lagi ialah beliau merupakan bekas ahli PAS yang punya jawatan tinggi dalam Parti PAS sebelum meninggalkan parti tersebut.

Najib secara peribadi telah menemui beliau beberapa bulan yang lalu bagi memujuknya supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional di Parlimen Permatang Pauh.

Dr. Mazlan Ismail merupakan calon boleh menang bagi Najib kerana beliau merupakan bekas ahli PAS.

Dan Najib yakin Dr. Mazlan Ismail mampu menyebabkan undi dari PAS kepada DS Anwar Ibrahim akan berkurangan kerana ramai penyokong PAS mengenali siapa Dr. Mazlan Ismail..

Berbalik kepada tajuk di atas Sinar Harian Online melaporkan Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu..

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu.

“Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Membayangkan hasrat itu, Anwar ketika ditanya sama ada beliau bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai yang kini milik anaknya Nurul Izzah, Anwar dengan nada seloroh berkata, nanti Nurul Izzah marah.

“Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan,” katanya ketika ditanya hasrat Nurul Izzah yang memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu ~ Sinar

Ini semua keputusan Pilihanraya bila calon dari UMNO dipertandingkan untuk menentang PKR di Permatang Pauh..

Pada 1999, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan suaminya mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743, majoriti 9,077.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 berbanding lawannya 21,147.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950.

Pada 2008, Wan Azizah bertindak melepaskan kerusi Permatang Pauh pada 2008 bagit memberi laluan kepada, Anwar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (Akim).

Dan Anwar memperolehi 31,195 undi, Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi dan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi, Majoriti: 15,671 undi.

Majoritinya meningkat dari 13,398 yang diperolehi DS Wan Azizah kepada 15,671 undi diperolehi DS Anwar Ibrahim.

Dengan majoriti sebanyak itu Wan Azizah mendapat 30,338 undi manakala Anwar Ibrahim pula 31,195 undi meningkat hanya 857 undi..

Ada peningkatan dalam jumlah undi yang diterima hanya kerana nama Anwar diletakkan..

Bayangkan jika Anwar tidak mempertahankan Permatang Pauh, UMNO pula meletakkan bekas ahli PAS yang proffesional dan punya jawatan semasa dalam PAS bertanding di Permatang Pauh.. apa akan jadi agaknya?

Percayalah.. sebagaimana Anwar diberikan undi oleh ahli-ahli UMNO yang mengenalinya semasa beliau bersama UMNO dulu dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu meskipun beliau kini menentang UMNO/BN..

Itulah juga yang akan berlaku bila bekas ahli PAS yang punya jawatan dalam PAS diletakkan di Permatang Pauh..

Sedikit sebanyak undi dari penyokong PAS sudah tentu akan diberi kepada Dr. Mazlan Ismai yang bakal diletakkan bagi menentang PKR/Pakatan Rakyat..

Dan ada juga sumber mengatakan dana untuk membeli Jentera-jentera Pilihanraya PKR di beberapa kawasan Parlimen sedang dikumpulkan oleh Najib... pihak yang berkenaan sila ambil perhatian..

Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah...

0 comments:

Post a Comment