Showing posts with label Khabar. Show all posts
Showing posts with label Khabar. Show all posts

Monday, 4 February 2013

Khabar angin Shahidan Kassim masuk PAS akhirnya terjawab

ALOR SETAR - “Saya tak pernah kata nak lompat parti,” tegas bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Adun Tambun Tulang.

Shahidan berkata, beliau tidak mungkin berhasrat untuk meninggalkan Umno kerana dirinya adalah seorang pejuang politik dan parti itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah terhadapnya.




# sila like "pakatan rakyat supporters"




“Orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat?. Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai Pas seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog,” katanya kepada Sinar Harian.

Shahidan memberi reaksi itu ketika diminta mengulas dakwaan blog mengatakan dirinya akan hadir berceramah bersama pemimpin Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.

Isu terbabit timbul gara-gara gambar Shahidan bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah.

Shahidan dijadualkan hadir pada majlis Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu bergandingan dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek.

Rentetan itu, beliau dikaitkan akan menyertai Pas dalam masa terdekat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengulas perkara itu, Shahidan berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu berikutan program terbabit adalah sebuah majlis ilmu.

“Ianya bukan isu dan tidak wajar dijadikan isu. Majlis wacana ilmu itu dikenali sebagai wacana perdana, menampilkan saya selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno. Ia bukan program politik,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana masanya tidak sesuai kerana terpaksa berangkat ke Gaza pada keesokannya.

“Perkara itu dalam pengetahuan Setiausaha Agung Umno dan Menteri Besar Perlis dan menyifatkan ianya tidak sesuai ekoran pilihan raya semakin hampir,” katanya.

Shahidan berkata, beliau tiada masalah untuk bersama pemimpin Pas dalam satu pentas asalkan mendapat kebenaran Majlis Tertinggi dan diadakan di tempat terbuka.

“Anjuran siapa pun boleh jika dibuat di tempat sesuai. Lebih sesuai jika wacana ilmu diadakan di tempat terbuka dan bukan markas parti. Saya tak hadir sebab ada komitmen lain dan jemputan itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sudah dimaklumkan ketidakhadiran saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, majlis ilmu itu sememangnya bertujuan mendapatkan perbezaan pandangan antara parti politik utama di negara ini.

“Kita jemput Shahidan sertai perbincangan lintas parti, dapatkan pandangan parti lain berkaitan topik semasa. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi kongsi pandangan selama 10 minit melalui telefon walaupun tidak dapat hadir,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memilih Shahidan kerana mahu mendapatkan pandangan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam isu berkaitan.


sumber sini



Tuesday, 22 January 2013

Apa Khabar Makcik dan Pakcik Felda sekarang?


Apa khabar agaknya sekarang Makcik dan Pakcik Felda yang terlalu percayakan akan janji-janji Najib mengenai penyenaraian ini?

Nak kata apa lagi?? Nasi sudah menjadi bubur.. seperti lirik lagu kebanggan UMNO ..

"Air mata darah, bercampur keringat... Bumi dipijak kini milik orang......"
 

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian. Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42.

Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.

Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin. Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI. Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor “risiko”.

“Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya,” katanya.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP ~ Harakahdaily