Monday 3 March 2014

Malaysiakini dapat anugerah, Zahid Hamidi dapat gelaran 'Menteri Bodoh'..


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digelar sebagai menteri bodoh berikutan berikutan menyampaikan penghargaan kepada portal berita pro pembangkang Malaysiakini.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN Zahid Hamidi kepada Malaysiakini. “Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.

Ali menegaskan, tidak sepatutnya Zahid memberi penghargaan kepada portal berkenaan selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, antaranya bermain badminton.

Sebelum ini, Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

Ali mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu. Menurutnya, Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.

"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.

"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Contohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)

Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.

"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," tegasnya.

~ RakyatNews

0 comments:

Post a Comment