Showing posts with label siapa. Show all posts
Showing posts with label siapa. Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 : Siapa kata Malaysia tak hantar Kapal Selam?.. Ini apa bendanya?


Dulu aku pernah menongkah arus menentang dan dalam masa yang sama cuba nak perbetulkan anggapan penyokong Pakatan Rakyat tentang isu kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam..

Perkara itu bercanggah dengan apa yang didedahkan oleh kebanyakkan Pemimpin Pakatan Rakyat, malangnya aku dicop sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pulak...

Kali ini tentang kenapa Malaysia tak hantar Scorpene untuk turut membantu operasi SAR MH370 yang hilang itu sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Singapura..

Korang nak anggap aku sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pun tak apa.. pasal.. Albert Einstein kata "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Siapa kena nasiblaaaa... kah.. kah... kah..

Baca nih..

Baru-baru ini, Singapura telah menyuarakan pertolongnya untuk menghantar sebuah DEEP SEA SUBS RESCUE (tetapi ramai yang menyangka ia adalah sebuah kapal selam perang) yang dilancarkan dari kapal MV Swift Rescue milik RSN. Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas.

Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam.

Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas.

Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telahpun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api.

Bagi MV Mega Bakti (gambar atas) pula, ia sudah cukup sekadar ROV (dalam gambar kecil) bagi sokongan bawah permukaan, namun kapal ini tidak memiliki Submarine Escape and Rescue (SMER) seperti mana yang dimiliki oleh MV Swift Rescue.

MV Mega Bakti antara kapal bantuan yang dihantar ke lokasi nahas MH370 bagi mengesan bangkai pesawat tersebut yang tenggelam di dasar lautan.


Seperti mana MV Mega Bakti, kapal dari Kelas Mahamiru ini juga mempunyai ROV sendiri tetapi lebih besar dari ROV Debris yang ada pada MV Mega Bakti.

Kelas Mahamiru adalah kapal pemusnahrajau dan periuk api yang terdiri daripada KD Mahamiru (11), KD Jerai (12), KD Ledang (13), dan KD Kinabalu (14).

Asalnya sistem remote-operated submersibles (ROV) adalah dari sistem PAP-104, tetapi apabila kapal dinaiktaraf dalam program SLEP, ia digantikan dengan sonar baru dari Thales dan ROV baru jenis Olister (gambar kecil) bagi tujuan pemusnah periuk api.

Walaubagaimanapun, ROV ini juga boleh diguna bagi mengesan bangkai pesawat atau kapal yang karam dalam lautan. KD Jerai antara aset yang akan digerakkan bagi operasi SAR MH-370 bagi pengesan bangkai pesawat, dan mendapatkan Black Box bagi memudahkan siasatan punca nahas oleh NTSB dan DCA.

Penjelasan oleh Malaysia Defense di SINI


Sunday, 21 July 2013

Siapa Penipu Nombor Satu..????


Tak mau cakap apa2 dah....
Jaga lidah, jaga telinga, jaga mata... diam2 sudah...



Saturday, 22 June 2013

Harga murah PROTON Saga SV, siapa kena kencing?

Proton Saga SV. Proton melancarkan siri terbaru Saga SV – Saga Super Value (SV) mereka dengan harga RM33, 888.00. Harganya agak berpatutan dan berkurangan dari harga model sebelumnya. Ia dilancarkan Sabtu lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara.

Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock. Ia dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Proton buat gempak dengan baner mereka dengan kadar bayaran RM250 sebulan. Itulah yang cuba dipertikaikan. Adakah RM250 sebulan yang benar-benar RM250 sebulan sepanjang tempoh pinjaman. Pembeli diminta tanya apakah maksud tanda bintang pada harga tersebut dan cuba darab RM250 x 9 tahun=??

Cuba kita kirakan….

baca lanjut:



Harga kereta, RM33, 888.00. Bayaran deposit untuk pembelian kereta biasanya 10% iaitu RM3388.00. Baki adalah sebanyak RM30 500.

RM30 500 akan dipinjam dengan kadar faedah sebanyak 2.85 setahun [anggaran - maklumat salesman]. Faedah untuk 9 tahun [jumlah tahun paling lama dibenarkan Bank Negara] adalah sebanyak RM7823.25 dan bayaran bulanan untuk 9 tahun [pinjaman + faedah] ialah sebanyak RM354.85

Jadi Proton dah bagi gempak dengan RM250 sebulan. Gempak Proton menjadi untuk mengelirukan pembeli. Betullah RM250 tetapi mungkin hanya untuk tahun pertama atau hingga tahun kedua, selepas itu bayaran bertambah lagi banyak.

Jadi bakal pembeli janganlah teruja sangat!! Adat orang berniaga, bohong tu..bohonglah juga. -


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Friday, 8 March 2013

Jeneral sertai pakatan, siapa sertai UMNO?

Kasihan buat UMNO / BN yang semakin uzur dan semakin tidak relevan keepada rakyat. Semakin tidak mendapat tempat di hati orang bijak pandai dan berpengaruh. Hanya rakyat yang mudah diperbodohkan oleh pemimpin - pemimpin UMNO sahaja yang masih setia dengan UMNO.

Itupun setelah disogok dengan bantuan jangka pendek RM500.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Antara faktor lagi kenapa orang cerdik pandai beralih kepada pakatan rakyat adalah kerana:

  • pakatan rakyat saban hari malah saban tahun menjadi mangsa buli dan ketidaksamaan layanan politik oleh UMNO/BN. Rakyat bukan buta atau pekak, saban hari mereka menjadi pengadil kepada sikap berat sebelah terutama media kepada pakatan rakyat PBO kata lagi banyak zalim, lagi cepat mampus UMNO/BN!
  • Pakatan rakyat menjadi pilihan orang bijak pandai kerana urus tadbir yang cekap, bersih dan bebas dari penyelewangan. UMNO? Saban penggal mereka tidak pernah serik-serik malah menambah sejarah penyelewangan yang maha cukup banyak. Rakyat sudah bosan dan muak, kesalahan-kesalahan itu membuatkan rakyat akan mengaramkan kapal UMNO/BN. PBO kata dacing yang menimbang dosa UMNO/BN sangat berat, senget sudah
  • Sikap bermuka-muka pemimpin - pemimpin UMNO /BN dalam isu melayu, raja-raja, agama islam sudah cukup untuk membuatkan orang cerdik pandai beralih kepada pakatan. Konon UMNO memperjuangkan melayu tapi dalam masa yang sama merekalah yang mengadaikan bangsa melayu. Bukti dari tahun ke tahun buat orang semakin menyampah kepada UMNO

Sehingga semalam, sudah lima orang bekas Jeneral (aku kira cerdik pandai la) telah menyertai pakatan rakyat. Mereka adalah:

  1. Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid
  2. Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab
  3. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
  4. Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
  5. Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein (TERBARU)
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Lima pemimpin tertinggi dah menyertai pakatan, yang bawah-bawah tu tak nak jadi cerdik pandai juga ke?


sumber sini



pen buruk online





Monday, 4 March 2013

Siapa arahkan Manila Bulletin padam laporan janji Najib kepada Tentera Sultan Sulu?


Laporan yang disiarkan oleh portal berita on-line iaitu Manila Bulletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyiarkan janji Najib kepada Tentera Sultan Sulu yang kini menceroboh Sabah didapati telah dipadam.

Laporan tersebut dengan tajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” telah disiarkan pada 21 Febuari lalu.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar untuk menuntut janji itu dan beliau meminta perkara ini diselesaikan secara aman.

Dan kini jika hanya paparan di bawah terpapar apabila kita cuba mengakses berita tersebut.

Manila Bulletin

Walaupun sudah dipadam, paparan berita itu kini sudah tersebar secara meluas di blog dan di media sosial antaranya sila lihat di ( SINI )

Persoalannya sekarang.. siapakah yang telah mengeluarkan arahan supaya laporan tersebut ditarik penyiarannya?




Tuesday, 19 February 2013

Najib letak jawatan?.. siapa punya kerja pulakdah nie..


Dalam beberapa laman FaceBook hari ini telah tersebar image di atas, Ianya memaparkan satu kenyataan kononnya 'PM Secara rasminya meletak jawatan' yang tersiar di portal Kementerian Penerangan.

Angkara siapa entahlah.. antara isi berita yang disiarkan ialah 'Dato Seri Najib secara rasminya meletak jawatan selaku Perdana Menteri di atas desakan rakyat Malaysia.

Selain dari Najib dibuli lagi ianya juga mendedahkan kepada kita semua bahawa selain lembab portal Kementerian Penerangan itu boleh ditembusi oleh penggodam dengan mudah..

Bagaimanapun Kementerian Penerangan telah mengambil tindakan awal dengan memadam kenyataan palsu itu..

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Dan kenyataan akhbar berikut telah dikeluarkan..


Kesian kat Najib.. apalah suwey dia ni.. Bulan Februari ini bermacam-macam perkara memalukan dah terjadi terhadapnya...

Bermula dari sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang lihat di ( SINI ), di malukan oleh Psy lihat di ( SINI ).. dan semalam dimalukan lagi di ( SINI )

Friday, 15 February 2013

Ceramah PAS hambar di Parit Buntar?.. Macai UMNO nak perdodohkan siapa ni?


Jika pemimpin mereka masih mahu memperbodohkan orang-orang  Melayu kononnya hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu...

Blogger-blogger upahan mereka juga membawa agenda yang sama iaitu juga memperbodohkan Melayu namun skop mereka lebih kecil iaitu memperbodohkan Melayu yang membaca Blog mereka sahaja..

Biarpun mereka menyedari bahawa bukan Blog mereka sahaja yang ujud di alam cyber ini, Blogger Pro UMNO masih cuba memperbodohkan pembaca mereka..

Seperti biasa yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang, berbekalkan beberapa keping gambar di awal program ceramah Pakatan Rakyat (gambar di atas), mereka menyebarkan cerita kononnya 'Ceramah PAS hambar di Parit Buntar'..

Berikut adalah sedikit laporan dan gambar suasana sebenar di ceramah PAS yang diadakan di Parit Buntar itu..


Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar.

Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.


Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar.

“ Kehadiran Dato’ Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

“ Buktinya, kehadiran orang ramai mendengar ceramah Dato’ Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt dan makanan percuma diberi” katanya.

Sementara itu, Dato’ Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

“ Kita sudah memberi Umno 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka Islam akan tergugat.

“ Maka pencapaian terbesar Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjara? “ katanya.

Beliau meminta rakyat menolak dakyah Umno yang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi.

“Tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO tewas, Melayu akan rugi.



“ Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu” katanya.. ~ Dilaporkan oleh PASPB


Sunday, 3 February 2013

Zambry didakwa jumpa Pegawai Hutan,tanya siapa bagi maklumat kepada Nizar..

Foto DS Nizar sebelum ceramah isu Zambry beri tanah kepada pemuda Jonathan Cheong, 28 tahun,pada 25 Januari lalu. Turut berceramah pada malam itu Datuk Rahman Maidin.Nizar mencabar Zambry jika tidak betul,sila saman."sekarang saya bercakap tidak di dalam Dewan"

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai  Zambry Kadir didakwa telah pergi ke Pejabat Hutan Negeri untuk mendapat maklumat siapa yang membocorkan maklumat tentang pemberian konsesi balak kepada Jonathan Chong ,28 tahun itu. Zambry Kadir didakwa hairan bagaiman DS Nizar boleh mendapat maklumat beliau beri konsesi balak kepada pemuda bukan Melayu itu.

Sumber yang boleh dipercayai juga beritahu mendakwa  Zambry Kadir marah-marah kepada Pegawai Hutan di Ipoh.Seorang pun tak mahu mengaku mereka memberi maklumat kepada DS Nizar.

Friday, 1 February 2013

Siapa pakaikan Najib baju 'Cina Mati' ni??.. tak patut sungguh...


Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, telah memaklumkan bahawa pakaian Najib ini adalah untuk si mati bagi kaum Cina.

Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yang pakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China.


Laman web tersebut menyediakan pelbagai kelengkapan kematian seperti pakaian si mati untuk lelaki dan wanita, topi untuk si mati, kasut, keranda, pasu abu mayat dan pelbagai kelengkapan lagi.

Antara gambar pakaian-pakaian untuk si mati lelaki yang di tunjukkan, adalah gambar pakaian seperti di bawah.


Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti penasihat kepada Perdana Menteri tidak melakukan kerja.

Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib perlu berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang telah bertindak menurunkan banner-banner ini.


Walaupun ia atas alasan ia tidak mendapat permit, namun sekurang-kurangnya banner Najib ini tidak menjadi bahan lelucon bagi masyarakat Cina.

Bagaimanapun jika pakaian ini adalah pakaian umum bangsa Cina, dan bukanlah pakaian untuk si mati, maka penasihat beliau juga perlu untuk memberi makluman ini kepada Perdana Menteri supaya beliau dapat membuat sama ada untuk memakai pakaian ini atau memakai pakaian lain yang lebih sesuai ~ Sumber info dari ( SINI )

Hmmmm... patutlah MPSP dan MPPP kelam kabut saja menurunkan banner tu sedangkan selama ini biarpun tak ada permit banner yang ada gambar Najib jarang diganggu mereka...

Sunday, 27 January 2013

Harussani kata Umat Islam jadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah ‘Allah’.. dia kata kat siapa nie?

Tegas dan keras sekali kenyataan dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama lain..

Katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh semalam.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," .

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini..

The Malaysian Insider

Tetapi dalam kenyataannya yang berapi-api hingga meletakkan seseorang yang berugama Islam sebagai kafir jika membenarkan ugama lain menggunakan kalimah 'Allah' beliau mungkin terlupa bahawa yang telah memberikan kebenaran tersebut awal 2010 ialah seorang pemimpin UMNO..

Katanya.. kalimah ‘Allah’ boleh digunakan di Pulau Pinang. Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak kerana Ketua negeri bukan seorang Sultan.

“Di negeri-negeri di mana terdapatnya enakmen hal ehwal Islam adalah dilarang dari mengguna kalimah ‘Allah’” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz..


Bukan Nazri Aziz sahaja yang terkena dengan fatwa Harussani itu malah seluruh kabinet Najib..

Sebabnya sila lihat dokumen kebenaran penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kabinet Najib di ( SINI )..

Dah jadi macam boomerang pulak isu penggunaan kalimah 'Allah' ini buat UMNO.. nak diguna untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat tapi dah balik kepada UMNO semula..

Kena cari isu lainlah pulak nampaknya.... kesian kat depa....