Friday 7 March 2014

'Kajang Move' bakal merempuh tembok... Khalid tak akan letak jawatan!


Tentu ramai yang dah boleh membaca apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai 'Kajang Move' yang kini sedang digerakkan di Kajang, Selangor..

Bagi yang masih tak dapat membaca strateginya begini...

Oleh kerana Kajang telah dimenangi oleh PKR dengan majoriti yang besar, makan ADUN Kajang sebelum ini telah diminta mengosongkan Kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar.

Anwar Ibrahim akan bertanding sebagai ADUN, tujuannya ialah untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Jika Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi DUN itu (jika.. kerana sudah ada khabar angin mengatakan akan berlaku sabotaj dari dalam PR sendiri)..

Selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli DUN, Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan Menteri Besar yang kini disandangnya.

Nampak mudah bukan jika semuanya berjalan lancar?

Tetapi apa yang berlaku kini ialah 'Kajang Move' kelihatan sedang menghala kearah tembok batu yang semakin kukuh.

Khalid Ibrahim dilaporkan tidak akan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya..

Mahu atau tidak mahu 'Kajang Move' terpaksa diteruskan juga dengan melanggar tembok yang ada melalui dua pilihan yang masih ada..

Jika ini berlaku, yang melanggar akan cedera yang dilanggar turut cedera.....

Laporan berkaitan..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya. 
Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu. 
Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya. 
"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor. 
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor. 
Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti. 
Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor ~ The Malaysian Insider 

Pesanan buat pemimpin PKR disana.. kalau nak teruskan juga dengan pilihan yang ada tu biarlah umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak..

0 comments:

Post a Comment