Showing posts with label BERAPI:. Show all posts
Showing posts with label BERAPI:. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

BERAPI: Ini sebabnya PM BALIK AWAL [Bergambar]

Najib elak bertembung, Anwar disambut plakad ‘I Love (New) PM’

KAJANG 17 FEB: Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis Tahun Baru Cina anjuran Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) disambut dengan plakad ‘I Love New PM’ (Saya Sayang Perdana Menteri Baru)

Plakad yang disediakan untuk menyambut Datuk Seri Najib Razak itu diubah suai sebelum dijulang beberapa pengunjung di Kolej New Era hingga menarik perhatian orang ramai.

Pengunjung berkenaan, Jimmy Wong, 34, berkata, rakyat bosan dengan pentadbiran Umno BN dan berharap sempena sambutan tahun baru kali ini, Perdana Menteri bertukar dan bukan lagi dari BN.

“Saya tak takut atau malu untuk bawa plakad ini. Apa salahnya. Sebab yang pilih Perdana Menteri adalah rakyat,” katanya yang memakai t-shirt Bersih.

“Tiga kilang – Lynas (Kuantan), Bukit Koman dan (Rapid) Pengerang, mesti ditutup,” kata Jimmy yang lebih menekankan kepada isu alam sekitar.

Bagaimanapun, Najib Razak datang sejam awal hingga mencetus persoalan sama ada Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana tidak berani bertembung atau bertentang mata dengan Ketua Umum KEADILAN itu.

Kira-kira 5,000 hadir ke majlis jamuan Tahun Baru Cina Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era, Kajang.

Anwar yang tiba bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah diiringi Adun Kajang, Lee Kim Sin dan disambut Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian, turut dikerumuni rakyat yang mahu bersalaman.

Turut hadir Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli. ~ KD


PANAS BERAPI: Penyanyi Yassin jadi duta pilihanraya AMK

AMK lancar Dokumen Merah, isytihar penyanyi Yasin sebagai duta

17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.

“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan tarikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.

AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.

Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.

Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin kat bawah neh... ~ KD