Showing posts with label Kakitangan. Show all posts
Showing posts with label Kakitangan. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Angkara Kezaliman BN Kedah, Kakitangan Insaniah Holdings Bakal 'Makan Ketupat Berendangkan Pasir' Aidil Fitri Ini?


Ramai kakitangan Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat pembelaan dari mana-mana pihak.

"Termasuk pihak pembangkang," kata mereka.

Pihak pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepincangan terkini KUIN.

Atau ADUN pembangkang barangkali sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu, iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang.

Itu proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan. Isu besarnya ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan!

Semua proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum berhasil. Selepas Pakatan tumbang, kakitangan Insaniah Holdings telah diketepikan.

Kerajaan negeri tidak meletakkan keutamaan lagi untuk membayar gaji kepada GLC tersebut memandangkan kewujudannya dipertikaikan sewaktu BN menjadi pembangkang dahulu.

Ada cakap liar yang berbunyi, oleh kerana ia diwujudkan diwujudkan oleh kerajaan terdahulu maka biarlah 'Ustaz Azizan dan Prof. Jamil Osman (bekas rektor) yang membayar gaji staf Insaniah Holdings'.

Kakitangan Insaniah Holdings yang dizalimi itu telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengembalikan hak mereka namun pihak atasan KUIN hanya berlepas tangan.

Antara tindakan yang mereka lakukan ialah mengadu kepada Menteri Besar, pihak istana, Timbalan Menteri Pelajaran dan Exco Pelajaran Negeri Kedah namun tiada tindakbalas positif yang diterima.

Kumpulan tersebut juga telah membuat laporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Mahkamah Sivil dan Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir namun semuanya tidak dapat berbuat apa-apa.

Masalah yang melanda Insaniah Holdings akan menjejaskan juga beberapa program pengajian secara langsung kerana mereka yang menguruskan program dan membayar gaji pensyarah.

Isu ini sangat besar jika berlaku di bawah kerajaan Pakatan, namun apabila berlaku di bawah BN maka semua media talibarut BN menggelapkan laporan tersebut.

Itu kebebasan media ala Malaysia, bebas menyembunyikan keburukan BN. Bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14 Julai 2013 di kampus induk Kuala Ketil tidak dapat memulakan pengajian mereka untuk semester baru.

Mereka hadir mendapati pensyarah dan kakitangan pentadbiran tiada. Para pelajar hanya berkeliaran di bangunan kuliah seperti anak-anak ayam kehilangan ibu. Beberapa pelajar Multimedia dan Muamalat menghubungi ibubapa masing-masing, ada waris yang naik berang dengan KUIN dan meminta anak mereka berhenti saja.

Untuk berurusan, pelajar terpaksa ke Mergong pula sebab semua urusan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di pindahkan kembali ke sana.

Jika disemak dalam laman web KUIN kini, program yang wujud hanyalah yang ditawarkan semasa zaman BN dahulu seperti Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang, Kulliyyah Usuluddin, Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Al-Quran Dan Sunnah, Kulliyyah Muamalat, Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi.

Semua program yang diwujudkan di zaman Pakatan tiada lagi. Soalnya, jika hanya program tersebut ditawarkan KUIN perlu membuat penjelasan rasmi berhubung status program yang dikendalikan Insaniah Holdings.

Kalau tutup, lakukan mengikut prosedur bukan dengan membiarkan ia tergantung begitu saja kerana ia melibatkan pendidikan dan masa depan anak bangsa.

Pentadbir KUIN jangan letak kepentingan hawa nafsu untuk membalas dendam melebihi kepentingan yang lain.

Keyakinan masyarakat umum terhadap KUIN sebaik kerajaan Kedah diambilalih oleh Umno jatuh merudum.

Belum pernah terjadi sepanjang sepenggal Pakatan mentadbir, kemasukan pelajar baru sesi cuma 500 orang seperti yang mendaftar baru-baru ini.

Sewaktu KUIN ditohmah saban waktu di masa Pakatan pun paling kurang kemasukan pelajar baru ialah 1200 orang.

Apa yang dibanggakan sekarang oleh segolongan pentadbir KUIN ialah apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir umumkan KUIN sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi menyifatkannya sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan.

Katanya, taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri.

Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan.

Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri.

Banyak IPT dinaik taraf kepada pengkorporatan yang sebelum ini berstatus syarikat, antaranya Universiti Islam Antarabangsa.

Entahlah, masalah kakitangan Insaniah Holdings yang tertindas tidak terbela, para pelajar jadi mangsa, tiba-tiba KUIN mundur ke belakang pula ~ Zulya Nota Utara

Thursday, 4 July 2013

Kuala Besut,peluang cerah kakitangan kerajaan dapat bonus sebelum raya.

Pilihanraya kecil  Dun Kuala Besut ,Terengganu peluang cerah bagi penjawat awam menerima bonus sebelum menyambut Aidilfitri.Pengundi DUN Kuala Besut juga termasuk  kakitangan kerajaan seperti cikgu, dan tentera.

Semasa PRK Kuala Besut inilah sewajarnya Cuepacs memberi tekanan kepada kerajaan.Untung sabut timbul.

Friday, 8 March 2013

Kakitangan awam didenda RM1800 kerana berkhalwat

SEREMBAN – Seorang penjawat awam didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang wanita warga Indonesia, di sebuah rumah, dekat Mantin, di sini, Jumaat lalu.

Miswandi Samin, 54, dan pasangannya Dewi Maryanti, 23, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor di hadapan mereka selepas masing-masing membuat pengakuan bersalah.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd Helmi Nasran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan Wan Mohd Helmi selepas dia gagal memberi alasan sebab kes tersebut tidak boleh dijalankan secara terbuka.

Mengikut pertuduhan, Miswandi yang bekerja di Putrajaya bersama pasangannya, seorang pekerja kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram, kerana kedua-duanya bukan mahram atau suami isteri dengan berkurung sehingga menimbulkan syak.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma Villa di Kolej Lagenda, Mantin, kira-kira 5.15 petang.

Miswandi merupakan bapa kepada dua anak dalam rayuannya mengaku menyesal atas perbuatan dilakukannya dan ia merupakan kesalahan kali pertama.

Wan Mohd Helmi berkata, tertuduh yang akan bersara tahun hadapan sepatutnya menjaga nama baik jabatan tempat dia bekerja


sumber sini


PBO: Itu baru hukum dunia.





Thursday, 21 February 2013

Kakitangan awam naik gaji RM400 dan elaun perumahan?

Ini bukan satu cerita pasti, PBO dapat email yang mengatakan kerajaan akan memberikan berita baik kepada kakitangan awam dalam usaha memujuk kakitangan awam mengundi UMNO/BN pada PRU13.

Secara kasarnya ianya tidak mustahil berlaku dalam tempoh terdekat. Menurut email tersebut ...





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450).

Dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

: Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

# begitulah bunyi email yang dikirim pembaca kepada PBO> Betul atau tidak, wallahualam.





NOTIS: Blog PBO sedang dinaiktaraf. Banyak berlaku kesilapan seperti kehilangan data bloglist.teknikal. Pihak kami sedaya upaya memperbaikinya. Segala kesulitan amat dikesali.


Sunday, 3 February 2013

Kakitangan Kerajaan jangan takut kerajaan baru 60 hari lagi.


UMNO semakin meroyan.Fitnah semakin  menjadi-jadi.Semuanya kerana sudah sampai bulan,cuma tak nampak tarikh lagi. Najib sudah ikut cara Barrack Obama dalam berkempen.Lagaknya"Wira Dunia",semuanya untuk menutup diri yang gundah gulana. Bukan lama paling kurang 60 hari lagi kita semua mendapat kerajaan baru.InsyaAllah segala isu basi yang dimainkan UMNOBN tidak meninggalkan bekas. Bagi kakitangan kerajaan jangan takut kita mempunyai Perdana Menteri baru tidak sampai 60 hari lagi.