Saturday 26 January 2013

Lagi taktik kotor UMNO dibongkar.. 3000 risalah ditemui dan dibakar..


Kempen kotor Pencacai UMNO kini semakin menjadi jadi, jebelum ini kita dikejutkan dengan penyebaran bendera Pas dan Pkr berlambang salib.

Terkini kempen dan modus operasi Pencacai UMNO ini bertambah kotor.. gambar bendera PKR dan PAS dicalit dengan Salib sila lihat di ( SINI )

Mereka seperti terdesak kini hingga sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mencetak dan menyebar risalah berwarna berunsur fitnah yang melaga lagakan kepimpinan PR Perak.

Kejadian berlaku di kawasan persekitaran kawasan Bendang Kering, Sayong dan Kota Lama Kanan berhampiran bandar Kuala Kangsar Perak .

Hampir 3 ribu keping risalah berbaur fitnah yang disebar disekitar kampung telah berjaya dikutip dan dimusnahkan oleh pertugas PAS pada hari itu .

Tindakan bacul Pencacai UMNO ini berjaya dikesan oleh pemuda PAS disini,kelibat mereka disedari oleh Pemuda PAS kawasan dan sempat mengejar kelibat mereka yang menyebar risalah tersebut ,namun gagal menangkap mereka.

Cara berpolitik tidak bermoral ini juga menunjukkan pihak yang melakukan perbuatan itu dalam keadaan terdesak dan nazak.


Tindakan bacul dari puak puak ini amat dikesali kerana sanggup menjalankan kerja keja keji dengan menabur fitnah bertujuan untuk memecah belah minda penduduk serta pengundi kampung.

Tingkah laku dan taktik kotor dari Pencacai UMNO ini mencerminkan parti UMNO seperti kehilangan idea dalam melawan hujah hujah dan kehebatan Pakatan Pakyat Perak.

Satu petanda jelas mereka seperti takut akan bayang bayang kekalahan yang bakal menimpa mereka.



Dah kena bako Yeop...

Sumber berita : Media Perak

0 comments:

Post a Comment