Saturday 19 January 2013

#Listen : 'Saya akan jelaskan' - Sharifah Zohra


Semalam “Ratu Naga” yang menguruskan akaun Facebook Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) kata presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.

“Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan,” kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.

Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet.

“Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius,” tambah beliau lagi.

Hari ini..

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.

“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.lihat videonya di ( SINI )

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar ~ Sinar 

Benarkah dakwaan  “Ratu Naga” bahawa Sharifah Zohra Jabeen telah diugut?

0 comments:

Post a Comment