Thursday 25 July 2013

Ibrahim Ali puas hati dapat "bersemuka" dengan Najib

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyuarakan apa yang dianggapnya sebagai kebimbangan
orang Melayu berhubung pelbagai isu semasa seperti meritokrasi, pendidikan, ekonomi dan agama.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pandangan mereka disampaikan oleh 10 anggota barisan kepimpinan Perkasa dengan penuh ikhlas dan beremosi dalam pertemuan
kira-kira sejam itu yang bermula pukul 5 petang.




Beliau berkata PERKASA amat berpuas hati kerana dapat bersemuka dengan perdana menteri untuk menyampaikan sendiri rasa bimbang orang Melayu dalam pelbagai
isu dalam negara ketika ini.

"Kami suarakan pandangan kami sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu, manakala perdana menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua
negara," katanya kepada pemberita sejurus selepas perjumpaan itu di Putrajaya

- Bernama



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




0 comments:

Post a Comment