Monday 10 March 2014

MH370 : 'Kurang Cerdik' nya kenyataan Menteri Dalam Negeri ni...


Sekali baca nampak macam cerdik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ini tapi bila difahami hanya 'kurang cerdik' beliau yang menyerlah.

Dalam cubaannya untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan dalam hal passport curi yang begitu mudah digunakan untuk menaiki penerbangan MH370 yang masih hilang hingga kini, Zahid menuding jari kepada pihak Imigresen.

Beliau telah mengarahkan satu siasatan dalaman.. "Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Yang kelihatan kurang cerdik dalam hal ini ialah bilamana Zahid mengatakan..Tak kan pegawai Imigresen tak boleh fikir orang Eropah wajahnya seperti orang asia berdasarkan passport yang dipegang mereka..

Sebabnya ialah jika ibu bapa kepada pemegang passport itu adalah orang asia.. tinggal dikutub utara sekalipun anak yang dilahirkan oleh mereka tetap akan berwajah Asia.. takkan berwajah macam orang Eskimo punya..

Orang Asia yang berhijrah ke Britain ataupun Kanada dan diberikan kerakyatan oleh negara tersebut dan memegang passport negara tersebut, wajahnya tak akan berubah.. dari gelap mungkin akan cerah sikit.. itu saja..

Begitulah juga sebaliknya jika orang Eropah pula berhijrah ke Asia, muka dia tetap akan macam orang Eropah.. tak adanya nak bertukar jadi macam muka orang Asia..

Senang saja dia nak lepaskan diri... main sembur membuta tuli saja..

Lagipun apa nak di hairankan dinegara kita ini, manusia berwajah Bangla pun berlambak yang memegang passport dan mykad Malaysia..

Altantuya dulu pernah masuk Malaysiakan?.. Kenapa rekod kemasukkannya hilang?.. tak hairan ke Zahid?

Laporan berkaitan...

Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. 
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. 
Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 
Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. 
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. 
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. 
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

0 comments:

Post a Comment