Saturday 27 July 2013

Ahmad Maslan Re-Cycle Propaganda Bodoh Untuk Disebar Di Kuala Besut..


Dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang telah berlangsung diseluruh negara sebelum pilihanraya umum ke 13, UMNO dilihat menggunakan satu kaedah yang sama untuk merosakkan reputasi baik PAS, PKR ataupun DAP.

Dalam satu-satu pilihanraya kecil itu jika yang bertanding menentang UMNO/BN di situ ialah PKR maka akan dipergunakanlah seluruh media yang ditunggang oleh mereka untuk menjahanamkan reputasi PKR di kawasan itu dan dalam masa yang sama cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Akan dilaporlah oleh media-media tunggangan mereka beratus-ratus malah ada kalanya mencecah ribuan orang ahli PKR keluar PKR.

Alasan utama yang disediakan oleh penulis skrip mereka untuk dibaca oleh entah siapa-siapa yang dibawa ke dalam sidang media itu untuk mengaku sebagai ahli PKR ialah "Hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim".

Propaganda itu digunakan oleh UMNO/BN dalam semua pilihanraya kecil yang telah berlangsung dan melibatkan PKR, malah jika dijumlahkan seluruh ahli PKR yang keluar PKR, ada yang mendakwa PKR kini  hanya tinggal DS Anwar dan DS Wan Azizah sahaja yang menganggotainya.

Berakhirnya PRU13, kita mengharap propaganda bodoh dan murah itu ditinggalkan UMNO/BN.. dan pendekatan atau propaganda baru pula dipraktikkan mereka.

Malangnya ianya tidak begitu.. Idea pembodohan rakyat menggunakan propaganda bodoh itu terus disuap kepada rakyat, memaksa rakyat mempercayainya oleh seorang Menteri pula yang digelar sebagai goblok oleh Blogger-blogger UMNO..

Menurut Timbalan Menteri Kewangan dan juga Ketua Penerangan UMNO itu.. sempena dengan Pilihan Raya Kecil Kuala Besut ini kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional..

Menariknya.. Kata Ahmad Maslan, sebelum mengisytiharkan keluar daripada pembangkang, kumpulan itu melalui ketuanya, Zakaria beberapa kali menghubungi beliau berhubung hasrat mereka memihak kepada BN.

Dah beberapa kali Zakaria menghubungi Ahmad Maslan rupanya.. tapi kenapa mudah sangat Zakaria tu dapat No. telefon Timbalan Menteri Kewangan tu?

200 penyokong Pas Kuala Besut isytihar sokong Barisan Nasional  
BESUT 21 Julai - Kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka merupakan pemimpin serta anggota Jemaah Al-Ehsan Islamiah Malaysia gabungan Kuala Besut-Kelantan yang diketuai Zakaria Salleh, 58. 
 
Kesemua mereka berjanji untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman, sekali gus memastikan BN mengekalkan kuasa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu ini.  
Sebahagian daripada mereka iaitu kira-kira 50 penyokong pembangkang itu tampil dengan pendirian menyokong BN di Dataran Kuala Besut malam tadi.  
Yang hadir sama, Ketua Penerangan UMNO yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan. Bercakap kepada pemberita, Ahmad berkata, sebelum mengisytiharkan keluar daripada pembangkang, kumpulan itu melalui ketuanya, Zakaria beberapa kali menghubungi beliau berhubung hasrat mereka memihak kepada BN.  
Menurutnya, perubahan pendirian mereka itu amat dihargai dan perkembangan itu tentu sangat penting untuk memberikan kemenangan kepada calon BN pada PRK Kuala Besut nanti.  
"Sebelum ini mereka tak kisah dengan politik BN dan UMNO tapi setelah melihat perjuangan tidak ke mana lalu mendorong mereka bersepakat menyokong BN.  
"Malah, sebelum ini, mereka terutama Zakaria yakin pakatan pembangkang mampu menawan Putrajaya tapi kini tidak lagi dan mulai berubah untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri)," katanya.  
Ahmad seterusnya percaya sokongan kumpulan terbabit yang beralih kepada BN akan mendorong kemenangan BN dengan kelebihan majoriti lebih besar.  
Dalam pada itu, Zakaria berkata, beliau mula beralih kepada BN setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar ibrahim.  
Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Abdul Hadi melantik Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Pas bagi PRK Kuala Besut yang disifatkannya sebagai terselit agenda peribadi Presiden Pas itu dan bukan kepentingan parti.  
"Ini semua permainan Abdul Hadi melantik Husam sebab dia (Abdul Hadi takutkan Husam dan kami lihat Naib Presiden Pas sekarang bukan beliau yang dulu.  
"Saya kenal sangat Husam sebab beliau adalah keluarga terdekat saya dan tinggal dekat rumah di Kelantan," katanya.  
Zakaria yang secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas pada Mei lalu berkata, beliau menolak Anwar kerana pemimpin PKR itu seorang pendendam dan gila kuasa ~ Lidah Rasmi UMNO

Siapalah penulis skrip yang dihafal oleh Ahmad Maslan dan Zakaria ni.. macam re-cycle punya skrip saja ni..

0 comments:

Post a Comment