Showing posts with label sebab. Show all posts
Showing posts with label sebab. Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 hilang, macai dakwa sebab juruterbangnya penyokong PKR?


Tak sangkalah pulak aku ketika kaum keluarga dan waris-waris penerbangan MH370 yang masih hilang dan hingga kini masih belum pasti status sebenarnya sedang bersedih, ada juga yang kurang cerdik menjadikan isu ini sebagai satu isu politik.

Menurut seorang blogger pro UMNO.. tanggapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tentang insiden ini mungkin berbeza jika mereka menyedari bahawa juruterbang pesawat MH370 ini adalah seorang penyokong PKR.

Ianya dipercayai ditujukan kepada bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin dilabel sebagai bodoh oleh blogger dan Facebooker pro UMNO kerana satu 'Tweet' nya yang mempermainkan insiden ini..


Dengan menganggap harta kerajaan adalah harta UMNO/BN blogger tersebut mempersoalkan mengapa pihak MAS masih mengekalkan juruterbang yang jelas menetang kerajaan ini dalam perkhidmatannya.

Bagi aku jawapan kepada persoalan oleh Blogger pro UMNO di atas itu adalah mudah dan perkara ini telah berulangkali dinyatakan oleh Tun Mahathir.

Jawapannya mudah... ini kerana hanya yang bodoh menyokong UMNO/BN, jika dipecat juruterbang yang menyokong PKR itu.. ada berapa kerat dari penyokong UMNO/BN yang layak ditauliahkan sebagai juruterbang?.. Jurutemberang tu banyaklah..

Ini apa yang disiarkan oleh Blogger pro UMNO itu..


Puak dari Parti Pakatan Rakyat termasuk beberapa pemimpin menghentam dan mempersendakan kemalangan MH370 ke Beijing yang di percaya jatuh terhempas di Laut China Selatan.

Tetapi tanpa mereka sedar, Ketua Juruterbang yang bernama Zaharie Shah itu adalah penyokong tegar PKR.

Sungguh aneh apabila MAS yang merupakan sebuah syarikat kerajaan, tidak membuang menjadi juruterbang ini walaupun Facebook akaunnya siang malam dia menghentam Barisan Nasional.


Apakah selepas 'rahsia' ini didedahkan, maka para pecacai PKR akan menukar taktik mereka dengan menyatakan juruterbang tersebut telah ditamatkan riwayatnya kerana UMNO takut dengannya?

Blog mana yang tulis tu.. korang carilah sendiri...

Apalah macai ni... perkara macam ini pun nak dipolitikkannya.. mula-mula dikaitkan dengan PKR lepas ni salahkan Anwar Ibrahim pula..

Mungkin kerana dah ketandusan isu yang nak dibawa kot?.. tapi aku nampak banyak isu dalam PR sekarang ni.. terutama kat Penang ni..

Cari isu lainlah Bro.. sepatutnya kita bersama melahirkan rasa simpati kepada waris atau kaum keluarga MH370 ni, bukannya politikkannya..

Sekali sekala tu letakkanlah politik ke tepi... Najib dengan Anwar pun tak gila berpolitik sepenuh masa walaupun mereka ahli politik sepenuh masa..

Friday, 7 March 2014

Sebab sebenar komik 'Ultraman The Ultra Power' diharamkan didedahkan KDN..


Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan pengharaman buku komik 'Ultraman The Ultra Power' dibuat kerana kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan “Allah” dengan Ultraman.

Dan jelas Bahagian itu lagi, oleh kerana watak ultraman menjadi kesukaan kanak-kanak, kandungan yang merujuk watak Ultraman King sebagai “Allah” akan dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Bagaimanapun jelas KDN, pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan ‘Ultraman The Ultra Power’ sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.

"Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

"KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai," demikian menurut kenyataan itu.

Buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers. Mengikut kenyataan tersebut, warta perintah larangan berkenaan berkuatkuasa pada 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," kata kenyataan itu.

Pihak yang disabitkan melakukan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

~ mStar

Sunday, 23 February 2014

Pencacai Nong Chik mengadu kat Polis sebab Nurul Izzah cabar Nong Chik debat..


Budak-budak biasanya kalau dia orang bergaduh atau bertengkar dengan kawan-kawannya bila dah nak kalah, diaorang pasti akan mengadu kepada Ibu atau Bapanya..

Biasanya diaorang akan kata "Mak!! tengok abang ni..." atau "Bapak!! tengok abang ni..."

Itu kalau diaorang bergaduh dengan abang diaorang.. kalau dengan kawan dia orang.. nama kawan diaorang akan disebut..

Nampaknya tiada bezanya tindakan budak-budak itu dengan pencacai Nong Chik ini..

"Polis!!! Tengok Nurul Izzah ni... dia cabar Nong Chik debat".. Kah.. Kah.. Kah...

Untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari ditimpa malu besar, kerana takut untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dalam 'Debat Perdana' yang telah dipromosikan melalui kain rentang yang digantung merata tempat disekitar Lembah Pantai, pencacai-pencacai Nong Chik telah melaporkan kepada Polis.

Kononnya menurut mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Provokasi apa benda entah...

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan:

“Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.





Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam jemputan itu berkata, debat tersebut adalah ruang untuk beliau menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu ~ The Malaysian Insider

Saturday, 3 August 2013

Ali Rustam dah tidak siuman sebab kalah dalam PRU?


PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis,” kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.

Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal,” tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.

"Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.

Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.

Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.

Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.

Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku ” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.

Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO

Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek.

Saturday, 27 July 2013

Penjelasan Tengku Zaihan, Sebab Beliau Tunjuk Kertas Undi..


Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto.

Tengku Zaihan, 37, atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata, beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi itu, tetap bertindak spontan disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam.

"Maklumlah saya tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itu menyebabkan tindakan saya jadi spontan.

"Masa hendak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respon," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang kononnya beliau melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi ~ The Malaysian Insider

Oooo dia tak sengaja rupanya.. kira tunjuk kertas undi tanpa niatlah ni...

Saturday, 29 June 2013

Ooo.. SPR prihatin kesihatan rakyat rupanya sebab itu guna pewarna makanan..


Antara risiko terhadap kesihatan rakyat jika kandungan silver nitrat didalam dakwat kekal yang tak kekal itu melebihi satu peratus, ianya akan mengakibatkan penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

Manakala dalam huraian yang lebih panjang lebar pula seorang pemimpin UMNO menghuraikannya dan mendakwanya ianya juga akan mengakibatkan kanser.

"Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi."

Jadi bagi mengelakkan kemudaratan terhadap kesihatan rakyat maka pewarna makanan.. itu kata seorang lagi pemimpin UMNO...

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwat yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat.

"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, Malaysia juga tidak memerlukan dakwat kekal seperti "negara dunia ketiga" lain.

"Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya.

Beliau mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan ~ Malaysiakini

Kah.. kah.. kah.. dah kantoi makin ramai pulak pemimpin UMNO tampil untuk membela Pengerusi SPR tu..

Niatnya baik kerana nak membantu tapi malangnya ianya menyerlahkan kebodohan diri sendiri pula kerana beliau menyangka rakyat negara ini semakin bodoh..

Patutlah pemimpin-pemimpin muda UMNO sedang cuba untuk mengerakkan usaha untuk menyingkir pemimpin-pemimpin dari golongan veteran ni.. Ada pun memalukan UMNO saja..

Pengerusi SPR Kantoi tu sila baca di SINI

Thursday, 21 February 2013

Patutlah UMNO bagi kicap Tamin.. ada sebab rupanya..


Semalam telah beredar gambar botol-botol kicap keluaran Tamin yang dilekatkan stiker 'Undilah Barisan Nasional' di atas dalam banyak Blog-blog dan juga FaceBook..

Dan ianya dikatakan sebagai antara sumbangan yang akan diberikan oleh UMNO/BN kepada orang ramai khususnya di pendalaman.

Timbul persoalan disini adakah produk ini perlu diboikot?

Tetapi sebelum mengambil keputusan samada hendak memboikotnya atau tidak, kita perlu tahu adakah UMNO/BN telah membeli produk ini untuk diberikan kepada orang ramai atau pemilik produk ini yang telah memberikannya kepada UMNO/BN untuk diberikan kepada orang ramai..

Sedikit info tentang Syarikat Tamin..


Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.

Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau.

Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar.

Sejarah sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Menurut Marhaen...

Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.

Pemilik Syarikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin  adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak.


Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.

Anggapan umum mengatakan bahawa pihak Umno/BN menaja produk keluaran Syarikat Tamin adalah merupakan satu kesilapan kerana yang sebenarnya, syarikat inilah yang menyumbangkan dana untuk kempen-kempen Umno / BN termasuklah Roadshow Ummi Hafilda yang boleh dianggap sebagai Duta Kicap Tamin!

Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat serta ahli-ahli Umno yang menentang Umno, khususnya di Perak dan bahagian Utara.. fikir-fikirkan...

Ni boleh dianggap sebagai 'U help me.. I help U...".. takkan sponsor free saja kot??.. mesti ada return punya tu...


Laporan oleh Marhaen sila baca di ( SINI )

Saturday, 16 February 2013

Sebab Psy tak gaul 'Yee Sang' dengan Najib didedahkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang..


Jika semalam Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow telah memberikan penjelasan tentang insiden 'Yes for Psy.. No for BN' (sila baca di SINI ), hari ini beliau telah menjelaskan tentang mengapa Psy tidak turut serta untuk menggaul 'Yee Sang' bersama Najib pula..

Psy telah dilaporkan membiarkan Najib dan Rosmah serta gerombolannya ternganga-nganga selama lebih dari lima minit di atas pentas, namun begitu hingga ke akhirnya Psy tetap tidak hingain menggaul 'Yee Sang' bersama Najib.. video kejadian sila lihat di ( SINI )

Ini apa yang dinyatakannya kepada The Malaysian Insider..

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengatakan hari ini mereka telah diberitahu untuk memastikan polis bersiap sedia kerana penyanyi rap itu menerima ancaman maut sebelum tiba di Malaysia.

Beliau menafikan spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai “Yee Sang” dengan pemimpin BN.

Teng mengatakan kelewatan Psy muncul disebabkan faktor keselamatan untuk mencegah ancaman terhadap dirinya.

“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” katanya.

Beliau mengatakan Psy telah menerima ancaman bunuh jika beliau datang ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan.

Beliau menafikan penyanyi pop Korea Selatan itu enggan untuk “low sang” (melambung Yee Sang) dengan pemimpin BN, mengatakan acara tersebut tidak termasuk dalam program Psy.

Beliau mengatakan Psy tidak tahu apa itu “low sang” oleh kerana ia tiada dalam aturcara programnya, mka pasukannya terpaksa menerangkan kepada penyanyi tersebut.

“Selepas selesai menerangkan kepadanya, semua sudah habis,” katanya.

Beliau mengatakan pengacara majlis tidak mengikut aturcara sehingga menyebabkan ‘salah faham’.

Teng menambah membawa Psy ke Pulau Pinang adalah cara menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang beliau menunaikan janjinya.

“Apa yang saya mahu beritahu rakyat Pulau Pinang, apa yang saya janjikan, akan saya tunaikan,” katanya.

Beliau menambah, jika rakyat yakin kepadanya, beliau akan membawa penyanyi terkenal lain ke Pulau Pinang dan tidak semestinya hanya semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Teng mengatakan beliau mempunyai kawan dalam industri yang menawarkan untuk membawa penyanyi terkenal Korea Selantan itu dan semuanya ditanggung oleh penderma swasta..

“Ia ditaja oleh penderma swasta yang tidak mahu dikenali kerana takut dijadikan “mangsa” jika identiti mereka didedahkan,” katanya ~ The Malaysian Insider

Menariknya dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat itu, pembohongannya terdedah bilamana Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengatakan Polis hanya menerima laporan tentang cubaan sabotaj.. tapi tak ada laporanpun kononnya nyawa Psy diancam..

Baca nih!!

The Malaysian Insider


Apa?.. dia ingat semua rakyat Malaysia ni boleh diperbodohkan macam macai-macai UMNO ke?

Friday, 15 February 2013

Pembaca Berita RTM kata penyokong Pakatan Rakyat bengong sebab percaya video 'Yes for Psy, No for BN'..


Aku tercari-cari apa yang telah ditulis oleh seorang pembaca berita dari RTM yang cuba mahu menafikan rakyat Pulau Pinang mengatakan 'Yes for Psy, No for BN' tetapi dah tak ada.. mungkin dia dah delete..

Oleh kerana aku tak jumpa maka aku copy n paste dari blog AmenoWorld apa yang pembaca berita RTM itu telah tulis diwall FaceBook miliknya..

Dia kata penyokong Pembangkang (Pakatan Rakyat) bengong..

Ini apa yang dia tulis menurut AmenoWorld..

manusia tidak pernah puas. semuanya serba salah. beri salah tak beri salah. psy dtg msia dah buat konsert kira bagus la. bukan duit rakyat yg diguna pakai pun. tak caj duit tiket pun. free for all.. dah tu ada pulak puak2 bengong yang jerit kat videocam sendiri NO bila PM tanya R U READY FOR BN.

bhgn majoriti besar yang jawab YES tak di upload ke internet pulak :-p. apa pun sejak berita rtm pkl 10 mlm semalam RTM dah siar dlm berita VISUAL yang majoriti jawab YES bila PM tanya R U READY FOR BN.

apa lah bengong pembangkang. tak sedar ke semua stesen tv dengan kamera2 yg canggih merakam semua perlakuan di lokasi?! tinggal balik dan preview je utk dpt kebenaran fakta.

bengong2 yg setakat jerit kat dvcam masing2, baik balik rumah buat 'home video' hantar kat program 'BEST HOME VIDEO'

pendek kata, berhemah lah jikalau hendak bergaduh pun. hv some 'class'..

Dua video dibawah menyerlahkan siapa yang bengong sebenarnya dan ianya juga membuktikan bahawa video yang telah diupload ke dalam FaceBook bukanlah video yang telah diedit sepertimana yang didakwa kebanyakan pencacai-pencacai UMNO..

SAKSIKAN!!!



Ini pula apa yang Channel New Asia siarkan..




Siapa BENGONG sekarang?? Pembaca Berita yang bernama Suriani Abdul Rahman atau Penyokong Pakatan Rakyat??

Saksikan juga Najib dan Rosmah dimalukan oleh Psy bilamana berkali-kali dijemput untuk mengaul 'yee sang' bersama... Psy tak layan di ( SINI )

Saturday, 26 January 2013

Kes demam denggi di Kelantan membimbangkan.. sebab naik 22%, Sarawak naik 60% tak membimbangkan ke?

Oleh kerana amat terdesak untuk merampas negeri Kelantan dari pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, UMNO/BN sekali lagi cuba memburuk-burukkan negeri Kelantan.

Melalui Lidah Rasmi mereka iaitu Utusan Malaysia mereka cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap negeri Kelantan melalui satu laporan yang diputar belit bagi menampakkan keburukkan Kerajaan Negeri Kelantan.

Bukan saja Utusan Malaysia malah TV3 juga telah menyiarkan isu ini dalam siaran berita mereka tengahari tadi..

Ianya mengenai demam denggi dimana Lidah Rasmi UMNO telah melaporkan kes demam denggi di Kelantan terus berada di tahap membimbangkan..

Utusan Malaysia

Dengan peningkatan kes sebanyak 22% media-media tunggangan UMNO/BN melaporkan kes di Kelantan membimbangkan..

Dalam laporan mereka hanya kes di negeri Kelantan dilaporkan mereka tetapi langsung tidak disentuh tentang peningkatan kes demam tersebut di Sarawak dan juga Perak yang dikuasai oleh UMNO/BN..

Dari kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tiga (3) negeri telah menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya, iaitu Sarawak 25 kes (60%), Kelantan 6 kes (22%) dan Perak 4 kes (10%).

Ini sebahagian dari petikan kenyataan media tersebut..

Pada minggu ke 3 tahun ini, iaitu bagi tempoh 13 hingga 19 Januari, sejumlah 545 kes Demam Denggi telah dilaporkan di seluruh negara. Tiga (3) negeri telah menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya, iaitu Sarawak 25 kes (60%), Kelantan 6 kes (22%) dan Perak 4 kes (10%) .

Dengan itu, jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan dalam tempoh 3 minggu tahun 2013 adalah sebanyak 1,580 kes, berbanding 1,380 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2012, iaitu peningkatan sebanyak 14 % (200 kes).

Sepanjang minggu lepas tiga (3) kematian dilaporkan, iaitu satu (1) kematian dari negeri Sabah dan dua (2) dari Sarawak.

Jumlah kumulatif kematian Denggi adalah sebanyak lima (5) kematian, berbanding empat (4) kematian bagi tempoh yang sama tahun 2012. 

Berikut adalah seluruh kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia..




Sampai bila agaknya media-media tunggangan UMNO/BN itu mahu memperbodohkan rakyat?..