Sunday 21 July 2013

Najib mahu SPAD kaji semula tambang teksi.. kaji semula tu jawabnya naiklah..


Bijaknya Najib dalam mentadbir ekonomi negara.. katanya dalam usaha mempertingkat taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi SPAD perlu kaji semula kadar tambang teksi..

Jadi faham-fahamlah.. seperti biasa apa saja yang dikaji oleh Kerajaan Barisan Nasional hasilnya ialah kenaikan harga..

Kenapa beliau tidak memilih untuk menurunkan harga minyak dari memilih untuk menaikkan tambang teksi ini?

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkat taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri itu, berkata langkah itu perlu antara lain berikutan peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu teksi.

"Saya difahamkan SPAD ketika ini sedang mengkaji semula kadar tambang teksi, dengan mengambil kira kos operasi (pemandu teksi).

"Saya berharap agar pemandu teksi tidak lagi mempunyai taraf hidup yang rendah, sebaliknya berupaya memiliki kualiti hidup yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian di ibu pejabat SPAD di KL Sentral pada majlis penyerahan 500 lesen teksi individu kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pula berkata kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan agensi itu berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung kajian tambang. Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara membayar bagi perkhidmatan yang baik dan kebajikan pemandu teksi," katanya.

Syed Hamid berkata, kali terakhir kajian semula itu dibuat pada 2009.

Kadar semasa 'flag-off' bagi teksi bajet di Malaysia ialah RM3 dengan bayaran 10 sen dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya.- Bernama

Banyak betul benda yang naik harga selepas PRU13 ni.. Ikan naik harga, Daging naik harga, Ayam naik harga.. terif elektrik juga dijangka akan naik.. (sila baca di SINI)

Kalau Ayam naik harga kita disarankan elak makan ayam, ni teksi pula nak naik harga maka kita elakkan lah dari menaiki teksi.. 

0 comments:

Post a Comment