Friday 7 March 2014

Anwar dijatuhi hukuman 5 tahun penjara..


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000. 

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

0 comments:

Post a Comment