Showing posts with label bilik. Show all posts
Showing posts with label bilik. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Gambar Murid Bukan Islam Diarah MAKAN di dalam BILIK MANDI Bersebelahan TANDAS


Apa punya fahaman yang Pengetua Sekolah ini anuti?.. Adakah tindakannya ini sebagai menghormati bulan Ramadhan atau menjaga puasa pelajar-pelajar yang lain entahlah.. hanya dia yang tahu..

Tapi... Tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?

Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit, Guneswari Kelly (lihat di SINI ), bilik mandi yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau.

Malah lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan habitat pelbagai bakteria bahaya.

Tambah Guneswari Kelly, pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan tersebut.


Persoalannya, sukar sangatkah pekerja am sekolah membersihkan kawasan kantin yang digunakan oleh beberapa kerat pelajar bukan Islam?

Jika tiada pekerja am, terjejaskah puasa guru jika terpaksa menyapu cebisan makanan yang bertaburan di lantai?

Jika benar, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak bertamadun.

Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya.

Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir sekolah yang jelas menjatuhkan martabat Islam, kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. -DCM

Thursday, 25 July 2013

Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah cetus kontroversi




  



 
Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pistana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.

NONEIa menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik air sekolah tersebut.
Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas.

Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.


Tindakan tersebut sedang dijalankan pada masa ini, katanya lagi di Facebook.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke bilik air.
Sekiranya kantin berkenaan ditutup untuk proses naiktaraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenalpasti untuk dijadikan ruang makan, katanya.
"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi.

Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenalpasti jika sekolah tersebut tidak harus dikenakan tindakan, katanya. ~  mkini

Lihat lagi Gambar2 di SINI

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Ini Penjelasan Dari Pengetua Dan Pengerusi PIBG Berkenaan Bilik Persalinan Diguna Sebagai Tempat Makan


Ketika memasuki perkarangan sekolah kira-kira pukul 6 petang Selasa, guru besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kelihatan tertekan kerana beberapa pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan menyoal mereka berulang kali mengenai tindakan tersebut.

Mereka menunjukkan kepada kami bilik persalinan yang berada dalam keadaan bersih pada ketika itu.

Dua meja dengan alas berwarna ungu diletakkan dalam ruang kecil dekat dengan bilik mandi dan singki serta kerusi.

Kantin sekolah itu yang bertentangan dengan bilik persalinan baju dibuka semula untuk murid-murid pada Selasa atas arahan Menteri Pendidikan.

Terdapat tiga bilik mandi dan tiga singki di dalam bilik tersebut yang betul-betul bersebelahan dengan tandas perempuan dan tandas orang kurang upaya.

Menurut pegawai sekolah tersebut, terdapat kira-kira 28 pelajar bukan Islam di sekolah terbabit.

Guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor berkata, semua murid telah menggunakan bilik persalinan itu sejak Mac kerana ruang di kantin sekolah tidak mencukupi.

"Kemasukan pelajar meningkat melebihi 500 murid pada tahun ini. Malah kami tidak mempunyai bilik kelas yang cukup. Kami mempunyai purata kira-kira 49 murid dalam setiap kelas sekarang.

"Saya hanya memutuskan untuk memindahkan mereka ke bilik tersebut kerana kebanyakan murid-murid duduk di atas rumput atau berhampiran longkang kerana ruang yang terhad," katanya.



Beliau berkata, kantin sekolah itu ditutup lebih seminggu yang lalu kerana kerja pengubahsuaian.

Mohd Nasir membawa kami ke kantin itu untuk menunjukkan pintu kaca yang baru dipasang di sudut penjuru kantin tersebut.

Kerja pengubahsuaian sudah berakhir minggu lalu, katanya.

"Kantin itu sepatutnya dibuka semula pada Isnin. Saya tidak tahu mengapa ia ditutup. Saya berada dalam mesyuarat pada hari tersebut," kata Mohd Nasir.

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff berkata, ahli persatuan itu menyedari situasi itu apabila ia dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

"Sebagai ibu bapa, saya rasa ia bukan idea baik tetapi keputusan bukan terletak di tangan saya," katanya. 

Sementara itu, Mohd Nasir menegaskan beliau tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap para pelajar.

"Seperti yang anda boleh lihat, bilik mandi amat bersih. Hanya satu sebab saya memilih tempat itu kerana ia bilik paling dekat dengan kantin.

"Saya tidak bermaksud untuk mengapa-apakan murid-murid," katanya ~ mStar


Itu penjelasan mereka..

Sebenarnya aku kurang bersetuju dengan tindakan beberap sahabat yang mendedahkan laman FaceBook milik peribadi Pengetua Sekolah ini..

Sepatutnya apapun yang berlaku kita sewajarnya menunggu penjelasan dari beliau sendiri.. kerana beliau hanya menjalankan tugasnya..

Dan aku yakin Pengetua Sekolah ini sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para pelajarnya..

Saturday, 20 April 2013

UMNO sapu rumah PPRT untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka..


Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul – Hassan.

Pemohon mestilah arganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, berpendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan, tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang serta tidak sempurna. Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian. Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

Saya senaraikan syarat-syarat di atas ini yang dipetik dari sebuah laman web pihak berwajib yang menguruskan program PPRT ini dengan cuba meneliti dan mendalami kalau-kalau ada di antara syarat-syarat tersebut yang memenuhi kelayakan untuk ianya diduduki BN sebagai markas pilihanraya. Malangnya saya tidak menemuinya.

Nak kata BN berpendapatan rendah, mustahil! Nak kata BN tidak mempunyai rumah atau mendiami rumah usang, lagi mustahil! Nak kata BN berpendapatan kasar dibawah RM1,500 sebulan, ish! Tak mungkin! Nak kata.... Nak kata... Masih tidak ku temui jawapannya.

Walaupun begitu Umno Jabi telah menjadikan sebuah rumah PPRT di Dun Jabi sebagai rumah BN (baca markas BN). Ini adalah salah guna program bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukannya. Sebelum ini kita biasa mendengar rumah PPRT yang didirikan kemudian dijadikan rumah sewa oleh tuan rumah yang sememangnya telah sedia memiliki kediaman selesa. Tapi kenapa masih layak memohon?

Bantuan atau sumbangan yang disasarkan untuk orang ramai yang memerlukan tetapi natijahnya berlegar di kalangan kroni adalah sifir cara Umno bekerja. Sebab itulah Mat said sendiri pernah merungut apabila kurma dan air zam-zam sumbangan Ramadhan berlonggok di rumah Pengerusi JKKK merangkap ketua cawangan Umno sekaligus mengagalkan cita-cita Mat said untuk melihat botol air zam-zam yang terpampang wajahnya sampai ke setiap pintu rumah rakyat Terengganu. Kesian...

Umno adalah Umno dulu, kini dan selamanya. Ada juga masyarakat sekitar yang menyindir... PRU belum lagi, tak kan dah bersiap nak kalah sampai kena belajar bertatih duduk di rumah PPRT.


Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi
Anggota Perhubungan PAS Negeri Terengganu

Saturday, 26 January 2013

Gara-gara 'Janji Tak di tepati', 9 bilik gerakan UMNO ditutup


Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..


Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya ~ Sinar

Hmm.. kalau ahli UMNO sendiripun ditipu oleh pemimpin UMNO.. rakyat jelata yang bukan ahli UMNO lagi mudah untuk ditipu..

Yalah.. Ahli UMNO menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin..

Biarpun mereka punya kuasa untuk menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin yang bakal dipilih pula oleh rakyat biasa sebagai Wakil Rakyat namun bukanlah satu masaalah untuk menipu mereka oleh pemimpin UMNO..

Kalau ahli yang melantik pemimpin UMNO itu sebagai pemimpinpun boleh ditipu mereka.. rakyat biasa ni apalah sangat...