Showing posts with label ALLAH. Show all posts
Showing posts with label ALLAH. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Kononnya nak pertahan Kalimah Allah tapi langgar perintah Allah..


Gambar di atas tu ialah gambar dari Utusan kononnya sebahagian dari 5,000 rakyat Kedah yang menyertai program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Perkasa Kota Setar di Hadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah hari ini..

Dan berikut pula adalah laporannya..

ALOR SETAR 23 Feb.- Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini menyertai program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar hari ini.

Kesemua peserta yang berkumpul di hadapan Masjid Zahir mula bergerak kira-kira pukul 10.30 pagi dan konvoi dijangka berakhir di Dewan Putri Lindungan Bulan di Padang Sera, Jerlun kira-kira pukul 1 petang ini.

Kononnya nak pertahan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian.. tapi dalam masa yang sama ada pesertanya yang jelas melanggar perintah Allah..

Tengoklah sendiri..





 Pertahan Kalimah Allah, tapi langgar perintah Allah.. apa kejadah depa ni?

Wednesday, 27 February 2013

PANAS: Gambar-gambar WARAK pejuang kalimah Allah

GAMBAR-GAMBAR PEJUANG KALIMAH ALLAH S.W.T

"Balik dari Alor Setar tadi selisih dengan konvoi "KEMBARA PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH" anjuran UMNO & PERKASA.

Kelihatan "mujahidah dan mujahid" penuh "kewarakkan" berkonvoi bersama-sama ke Padang Sera", kata ahli kita yang kirimkan gambar nie... Itulah realitinya UMNO/PERKASA. Kalimah Allah kamu pertahankan tapi hukum Allah kamu tolak...

Mereka menghina sendiri kalimah Allah bila mana pesertanya sendiri berpakaian tidak mengikut perintah Allah. Jangan salahkan kristian bila sendiri tak kenal Tuhan. Ini macai, jangan kata baca bible dia terpengaruh. Baca komik kartun pun dia siap beriman lagi.


Sunday, 17 February 2013

Isu Kalimah Allah,watak Ramli Sudin akan muncul di Bukit Gantang.

Hasmadi Ismail  ,yang menumpang berniaga dengan Cina dii Tepi Taman Tasik.Bedrniaga satey,nombor telefon 017533515. Maki punya dasyat  Lim Guang ,berniaga di warung Cina penyokong DAP.
Pelakon seperti watak  Ramli Sudin atau nama sebenarnya Hasmadi Ismail akan muncul di Parlimen Bukit Gantang dalam masa terdekat. Pelakon berbayar ini akan bersama-sama dengan pencacai UMNO didakwa akan buat demontrasi di Pekan Minggu Changkat Jering.

Mereka akan disertai bekas Ahli PAS yang berkali-kali masuk UMNO seperti Mat Ribut,Pak Khir dan macam-macam mat lagi. Awas ,mereka bukan ahli dan penyokong PAS.  

Thursday, 14 February 2013

Ayam menyebut nama Allah berkali-kali ketika mahu disembelih



Seorang wanita Mesir cuba untuk menyembelih seekor ayam, tiba-tiba ayam itu meminta pertolongan dari Allah dengan menyebut nama Allah yang mulia... Kita banyak mendengar cerita-cerita tentang binatang-binatang yang menyebut nama Allah seperti burung kakak tua, singa dan lain-lain lagi... Bukti kekuasaan Allah terhadap makhluk-makhluknya di dunia ini... Jika sesuatu itu Allah kehendaki untuk ia berlaku, pasti ia akan berlaku... Tiada yang mustahil bagi-Nya... Ya Allah kuatkanlah iman kami dengan tanda-tanda kekuasaan dan keEsaan-Mu dan masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu.. Amin...


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Wednesday, 6 February 2013

Ini kata DSAI tentang isu kalimah Allah [Saksikan]


Allah s.w.t mengarahkan setiap hambanya hidup bermaruah dan aman damai, tidak bermusuhan...


Wednesday, 30 January 2013

BUKTI MENTERI UMNO BENAR KALIMAH ALLAH PADA BUKAN ISLAM


Di kampung-kampung dan di kawasan tanah rancangan Felda khabarnya UMNO giat menjalankan ceramah tentang kalimah Allah. Mereka mendakwa DAP, PAS dan PKR kini persendakan Islam. Kata mereka PAS sanggup mengiyakan permintaan DAP untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible walaupun semua sedia maklum bahawa Majlis Syura Ulama PAS sudah buat keputusan menolak penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam. 
Tapi puak-puak UMNO ini tetap ingin menipu penduduk kampung dan penduduk Felda. Pimpinan Pakatan Rakyat jangan pandang remeh hal ini. Mesti cepat bertindak.
Keratan ini merupakan bukti paling kuat bahawa Menteri UMNO Datuk Seri Nazri aziz pernah mengeluarkan kenyataan tahun 2010 lepas  bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 
Yang ini UMNO sorokkan. Dajal betul. Harap kita semua dapat war-warkan dan sebarkan  kenyataan Nazri Aziz ini agar semua rakyat dapat maklumat sebenar perangai UMNO yang suka berpura-pura.