Showing posts with label Gangnam. Show all posts
Showing posts with label Gangnam. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Ini dia SMS ugut bunuh PSY - Gangnam Style

SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Th
you"

TASEK GELUGOR - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengakui wujud ugutan jenayah terhadap penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang atau Psy ketika hadir ke negeri ini minggu lepas.





# sila like "pakatan rakyat supporters"

Ugutan bunuhditerima melalui SMS oleh pengurusnya, Dan menjadi penyebab penyanyi itu tidak hadir bersama pemimpin Barisan Nasional dalam acara ‘yee sang’ pada Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.

“SMS itu dipanjangkan kepada kita pada jam 8.30 malam 10 Februari lalu sehari sebelum kedatangan Psy ke negeri ini dan kita mengambil tindakan segera dengan meletakkan 11 pegawai untuk mengawasi keselamatan dirinya sepanjang berada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai pengesahan wujudnya ugutan bunuh itu sepertimana yang didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guang Eng dan menganggap ia kenyataan berbaur politik dan boleh mencetus polemik kerana menggambarkan negeri ini tidak selamat dikunjungi.

Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita sedang kumpul maklumat dan menjalankan siasatan untuk kenal pasti mereka yang terlibat dan saya percaya kita akan mampu selesaikannya,” katanya.
--BREAK --

#hahhaha sus sangat ke nak detect siapa penghantar SMS? Kalau dari Malaysia sudah tentu semua nombor telefon bimbit kena daftar. Kalau dari luar pun aku percaya boleh pat maklumat kalau berdaftar. Yang aku musykil kenapa dapat ancaman bunuh tak dibatalkan sahaja persembahan tu? OK sambung baca ..


Sementara itu mengulas kes dua tahanan, Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang masih gagal dikesan selepas meloloskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, 7 Januari lalu beliau berkata gerakan memburu mereka masih diteruskan.

“Berdasarkan maklumat diterima, mereka dikatakan bersembunyi di beberapa kawasan bagi mengelak ditahan polis dan tidak lagi berada di sekitar daerah Permatang Pauh, tempat persembunyian sebelumnya.

“Kita meneruskan Operasi Kesan Gelugor melalui kerjasama dengan kontinjen-kontinjen di negeri lain bagi menjejaki mereka kerana percaya mereka berada di negara ini lagi kerana tidak mempunyai akses untuk melepasi sempadan negara,” katanya.


--BREAK JAP--

#sikit punya lama daaa .. tapi aku percaya polis memang cekap. Kau orang jangan gelak pulak. OK sambung baca lagi ..

Dua tahanan itu meloloskan diri bersama tujuh tahanan lain ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi anggota sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak dan menunggu masa untuk menahan mereka.


# OK, sekian, apa komen korang mengenai isu SMS ni? Aku pula tertanya-tanya siapa yang menaja PSY - Gangnam Styel ni. Apakah benar si dia ini?


sumber sini





Tuesday, 12 February 2013

BN Pulau Pinang bayar RM2 Juta untuk bawa 'PSY Gangnam Style' ke majlis anjuran mereka?

Menyedari bahawa walaupun dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mereka tetap akan gagal untuk menghimpun puluhan ribu rakyat ke majlis anjuran mereka tanpa kerahan dan paksaan..

Contoh kerahan yang terbaru sila lihat di ( SINI ).

Barisan Nasional Pulau Pinang telah dilaporkan mengambil pendekatan baru bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini.

The Star melaporkan Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka tersebut.

Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang..

The Star Online

Dengan membawa masuk artis popular dari Korea itu, majlis tersebut dijangka mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat Cina.

Ini akan membolehkan media tunggangan UMNO/BN menyebarkan propaganda keesokan harinya.. kononnya kehadiran yang ramai itu membuktikan masyarakat Cina Pulau Pinang sudah kembali menyokong Barisan Nasional.

Dan gambar Najib sedang berucap dihadapan puluhan ribu yang hadir untuk menyaksikan persembahan Psy akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh Media tunggangan UMNO/BN dan para Blogger upahan mereka juga tidak ketinggalan.

Psy suatu masa lalu telah dilaporkan meminta bayaran sebanyak USD750,000 atau RM2.3 Juta sahaja untuk mempersembahkan sebuah lagu.

Bagaimanapun cadangan dan rundingan untuk membawa artis dari Korea itu berakhir dipertengahan jalan kerana buat masa itu tiada penaja dari negara ini yang sanggup menaja dengan harga begitu rupa.

Red Carpet

Menurut Andrew Rebel seorang pengarah di pusat pencarian bakat Impressive Talent Agency dilaman Facebook miliknya, beliau mendakwa bahawa kos untuk membawa penyanyi Psy ke program anjuran Barisan Nasional sempena tahun Baru Cina akan datang ini menjangkau sehingga RM2 juta.

Bayaran sebanyak USD 600,000 itu tidak termasuk perkhidmatan jet peribadi, Hotel Suite, body guard, kereta limo dan macam-macam lagi.

Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.

Facebook Andrew di SINI

Jika dulu tiada sesiapapun sanggup menjadi penaja untuk membayar sebanyak RM2.3 Juta untuk membawa artis tersebut ke Malaysia, siapa pula yang kini sanggup menaja untuk membawa artis tersebut bagi menjayakan program Barisan Nasional Pulau Pinang itu?

Adakah beliau ditaja dengan menggunakan wang rakyat Malaysia yang membayar cukai atau wang milik Barisan Nasional Pulau Pinang sendiri?

Berbaloikah membayar RM2 Juta untuk mendengar sebuah lagu sedangkan dalam masa yang sama masih ramai rakyat Malaysia yang kesempitan hidupnya?

Contohnya bekas Puteri UMNO ini.. lihat di ( SINI )