Thursday 25 July 2013

Tahniah! Secara Rasminya BN Kekal Kerusi Kuala Besut, Menang Seluruh Saluran Termasuk Undi Pos..


Secara rasminya SPR telah mengumumkan sebentar tadi bahawa calon dari Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah memenangi Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut.

Beliau telah memperolehi 8,288 undi mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang mendapat 5,696 undi, jumlah undi rosak dan ditolak ialah 125.

Majoriti yang diperolehi oleh Tengku Zaihan ialah 2,592 undi meningkat 158 undi berbanding Pilihanraya Umum 13 lalu iaitu 2,434 undi, walaupun lebih dari RM477 Juta telah dilaburkan disini bagi memikat hati pengundi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima oleh calon PAS menyaksikan kemerosotan berbanding dengan jumlah yang diterima pada Pilihanraya Umum lalu sebanyak 679 undi.

Pada Pilihanraya Umum lalu calon PAS, Napsiah Ismail mendapat 6375undi..

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan.. Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

Ni keputusan awal..


Ulasan menarik mengenai keputusan ini sila baca di ( SINI )

0 comments:

Post a Comment