Saturday 27 July 2013

Orang kata Calon BN, Tengku Zaihan tu susah nak tersenyum.. betul ke?


Laporan yang mengatakan calon Barisan Nasional (BN) Pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sukar tersenyum, mungkin benar dan mungkin tidak.

Tetapi ini yang diperkatakan sejak kebelakangan ini termasuk orang luar yang datang berkempen di Kuala Besut sejak seminggu lalu. 

Sukar tersenyum adalah lebih tepat sukar memberikan senyuman memang elemen yang tidak baik kepada mana-mana calon pilihan raya terutama dalam pilihan raya kecil seperti ini.

Label sukar tersenyum atau sukar memberikan senyuman ini pernah terjadi dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu dalam bulan Januari tahun 2009.

Waktu itu calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilabelkan dalam kategori tersebut.

Beliau bertanding melawan Abdul Wahid Endut dari PAS dan seorang calon bebas. Aziruddin Taib.

Selain diserang dengan label orang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Wan Ahmad Farid atau dipanggil Wan Farid dianggap seorang yang sukar tersenyum atau pun memberikan senyuman.

Isu ini menjadi perbualan umum bukan sahaja di kalangan penyokong PAS malah turut diperkatakan oleh ahli dan penyokong Barisan Nasional termasuk petugas-petugas parti dari luar Terengganu.

Serangan peribadi 

Dan isu ini dimainkan secara berulang-ulang setiap hari sepanjang tempoh berkempen, hingga orang ramai beranggapan Wan Farid memang sukar tersenyum.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, bekas Timbalan Dalam Negeri kalah kepada Abdul Wahid dengan majoriti sebanyak 2,631 undi.

Kekalahan Wan Farid itu mungkin boleh berulang kepada Tengku Zaihan atas faktor yang sama – sukar tersenyum atau sukar memberikan senyuman.

“Tengku Zaihan tersenyum kalau orang suruh senyum,” kata seorang petugas PAS yang dihubungi pagi ini.

Sama ada petugas PAS itu bercakap benar atau tidak, itu satu isu yang lain. Tetapi serangan peribadi secara halus telah berlaku.

Mungkin ia tidak sehebat serangan ke atas Wan Farid tetapi sedikit sebanyak orang melihat Tengku Zaihan sukar tersenyum atau sukar memberikan senyuman.

Untungnya isu ini tidak menjadi perbualan umum di Kuala Besut, seperti dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dulu.

Hari mengundi untuk pilihan raya kecil Kuala Besut ialah pada Rabu ini. Tengku Zaihan mengahadapi calon PAS, Endot @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long dalam saingan satu lawan satu ~ Free Malaysia Today

0 comments:

Post a Comment