Showing posts with label Billion. Show all posts
Showing posts with label Billion. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Patutlah depa demo.. yang dapat projek Terowong RM6.3 Billion tu bukan kroni depa..


Petang Jumaat lalu buat yang ke entah berapa puluh kali akupun tak pasti, satu lagi demonstrasi telah diadakan di Komtar, Pulau Pinang.

Seperti biasa demo yang kelihatan sudah menjadi rutin kepada macai-macai UMNO/BN Pulau Pinang ianya diadakan setelah berakhirnya solat Jumaat..

Demo kali ini melibatkan beberapa buah NGOk yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri Pulau Pinang ini..

Ianya diadakan bertujuan Projek Mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar yang bernilai RM6.3 Bilion..

Ianya melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Yakin bahawa kebanyakkan yang menyertai demo tersebut gagal memahami apaa tujuan sebenar projek tersebut Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog mengenai projek ini.

Dan ianya telah diadakan pada 24 Mac 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada jam 10.00 pagi. Dialog ini akan diadakan dalam Bahasa Malaysia.

Tujuan utama penganjuran dialog ini adalah untuk memberi penjelasan yang sebenar berkaitan dengan cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menaiktaraf jalan-jalan utama di Pulau Pinang dan juga membina terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam, Butterworth kepada masyarakat di Seberang Perai Utara (SPU) khususnya dan masyarakat Seberang Perai amnya.

Kira-kira 20 hingga 30 orang ahli PERKASA telah dilihat hadir dalam sesi dialog ini dan ini menimbulkan kesangsian.. huru hara apa yang akan mereka cetuskan pula kali ini..

Bagaimanapun kehadiran mereka kali ini tidak mencetuskan huru hara kerana mereka benar-benar hadir untuk mendengar apa penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai projek ini.

Mungkin mereka terkedu agaknya bila mengetahui bahawa Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur tersebut adalah seorang Melayu yang bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly..

Antara ucapan Zarul dalam sesi dialog itu..

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.

Ucapan penuh beliau sila lihat video di bawah ini..



Sesi dialog berakhir dengan aman dan kumpulan ahli PERKASA tersebut dilihat bersalaman dengan orang ramai termasuk Zarul dan juga Guan Eng..

Macam tu kan elok...faham betul-betul baru lah pertikaikan kalau tak betul.. jangan mudah percaya cerita dari pemimpin UMNO (terutama yang berada di kerusi baris belakang sekali) yang tak puashati kerana bukan kroni mereka yang dapat projek ni..

err.. gambar tak ada.. sebab tak kecoh.. he..he..


Wednesday, 30 January 2013

Kenapa Projek bernilai RM2.47 Billion tiba-tiba dianugerahkan kepada syarikat yang tidak disenarai pendek?


Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan dalam perkara ini.. antaranya ialah Samsung bukanlah antara syarikat yang telah disenarai pendekkan tetapi tiba-tiba syarikat tersebut telah memenangi tender bernilai RM2.47 Billion ini..

Dan biasanya apabila sesebuah syarikat dari luar negara memenangi sebarang tender untuk melaksanakan sebarang projek di negara ini, ianya harus bergabung dengan syarikat tempatan.. tapi dalam hal ini tidak seperti biasa perlaksanaannya... KENAPA??

Baca ni..

Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.

Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.

Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah 2ndtower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.

Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.

Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.

Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal namun Samsung Engineering & Construction mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara Warisan.

Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut.

· Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.

· Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan

· Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.

· Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.

· Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.

Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac 2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9 pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.

Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah

· 1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction

· YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan

· CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited

· Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited

· Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.

· Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.

· Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad

· Genting Sanyen Power Sdn Bhd

· Sime Darby Power Sdn Bhd

Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek. Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.

SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;

· TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.

· Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.

· Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.

Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;

· Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?

· Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu menjelang PRU ke 13.

SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea Selatan tersebut.

Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.

Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
 
Hmmm.. katalah komisyen lebih kurang 30%...

Cuba korang tolong kira berapa banyak jumlahnya 30% dari RM2.47 Billion.. masuk masuk poket siapa pula agaknya?.. yang pasti tentu bukan masuk poket macai UMNO..