Showing posts with label bersumpah. Show all posts
Showing posts with label bersumpah. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Video Penerima BR1M dipaksa bersumpah mengundi BN tersebar!!.. Saksikan!!


Sebelum ini pencacai UMNO tidak percaya apabila aku mendedahkan satu gambar kenyataan ikrar sumpah penerima BR1M yang dipaksa bersumpah untuk mengundi BN...

Antara komen yang ditinggalkan dalam ruangan komen Blog ini ialah..

membohong lagi tu. ada ke AKUR JANJI? ini mesti kerja pecacai pkr yg buat cerita. AKUR JANJI. hahahahh.

pegawai bank tu org umno ke? bukan korang pecacai dah percaya 100 org kelantan tu penyokong pas ke?

kalo setakat kertas A4, pinajm kopiah kasi pakai, dah buleh percaya ke itu kerja org umno bn? tapi biasa la, ecacai pkr senang dihiburkan. jiwa dah kacau, dapat pulak gambau barua pkr bagi, apa lagi. melolong2 la mereka.

memang kena buat macam tu. korang pun boleh ke pergi bank suka2 hati cakap nak keluar wang bapak punya? pecacai ni memang naif la. asal tak elok je bn, umno. padahal pkr pun berapa kerat sgt yg buat benda elok.

Ada pulak yang kata..

setakat kertas print spa pun boleh buat.bagi bukti suara sumpah ke,baru la orang pecaya.orang lain terima xpenah sumpah pun.ampa saja buat lawak la woi cari la modal lain sama.hari 2 video sah2 muka anuar hampa ka bohong ni kertas sapa pun bloleh tulis.

Ada juga yang kata aku sebar fitnah..

Jangan lah nak buat fitnah. Korang yg buat korang kata DSN buat. aku gi ambik tak de sain pun. Kopiah atas kepala lilit serban berjela jela. Jubah meleret menyamu jalanraya tapi suka buat fitnah. Org tunjuk video kata fitnah, sebenarnya korang dengan tok guru korang sama je kaki fitnah. Mintak dijauhi ALLAH lah korang nak jadi pemimpin, memang tak layak, tak, tak berkarisma langsung.

A.B.U = ALLAH BERSAMA UMNO, INSYALLAH!

Apa lagi komen mereka sila lihat di ( SINI )

Berikut adalah video rakaman majlis angkat sumpah yang terpaksa dilakukan oleh penerima-penerima BR1M itu...



Sumber Video: LiangLahad

Wednesday, 20 March 2013

APA?? Najib arahkan akuan bersumpah kedua Bala?


Seorang peguam kanan, Cecil Abraham mengaku menyediakan Akuan Bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu dinyatakan peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu mencadangkan usul untuk mengadakan suruhanjaya bebas bagi menyiasat siapa yang menyediakan draf bagi akuan bersumpah kedua Bala.

“Cecil berjumpa saya dan mengaku mendraf akuan bersumpah kedua tanpa arahan Bala. Arahan ini datang dari Najib,” katanya dalam pertemuan tertutup itu.

Beberapa peguam menulis di twiter menyatakan Americk menerima tepukan gemuruh ekoran pendedahannya.

Malaysiakini melaporkan, beberapa peguam ketika ditemui di luar mesyuarat itu berkata, mereka turut menyokong tuntutan Americk, yang bertemu Abraham dua minggu lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan Americk. Beliau juga meminta Majlis Peguam menjelaskan mengapa badan itu lewat bertindak.

“Malaysian Bar juga harus memberitahu kami mengapa siasatan mengenai aduan ini ditangguhkan,” ujarnya.

Balasubramaniam pada Julai 2008, membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Beliau antara lain mendakwa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia berkenaan.

Bagaimanapun, Bala menarik balik akuan bersumpah tersebut dengan membuat akuan bersumpah kedua sehari selepas mendedahkan SD pertama.

Penyiasat persendirian yang pernah berkhidmat dengan Abdul razak baginda itu kemudian menghilangkan diri selepas mendakwa menerima ancaman. Bala pulang ke tanahair 24 Februari lepas, dan kemudian nekad untuk menjelajah negara bagi mendedahkan skandal berkenaan.

Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia semalam, dilaporkan kerana serangan jantung.

Kumpulan peguam hari ini mencadangkan satu usul agar siasatan dibuat terhadap peguam terlibat dalam persediaan SD kedua ~ Keadilandaily

Saturday, 19 January 2013

Menjelang PRU13.. Rosmah bersumpah tidak ada cincin RM24 Juta itu.. (Video Inside)


Semalam sesudah berminggu-minggu jawapan Najib tentang tuduhan Deepak dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia, Najib akhirnya bersuara..

Meskipun masa yang diambil olehnya begitu lama tetapi jawapannya hanyalah .. "Tidak benar. Deepak bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu, (sepenuhnya di SINI)

Semalam juga Rosmah Mansor dilaporkah telah bersumpah dihadapan kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada balu-balu tentera dan bekas-bekas tentera.

Perkara itu dilakukannya pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Portal Pro UMNO KL Pos melaporkan..

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya.

Berikut adalah video tersebut..


Ceh!! Sumpah apa kebendanya macam tu Rosmah?.. Lain kali kalau nak bersumpah tu tutup aurat tu dulu.. nyatakan dengan jelas cincin yang mana satu dimaksudkan itu?

Rosmah kata cincin itu Cuma dibawa masuk untuk dipamerkan tapi pengampu dia Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.

Dan setahu aku.. setiap barangan bernilai yang dibawa masuk ke Malaysia perlu dilindungi oleh insuran.. oleh itu nama pemilik yang membeli barangan tersebut perlu dipamirkan dalam setiap dokumen yang diperlukan..

Tak tahulah pulak aku.. mungkin Rosmah berniat untuk membeli insuran bagi melindungi cincin tersebut sekiranya ia hilang dalam perjalanan ke Malaysia ni..

Tapi?? ada ke orang yang sanggup menginsurankan barang milik orang lain?.. mungkin Rosmah ni pemurah kot??