Saturday 27 July 2013

Gambar Murid Bukan Islam Diarah MAKAN di dalam BILIK MANDI Bersebelahan TANDAS


Apa punya fahaman yang Pengetua Sekolah ini anuti?.. Adakah tindakannya ini sebagai menghormati bulan Ramadhan atau menjaga puasa pelajar-pelajar yang lain entahlah.. hanya dia yang tahu..

Tapi... Tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?

Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit, Guneswari Kelly (lihat di SINI ), bilik mandi yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau.

Malah lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan habitat pelbagai bakteria bahaya.

Tambah Guneswari Kelly, pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan tersebut.


Persoalannya, sukar sangatkah pekerja am sekolah membersihkan kawasan kantin yang digunakan oleh beberapa kerat pelajar bukan Islam?

Jika tiada pekerja am, terjejaskah puasa guru jika terpaksa menyapu cebisan makanan yang bertaburan di lantai?

Jika benar, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak bertamadun.

Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya.

Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir sekolah yang jelas menjatuhkan martabat Islam, kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. -DCM

0 comments:

Post a Comment