Showing posts with label harimau. Show all posts
Showing posts with label harimau. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Annuar Musa dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda


Nak salahkan semuanya kepada Pegawai-pegawai dari FAM ini rasanya kurang sesuai dan tak patut sangatlah..

Kerana mereka mungkin belajar dari apa yang pemimpin-pemimpin UMNO dah amalkan selama ini.. contohnya macam Khir Toyo buat itulah..

Kuala Lumpur: Selepas membongkar isu perbelanjaan tajaan berjumlah RM30 juta, Tan Sri Annuar Musa semalam mendedahkan pula tembelang sebenar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menghantar skuad Harimau Muda A berlatih di Slovakia yang didakwanya untuk memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong secara percuma.

“Selepas pasukan dihantar berlatih nun jauh ke Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Sukan SEA hanya dianjurkan di Asia Tenggara tetapi pasukan berlatih di benua Eropah.

“Dikhabarkan segala-galanya diatur seorang ejen yang membuat ‘good business’ (perniagaan yang menguntungkan) daripada program ini tetapi bagaimana cara ejen ini dipilih? Tender atau sebut harga?

“Apakah Exco FAM terbabit dan kenal ejen yang mengaturkan semua ini? Semua pasukan lain berlatih dalam negara sendiri dengan belanja yang terhad. Pegawai dan isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan mahu melihat pasukan berlatih,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.



Seperti diketahui, FAM menghantar skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee menjalani persiapan lima bulan di Eropah mulai pertengahan Mac lalu dengan sasaran mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini.

Annuar turut menimbulkan persoalan mengenai keputusan FAM menghantar Harimau Malaya berlatih di Australia kerana disifatkannya tidak berbaloi walaupun ia dikatakan menggunakan wang tajaan Telekom Malaysia (TM).

Thursday, 14 February 2013

Bertarung dengan harimau kumbang, lelaki ini terselamat


Gua Musang: “Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan,” kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.



Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.
“Dalam keadaan lemah, saya menjerit meminta tolong dan mujur seorang rakan datang menjolok kayu ke mulut harimau kumbang itu yang hampir menggigit tengkuk saya,” katanya.

Sejurus kejadian itu, Alip dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan menerima 50 jahitan di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri.
Foto
NURAIDI menunjukkan kepala Alip yang cedera bergelut dengan harimau kumbang.

Lelaki warga Indonesia itu dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah kongsinya di tanah rancangan berkenaan pada hari sama.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿