Saturday 19 January 2013

Kenyataan jenis apa Patric Teoh keluarkan terhadap Islam dan Al-Quran ni?

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib telah berkata Kerajaan Kedah menarik balik garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina, dan memberi kelonggaran berdasarkan kesesuaian sambutan perayaan tersebut.

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

Katanya “Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku,”.

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR, 15 Jan—Kerajaan Kedah menarik balik garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina, dan memberi kelonggaran berdasarkan kesesuaian sambutan perayaan tersebut, kata Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

“Garis panduan yang baru dikeluarkan untuk pihak badan City Plaza dan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Kedah untuk menjalankan program tersebut dengan jayanya tanpa syarat-syarat garis panduan yang terdahulu.

“Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku,” kata Khalib melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalib, mengenai isu berkenaan garis panduan bagi penganjuran program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’, Khalib berkata, berlaku terlepas pandang mengenai garis panduan yang melibatkan acara perayaan.

Beliau berkata, garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertujuan untuk mengawal masalah sosial yang berlaku di negeri tersebut, terutamanya melibatkan remaja Melayu-Islam.

“Pun demikian, untuk program-program melibatkan kaum Cina, India dan Siam, berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya, garis panduan diberikan kelonggaran,” kata Khalib lagi.

Berkenaan dengan isu hanya pelajar sekolah yang dibenarkan dalam persembahan itu, Khalib enggan mengulas, sebaliknya berkata ia bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan.

Dalam kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata penganjur hendaklah memastikan setiap peserta yang terlibat dalam persembahan pentas pada program tersebut, sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak atau dewasa) mestilah berpakaian sopan atau tidak menjolok mata.

Penganjuran program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’ oleh kerajaan negeri Kedah yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya MCA berpendapat isu tersebut bukan sesuatu yang remeh kerana ia berkaitan dengan sikap menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

Isu tersebut turut dikritik oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP yang mengatakan ini bukan sahaja menyekat hak kaum lain menyambut perayaan, bahkan menyekat hak kaum wanita.

Semalam, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

“Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini,” kata Teo yang merupakan ahli parlimen Serdang.

Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif.

Bagaimanapun Patric Teoh yang rasanya tak perlu diperkenalkan lagi telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah mengenai isu ini..


Aku tak kisah kalau beliau mahu mengkritik Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.. tapi janganlah hingga mempersendakan Al-Quran dan Agama Islam...

0 comments:

Post a Comment