Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Monday, 24 February 2014

KeAdilan minta penjelasan Suara KeAdilan kerana siar artikel Hishamuddin Rais?


PKR yang seringkali memperjuangkan kebebasan media dikatakan mengeluarkan arahan meminta akhbar rasmi mereka, Suara Keadilan untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.

Menurut satu sumber, arahan itu dikeluarkan minggu lalu secara lisan kepada pengarang Suara Keadilan, tanpa menyatakan tarikh berbuat demikian.

"Seseorang daripada pemimpin PKR tidak berapa senang dengan tulisan artikel tersebut kerana dikatakan mengkritik kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali secara keterlaluan, tambahan pula ia disiarkan di akhbar rasmi parti sendiri. Kerana itu mereka meminta penjelasan bagaimana artikel itu dilepaskan untuk disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

"Tidak ada penarikan, saya tidak dengar mengenai itu, Suara Keadilan hanya diminta beri penjelasan dan ia disampaikan melalui komunikasi tertentu, tiada surat atau apapun," katanya.

Artikel "Khalid dan Azmin" ditulis Hishamuddin dan disiarkan dalam ruangan kolumnis Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu, dan turut disiarkan di portal berita Malaysiakini.

Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR," tulis artikel tersebut.

"Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit," tulis Hishamuddin dalam artikel tersebut.

Hishamuddin ketika diminta mengulas tulisan itu, menegaskan beliau mengeluarkan pandangan secara peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

"Memang saya bertanggungjawab 100% setiap tulisan saya, namun selepas ia disiarkan, sahih atau tidak itu terpulang kepada pembaca untuk menilai, sekiranya mereka merasakan sebegitu, maka ia diluar kemampuan saya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Hishamuddin, beliau mengamalkan kewartawanan Gonzo dalam penulisannya.

"Saya tidak kata siapa-siapa, siapa yang terberak dialah yang terbau kentot," katanya.

Kewartawanan Gonzo merujuk kepada gaya kewartawanan yang ditulis tanpa tuntutan objektiviti sebagaimana laporan di mana seseorang wartawan juga dimasukkan sama.

Perkataan "Gonzo" mula digunakan pada tahun 1970 untuk menggambarkan satu artikel yang ditulis oleh Hunter S Thompson. Kemudian ianya menjadi pop.

Istilah 'gonzo' telah ditakrifkan dalam kesusasteraan akademik sebagai cara dan bentuk penulisan yang bertenaga di mana penulis juga menjadi protagonis.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan parti itu ada mengeluarkan arahan penarikan atau meminta Suara Keadilan memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel tersebut, bagaimanapun mengakui isu tersebut ada dibincangkan.

"PKR tidak langsung mengeluarkan sebarang arahan meminta Suara Keadilan menarik kembali artikel atau memberi penjelasan, tambahan pula isu berkenaan kini masih lagi berada di tahap perbincangan," katanya.

Beliau juga menegaskan pihak parti memahami dan menyokong kebebasan media, kerana itu memutuskan Suara Keadilan bergerak bebas biarpun dikenali sebagai lidah rasmi parti.

"Isunya di sini apabila terdapat sesetengah pemimpin yang namanya dikaitkan dalam artikel tersebut menyuarakan hal itu, bagaimanapun parti masih tidak memutuskan apa-apa lagi, dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik malam ini," katanya.

Sunday, 17 February 2013

Sedap betul artikel PANAS neh... [Baca la...]

PRU13 : Kerajaan PR TIDAK akan sama dengan Kerajaan UMNO/BN

Kalau kita rakyat Malaysia hendak tahu:
  1. Siapa yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya
  2. Bagaimana wang RM500 juta komisyen diagihkan
  3. Siapa yang terlibat dalam pemberian konsesi tol jalanraya
  4. Bagaimana projek2 kerajaan mengayakan Ananda, Syed Mokhtar, YTL, Bejaya, Gamuda dll
  5. Cerita disebalik pembelian segala alatan untuk tentera Malaysia- bot peronda buatan Amin Shah, bot peronda jenerasi ke2, pembelian Sukhoi, pembelian APC dll
  6. Kebenaran disebalik pendedahan Deepak
  7. Sama ada Najib dan isteri merompak negara
  8. Dan banyak lagi
Maka langkah yang paling mudah, ialah bila PRU 13 tiba, mari kita berpakat dengan suatu hati dan matlamat, humbankan UMNO dan BN. kemudian kita buat tribunal, mahkamah khusus dan select ccommitees memanggil semua yang terlibat, untuk di adili sebelum kita hantar mereka bermukim di Resort Sungai Buloh. Tidak mati orang Melayu kalau UMNO tewas! Tok Cai Mahathir boleh cakap apa sahaja yang dia mahu, tapi orang sudah tidak dengar apa dia kata lagi.

Hari ini, kesan langsung dari apa sahaja yang Mahathir cakap, orang akan lakukan yang bertentangan. Bila dia kata, Najib jangan jawab Deepak, Deepak mengutus surat terbuka dan lebih banyak cerita terburai mengenai rasuah Najib dan isteri. Malu orang Melayu, penjual permaidani boleh memperlakukan PM sedemikian rupa kecuali apa yang perkatakan adalah kebenaran belaka. Kalau rakyat hendak tahu, tempatkan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru. kita akan dedahkan semua.

Ah- kalau kita pilih orang lain, mereka pun akan buat serupa diatas. Mengayakan kroni, merompak dan melanun. Kalau aku pilih orang lain, aku pun begini juga. Kalau jadi jaga, tetap jadi jaga, kalau kuli tetap jadi kuli. Lebih baik kekalkan kerajaan yang sedia ada- walaupun syaitan, tapi sekurang kurangnya, aku kenal mereka. Yang hendak ganti nampak macam malaikat, tapi mana tahu perangai pun syaitan.

Inilah respons yang bersifat emosional yang sering diperdengarkan kepada kita. Bagaimana kita menangkis nya? Yang tidak suka bahas dan debat, kita biarkan mereka kekal demikian kerana berbahas dan berdebat bukan budaya mereka. Penggunaan otak secara berlebihan mengurangkan harga otak dipasaran. Mereka mahu kekalkan tahap penggunaan otak mereka pada peringkat minima, supaya jika otak mereka dijual kelak, ianya dijual pada harga yang termahal. Budaya mereka ialah baling batu, pukul orang, simbah cat, rosakkan kereta dan merampas mikrofon.

Maka sebelum saya pergi berceramah ketempat lain, saya bercadang untuk membentang satu artikel membahas kenyataan2 seperti ini.

Kenyataan2 selamba seperti ini nampak sukar mahu ditangkis. Kerana ianya kenyataan emosional yang lansung dan direct dan mengerakkan perasaan serta merta. Tapi jika dikupas secara rasional dan menggunakan penalaran/reasoning akan segera didapati lemah dan salah.

Pun begitu, kenyataan emosi seperti diatas sudah pun memperakui bahawa kerajaan yang sedia ada benar2 melakukan segala angkara durjana dan jengkil yang kita sebutkan tadi. Rasuah, agihan kekayaan sesama kawan2, salah guna kuasa dan sebagainya.

Kata2 demikian membuat kita lupa, kita berada didunia ini berhutang kepada jenerasi yang akan datang. Kita bukan hiudp untuk kepentingan kita sendiri sahaja bahkan berhutang kepada jenerasi yang akan datang supaya bertanggungjawab mewariskan sebuah negara dalam tangan pemerintahan yang baik.

Kenapakah, respons dan tindak balas yang emosional ini mudah diterima bahkan dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi dan berpelajaran? Mengapakan kita berfikiran- semua pengkritik dan kaki bising diluar sana tidak mampu melakukan perubahan apa2 dan keadaan tetap serupa jika mereka memerintah? Dibandingkan dengan kita( yang menyokong kerajaan yang ada)- kita sahajalah yang boleh melakukan perubahan dan melakukan pembaikan sebab kita berbeza dengan yang buat bising diluar gelanggang kekuasaan. Kita golongan yang baik, yang diluar, golongan yang hendak merosakkan negara.

Jawapan yang mudah ialah- kita mempunyai perasaan yang demikian, dan menganggap diri kita baik dari mereka yang diluar hanya memerlukan pujian keatas diri sendiri dan manipulasi keatas emosi. Pujian dan belaian keatas emosi sifat nya direct atau lansung dan mudah ditangkap oleh bahagian emosi otak kita.

Sebaliknya, untuk berhujjah mengapa mereka yang sebelah sana boleh mengganti kita dan melakukan lebih baik dari kita memerlukan penghujjahan yang tidak lansung/indirect dan merujukkan pandangan2 tersebut kepada bahagian rasional otak kita.

Oleh sebab dalam otak kita, bahagian yang mengurus perkara2 emosional lebih developed dari bahagian yang mengurus soal2 rasional, maka jawapan yang bersifat emosi, mudah diterima.

Kerajaan yang menggantikan UMNO tidak sama dengan UMNO dan tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh UMNO. Mereka tidak mudah melakukan penipuan, rompakan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Mengapa? Ada 3 faktor yang menjadikan hal yang demikian.

Pertama, pengalaman terkumpul kita hidup dibawah kerajaan yang korap selama 55 tahun meningkat kesedaran social kita. Kita membentuk nilai2 yang membenci kejahatan masyarakat seperti rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan ekonomi, jinayah ekonomi. Pengajaran dari pengalamam terkumpul kita membina tembok yang memagari tindak tanduk kerajaan yang akan datang. Kerajaan baru akan mendapati sukar dan mengundang celaka jika melanggar tembok2 yang terbina akibat kesedaran social yang meningkat.

Kedua, pengajaran dari pengalaman terkumpul tersebut membolehkan kita membentuk kayu pengukur dan piawai keatas adab susila berkerajaan. Apakah kayu pengukur dan piawai tersebut? Kita sudah membina piawai yang menyekat rasuah dan salah laku, dan sebagainya. Sebahagian besar masyarakat sudah menjadi lebih bijak untuk menyedari jika kerajaan baru mengambil langkah A, B, C dan D-ianya akan menghasilkan E yang tidak di ingini. Oleh kerana kita sudah pun membentuk standards, maka sebelum sampai kepada E yang tidak kita ingini, maka pihak yang mengambil langkah tersebut sudah di hukum.

Ketiga, kita memasuki zaman dimana good governance sudah diterima sebagai pedoman atau norma berkerajaan. Kecenderungan masyarakat kita sendiri kepada urustadbir yang baik diwakili oleh suara2 orang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Bawani yang berani menyanggah fasilitator yang kata listen listen. Juga kecenderungan masyarakat kita menyukai good governance di wakili oleh suara2 Adam Adli dan lain2 individu dan pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Kesemua ini bertindak sebagai conscience masyarakat kita. Oleh kerana semua akan dipersoalkan dan diadili atas dasar good governance, kerajaan yang baru tidak akan berani melanggar norma2 baru.

Maka jawapan yang rasional ialah- TDAK –kerajaan yang baru akan berbeza dari UMNO yang korap dan rasuah dan pemimpin meraka yang korap dan rasuah.

Dan bila masyarakat menyerapkan nilai2 ini dalam dada, maka barulah institusi formal seperti judiciary, parlimen, SPRM yang kuat boleh diujudkan. Nilai2 yang dipegang masyarakat akan mengukuhkan dan memperkasakan institusi2 formal.

Jika rakyat hendak tahu jawapan kepada soalan2 diawal artikel ini, mari kita sama2 nyahkan UMNO dan BN dari Putrajaya. ~ Ariff Sabri.


MACAI Ameno ada beranikah baca artikel neh...

Utusan Meloya...
Muka depan bukan main punya bergaduh sakan tuduh Pakatan Rakyat gila judilah... lubuk judilah... entah apa-apa lagilah.... belakang dia siarkan keputusan nombor ekor...

Woii...!! Utusan bangang... kalau berani, siarkanlah sekali siapa pemegang-pemegang lesen judi ni woii..!! Buat macai-macai Umno pulak, meh sini tolong baca dan jawab. Buat pencerahan biar rakyat tahu pembangkanglah yang sebenarnya perjuang dan pertahankan judi sebagai sumber negara...!! Bukan Umno...

BACALAH HAL-HAL TAUKEH JUDI/ORANG UMNO

A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan