Showing posts with label dengan. Show all posts
Showing posts with label dengan. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Mengawal dan Merawat Kencing Manis Dengan Shaklee

 Apa itu kencing manis?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga. (BACA LAGI - KLIK)




Petanda awal seseorang menghidapi kecing manis atau diabetes: 

  1. Cepat Dahaga
  2. Mudah Letih
  3. Berat Badan Turun Dengan Mendadak
  4. Kerap Kecing
  5. Cepat Kebas pada jari kaki atau jari tangan 
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Kencing Manis
  • Vivix : merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia serta amat membantu memelihara otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.
  • GLA Complex :  Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah dan berkesan untuk diabetes semasa usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. 
  • B Complex : Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan.
  • Zink : Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.
  • ESP : membantu menurunkan bacaan kencing manis dan menurunkan nafsu kepada makanan yang manis.
Untuk mendapatkan produk shaklee sila sms/ whatsapp 
012 311 7349

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

Monday, 24 February 2014

Kanser Usus Sembuh Dengan Shaklee

Kanser usus merujuk kanser yang berlaku di sepanjang kawasan usus sama ada usus besar mahupun usus kecil. So jom kita layan testimoni Mary, 68 yang mula mengambil Shaklee selepas diberitahu cuma ada peluang hidup 3 hingga 6 bulan sahaja lagi selepas 7 tahun menderita kanser usus.
In march, Mary, age 68, was told she had three to six months to live after enduring seven years of colon cancer treatment. She began a Shaklee regimen including two Nutriferon daily. Three weeks after she began she called me to tell me that her CEA test results (CEA stands for Carcinoembryonic Antigen blood test - a test that screens for a protein that indicates the presence of cancer) had gone from 17 down to 11, and she was ecstatic. 

 This was the first time there was a decrease since she had been in treatment. I received Mary’s call while attending a Shaklee gathering and it was suggested she might try four to six a day. I relayed the suggestion to Mary and she upped the amount. She continued to thrive, and her scans revealed a reduction in the size and number of tumors in her body. 

So within six months she packed her bags and took a two month trip to Italy. Mary ultimately took 15 Nutriferon a day and I think she still does. In May 2007, when she went back to the hospital that had dismissed her to die, the surgeon told her she should have been dead in 2004; however, she was cancer-free, and he sent her home to live.
Alice D. Coker
Sumber - Life Changing Cancer Short Stories 

Pada bulan Mac, Mary, 68 telah dikhabarkan dia hanya mempunyai tempoh antara 3 hingga 6 bulan sahaja lagi untuk hidup selepas menderita rawatan kanser usus selama 7 tahun. Kemudian dia mula mengambil Set Kanser Shaklee termasuk 2 peket Nutriferon setiap hari. Selepas 3 minggu dia menelefon saya untuk memberitahu keputusan ujian CEA (CEA bermaksud ujian darah Carcinoembryonic Antigen - ujian darah yang memantau protein yang menunjukkan kehadiran kanser) telah menurun dari 17 kepada 11, dan dia sangat teruja. 

Ini kali pertama berlaku penurunan sejak dia diberi rawatan 7 tahun dahulu. Saya menerima panggilan Mary ketika sedang menghadiri perjumpaan Shaklee dan dicadangkan mengambil Nutriferon 4 ke 6 peket sehari. Saya menyampaikan perkara tersebut kepada Mary dan dia menambah kuntiti Nutriferon setiap hari. Dia semakin teruja, ujian imbasan menunjukkan penurunan dari segi saiz dan bilangan tumor di dalam badannya. 

Jadi, dalam masa 6 bulan selepas mengambil Shaklee dia keluar melancong 2 bulan ke Italy. Mary akhirnya mengambil 15 Nutriferon sehari dan rasa rasa dia masih dengan regimen tersebut. Pada May 2007, dia pergi semula ke hospital yang meletak tempoh hayat dia, pakar bedah memberitahu yang dia sepatutnya telah mati pada 2004; bagaimanapun kini dia bebas dari kanser.

Itu kisah Mary, kisah saya pula....

Baru-baru ini ketika saya berkongsi kisah 'berpantang maut sebelum ajal', saya tiba-tiba mendapat satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Pakcik Ishak, berusia 60 dari Perak. Pakcik ni pembaca  blog wartamaya dan dari situ beliau sampai ke blog ni. Cerita pakcik,,,,

Pakcik memang pengguna Shaklee tegar! Dulu pakcik ada masalah usus (usus berdarah tahap kronik ... mencangkung je pun keluar darah segar). Lepas tu ada seorang lelaki cina yang kenalkan shaklee kat pakcik dan pakcik ambik produk shaklee. Lama dah.... tahun 1995.....  dan kata pakcik cina tu pun dah mati. Sampai sekarang pakcik masih ambik Shaklee kat Ipoh.



Ayat 'pengguna shaklee tegar' telah diulang berkali- kali.... hehe. Bukan apa.... betapa pakcik itu nak meyakinkan  aku yang shaklee memang bagus dan telah menyembuhkan penyakit  usus beliau ( dengan izin Allah). Ada beberapa supplement yang pakcik ambil .... yg saya ingat b complex, vita c , beta carotina (sekarang carotamax), mix fruits (nutriferon), cal max ( ostematrix). Kata pakcik.... beta carotine tu sangat bagus untuk luka dalam.  Beta carotine + vit c sangat bagus untuk perokok.

Vit C shaklee vit c paling bagussss utk kulit....... sebab pakcik cerita dia pernah luka kena mesin rumput dan parut hitam hilang kesan luka hilang dengan pengambilan vit c Shaklee.

Aku faham.... sebenarnya pakcik tersebut sangat teruja.... sesiapa sahaja yang pernah di uji dengan suatu penyakit kemudian dia berikhtiar dan sembuh pasti akan teruja. Orang yang baik akan mencanang ke suluruh pelosok alam ubat yang berjaya menyembuhkan penyakitnya supaya orang lain dapat turut mencuba dan sembuh juga. Macam Pakcik Ishak.... sanggup dia membuat panggilan hanya untuk berkongsi kisah dirinya yang berjaya sembuh dari kanser usus dengan pengambilan Shaklee.  Semoga Allah memberkati hidup pakcik sekeluarga.



Oh..... ada lagi... selain pengguna shaklee tegar kata pakcik juga dulu perokok tegar... rokok gudang garam lagi... hehe.... sempat pakcik bagi nasihat sapa-sapa yg merokok tu elok ambik vita C dan beta carotine sebab..... (yang ni kena tuntut ilmu lagi ni... tapi rasanya sebab 2 supplement tu anti oksidan yang bagus untuk cegah kanser). Tapi pakcik dah berhenti... lama dah.

Terima kasih pakcik atas perkongsian yang penuh dengan semangat itu. 





testimoni viviv


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Sunday, 23 February 2014

Alamak!! Apa dah jadi dengan UMNO Negeri Najib nih?


Pada 22 Februari ini (Sabtu), di Maran akan diadakan program Ceramah sempena penubuhan tiga Ranting KEADILAN yang mana majoritinya diwujudkan oleh ratusan ahli Umno Maran yang akan menyertai KEADILAN.

Program ceramah pada sebelah malamnya akan menampilkan YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Zulpuri (Adun Mentakab/Ketua Pembangkan Dun Pahang), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu) dan YDP Pas Maran.

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang Maran, Sdr Boestamim beserta AJK-AJK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk menambah keahlian parti di Cabang Maran.

Komitmen beliau di dalam menerajui Cabang Maran haruslah dipuji walaupun beliau tidak tercalon sebagai calon di dalam PRU 13 yang lalu. Keikhlasannya memperjuangkan prinsip dan dasar parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi.

Di dalam PRU 13 yang lalu, prestasi Parti KEADILAN Pahang amatlah membanggakan. Wakil KEADILAN telah dapat merebut dua Kerusi Dun di Dun Negeri Pahang iaitu melalui YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan juga YB Sim Choon Sian, Adun Teruntum.

Di samping itu, dua Kerusi Parlimen yang dipegang oleh wakil KEADILAN pada PRU 12 melalui YB Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota dan YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan telah berjaya dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar.

Parlimen Indera Mahkota berjaya dipertahankan apabila YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) telah memperolehi majoriti besar iaitu 7, 523 undi menewaskan calon Umno/Bn.

Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusinya untuk Penggal Kedua dengan majoriti yang meningkat iaitu sebanyak 4.515 undi.

Meskipun cita-cita kita untuk ke Putrajaya gagal dicapai walaupun Pakatan Rakyat memperolehi undi popular 53% berbanding Bn sebanyak 47% sahaja, kejayaan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di Negeri Pahang di dalam PRU 13 yang lalu amat membanggakan.

Daripada tiada satu pun Kerusi di Dun Negeri Pahang di dalam PRU 12, KEADILAN mampu merampas dua Kerusi kali ini.

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama di dalam Pakatan Rakyat di mana rakan-rakan kita PAS dan DAP juga mendapat faedah dari kerjasama yang baik ini.

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari PRU 13 yang lalu bagi kita terus memperkuatkan saf Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14 nanti.

Gelombang rakyat mulai dapat dirasakan di Negeri Pahang sekarang walaupun PRU 13 baru sahaja selesai.

Akibat dari kegagalan Najib selaku PM menunaikan janji-janji kepada rakyat sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan sekarang, rakyat di Pahang kini mula berminat untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sewaktu musibah banjir besar melanda Pahang terutamanya di Kuantan, ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri dan Pusat yang seolah-olah memandang remeh kejadian banjir yang berlaku.

Akibatnya, tidak kurang dari 100 ahli Umno Kuantan telah menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan kepada Umno/Bn.

~ PKR Pahang

Bila Najib pertahan BR1M dengan hadis.. inilah jadinya..


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata, Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah. Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.

"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M Parlimen Pekan di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini hari.

Di majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan bantuan kepada 1,000 penerima daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah," katanya. - Bernama

Bila Najib pertahan BR1M dengan hadis.. inilah jadinya..

Benci aaarrr.... Dengan Mamak umno/perkasa Penang...!!!!

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang, semalam. 
Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina. 
Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina. 
Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan. 
Tidak ada seorang pun ditahan sungguhpun rakaman video adalah amat jelas sekali tentang siapa yang melakukan tindakan jenayah tersebut. 
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2 tahun atau denda sebanyak RM10 ribu atau kedua-duanya sekali kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman 3 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan kerana mencederakan penjawat awam. 
Adalah dikesali bahawa tindakan penguatkuasaan semalam yang tidak melibatkan gerai haram sedia ada yang sudah lama berniaga telah dihalang oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab. 
YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubungi Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi untuk meminta tindakan tegas diambil kerana ia adalah perkara amat serius yang melibatkan kewibawaan pentadbiran kerajaan dan seorang pegawai awam. 
Dasar Kerajaan Negeri adalah memberikan kuasa budi bicara kepada Pegawai Daerah untuk menguatkuasakan undang-undang untuk gerai haram yang sedang dibina, baru dibina atau kosong. 
Pejabat Daerah hanya bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan. Bagi gerai haram yang sudah berniaga untuk tempoh melebihi setahun, ia bukanlah dalam budi bicara Pegawai Daerah. 
Maka tindakan penguatkuasaan diserahkan kepada keputusan Kerajaan Negeri atau ahli EXCO berkenaan. 
Kerajaan Negeri kesal bahawa parti politik dan pertubuhan telah memainkan sentimen perkauman yang bahaya dan jahat untuk menghalang setiap tindakan penguatkuasaan. 
Baru-baru ini tindakan penguatkuasaan telah diambil di Bukit Mertajam terhadap penjaja haram yang berniaga ditengah jalan dan menghalang lalu lintas. 
Penjaja haram tersebut telah diminta untuk berpindah ke bahagian tepi jalan dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka. 
Sungguhpun ada juga penjaja haram bukan Melayu terlibat, mereka masih terus berniaga tetapi perniagaan tersebut adalah di bahagian tepi dan bukan di tengah jalan raya tetapi pertubuhan dan ahli parti politik berkenaan membakar sentimen perkauman dengan mendakwa hanya gerai Melayu dirobohkan. 
Kejadian berulang di Teluk Bahang apabila 14 buah gerai kosong dan sedang dibina pula dihalang tindakan penguatkuasaan. 
Hanya siasatan tegas oleh pihak polis dapat mengatasi masalah yang berleluasa ini.
Kenyataan Akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon Mengenai Tindakan Penguatkuasaan ini.


Ahhhh.... mamak umno/perkasa lagi yang jadi pencetus huru hara... samseng bertauliah ada permit daripada polis untuk buat kecoh... pasal tu polis buat tak tau jer.... bangsatttttt....!!!!



Adakah tindakan undang2 akan di ambil terhadap penganas2 ini. Seperti kebiasaannya samseng2 ini akan terlepas dengan bangganya......


Harap Kerajaan Pulau Pinang memfailkan saman atau mengambil tindakan undang2 terhadap individu2 yang terlibat dan berikan hukuman yang setimpal... paling kurang penjara 20 tahun.... biar diorang mampus dalam penjara.... hahahaha....

Makin hari makin menyampah la pulak dengan kelakuan mamak2 umno/bn pulau pinang nih.... takda ke cara untuk halau diorang balik India negara asal usul diorang tuuuu.... benci aarrrr....!!!!

Nik Aziz samakan penerima BR1M dengan binatang?.. Betul ke?.. Video ini memberikan jawapannya..


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan... kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Itu apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO di ( SINI )

Berikutan dengan kenyataan Najib yang mengutuk TG Nik Aziz itu, maka bersahut-sahutanlah Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu ini tanpa usul periksa..

Berbagai sumpah seranah yang dilontarkan mereka terhadap TG Nik Aziz..

Tetapi apakah benar apa yang dimainkan oleh kebanyakkan Blogger dan Media tunggangan UMNO itu??

Video berikut memberikan jawapannya.. saksikan dan fahamilah apa sebenarnya yang dikatakan oleh TG Nik Aziz..



"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia" kata Tok Guru Nik Aziz.

Ada ke TG Nik Aziz sebut pasal BR1M???...

UAI kata apa?

Saturday, 3 August 2013

Apa yang 'racist' nya dengan kenyataan Pengetua SMK Shah Alam ni?


Pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam hari ini mengakui bahawa dia telah memberitahu pelajar-pelajar Cina dan India untuk balik ke China dan India semasa perhimpunan sekolah baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi MIC Shah Alam, A Prakash Rao, Pengetua yang bernama Yati Dani itu juga telah memberitahu Pelajar-pelajar Melayu supaya "Balik ke Indonesia" kerana bising dalam perhimpunan.

"Tetapi Yati telah memberitahu kami bahawa beliau bersedia untuk memohon maaf untuk meminta pelajar-pelajar bukan Melayu untuk 'balik India dan China," kata Prakash, selepas pertemuan dengan Pengetua tersebut awal hari ini.

Hmmm... apa yang racistnya??.. Anak Cina dia suruh balik Cina.. Anak India dia suruh balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia...

Mungkin beliau bukanlah seorang yang punya sifat perkauman atau racist sebagaimana yang dituduh oleh banyak pihak tetapi dikuasai oleh perasaan marah pada ketika itu.

Marah dengan para pelajarnya yang degil dan nakal, yang dah berulang kali ditegur olehnya..

Mungkin juga kemarahan itu terbawa-bawa dari rumah.. maklumlah Raya dah dekat ni.. sebelum nak ke Sekolah bertengkar dengan suami dia pasal Raya ni nak balik rumah emak siapa..

Si suami nak balik kerumah emaknya.. tapi si isteri pula (Pengetua) nak balik rumah emak dia.. panas bertengkar pasal nak balik kemana itu maka pelajarnya pula menjadi mangsa..

Maka keluarlah ayat-ayat.. Anak Cina balik Cina.. Anak India balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia...

Hakikat yang kita perlu terima ialah bukan mudah untuk mengawal disiplin para pelajar masakini, ramai yang bijak-bijak dan langsung tidak takut akan tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka oleh pihak Sekolah.

Malah para Guru pula yang takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka.. kerana silap langkah bukan masa depan pelajar itu yang gelap tapi masa depan dan periuk nasi mereka sendiri yang terancam dengan tindakan susulan oleh Ibu Bapa pelajar.

Kerana ramai Ibu Bapa yang terlalu sayangkan anak mereka dan lebih mempercayai anak mereka sendiri dari Guru-guru yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita dan mereka akan bertindak terhadap Guru-guru itu hanya berdasarkan apa yang diberitahu oleh anak-anak mereka.

Contohnya dalam hal yang telah berlaku ini.. silap cakap saja Kementerian Pelajaran nak ambil tindakan.. tambahan pula yang mula-mula membangkitkan isu ini ialah Ketua MIC...

Semalam Malaysiakini melaporkan..

Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India'  
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.  
Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.  
"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.  
Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.  
Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".  
Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.  
Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.  
Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.  
Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita. 
 
"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.  
Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.  
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian ~ Malaysiakini

Nampak tak puak dari parti mana yang bersungguh-sungguh memalu gendang perkauman kali ini?

Video Kerajaan dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..


Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.

Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.

Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter.

Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.

Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan.

Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat.

Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik.

Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO..

Saksikan!!


Kemana menghilang macai-macai ini sekarang agaknya?

Saturday, 27 July 2013

Pada saat-saat akhir berkempen di Kuala Besut, Pemuda PAS letakkan PAS sama taraf dengan UMNO.. Tahniahlee!!


Dalam saat-saat akhir tempuh berkempen yang dibenarkan bagi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia ini telah meletakkan PAS sama tarafnya dengan UMNO..

Sebelum itu ikuti dulu pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan pada 18 Julai lalu..

WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan? 

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut. 

Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan. Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. 

Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini. Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan. 

Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini? 

Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguam-peguam. Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan. 

Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu. 

Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat. 

Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut. 

sepenuhnya di SINI

Oleh kerana apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan dan janji-janji itu adalah rasuah kepada rakyat..

Maka tindakan Pemuda PAS seperti di bawah ini telah menjadikan PAS sama dengan UMNO.. kerana rasuah tetap rasuah.. walaupun lima sen nilainya..

Artikel penuh sila baca di ( SINI )

Jadi tak salahlah jika ada macai UMNO menyiarkan artikel dengan tajuk begini..

Lagi gambar sila lihat di ( SINI )
Lebih menarik lagi tindakan merasuah ini dihebahkan keseluruh alam cyber berserta dengan video.. videonya sila lihat di ( SINI )

Penyokong tegar PAS menyifatkan tindakan ini sebagai "Kempen PAS paling BANGANG di PRK Kuala Besu".. silalah baca di ( SINI )

Thursday, 25 July 2013

Ibrahim Ali puas hati dapat "bersemuka" dengan Najib

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyuarakan apa yang dianggapnya sebagai kebimbangan
orang Melayu berhubung pelbagai isu semasa seperti meritokrasi, pendidikan, ekonomi dan agama.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pandangan mereka disampaikan oleh 10 anggota barisan kepimpinan Perkasa dengan penuh ikhlas dan beremosi dalam pertemuan
kira-kira sejam itu yang bermula pukul 5 petang.




Beliau berkata PERKASA amat berpuas hati kerana dapat bersemuka dengan perdana menteri untuk menyampaikan sendiri rasa bimbang orang Melayu dalam pelbagai
isu dalam negara ketika ini.

"Kami suarakan pandangan kami sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu, manakala perdana menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua
negara," katanya kepada pemberita sejurus selepas perjumpaan itu di Putrajaya

- Bernama



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jom lihat gambar Abby berbuka puasa dengan keluarga mertua!


uhhh...... saya jeles... korang jeles tak?
hehehe
abby dah la dapat suami baru yang hensem .... pastu datang dari keluarga yang nampak sangat islamiah pulak tu!
saya ada terbaca suami abby ni dari Tumpat ..... waaaa jangan ada anak-anak gadis sana yang gigit jari sudah .... kuikuikui
walaupun nampak sederhana tapi terpancar sinar kebahagian dalam keluarga ini kan...
semoga ini adalah jodoh yang terbaik untuk abby.


Allah uji dengan perpisahan dan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Thursday, 4 July 2013

TAHNIAH, DENGAN SEKALI LAFAZ PIERRE ANDRE SAH BERGELAR SUAMI KEPADA SITI NUR HIDAYAH



Pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre atau nama sebenar Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah atau lebih mesra dipanggil Yaya, 26, dengan sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang, siang tadi.
Perkenalan yang disulam selama dua tahun bermula hanya sebagai rakan biasa di laman sosial telah menyatukan dua hati dan kini mereka sah bergelar suami isteri.
Dinikahkan oleh ybhg. Ustaz Zuhdi tepat jam 2.00 petang tadi telah disaksikan sendiri oleh ayah pihak perempuan, En Hashim.
Majlis yang dijalankan serba sederhana ini turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis.
Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.
Mas kahwin yang diterima berjumla RM 300 manakala wang hantaran yang diterima pihak perempuan adalah sebanyak RM 20,000.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga dengan ikatan ini, Pierre dan juga isteri akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. (rotikaya)








✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Gentar dengan kemarahan Ibrahim Ali, UMNO akan pujuknya..


Pemimpin Umno hari ini dilihat gentar dengan kemarahan Perkasa semalam dan menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi merungkai sebarang kekeliruan.

Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.

“Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno,” katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

“Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana,” katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.

Selain Razali, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut menafikan Umno meminggirkan Perkasa.

“Saya tidak nafikan dakwaannya. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen biasa Umno, saya nak beliau tahu Umno tidak pernah meminggirkan Perkasa.

“Tidak betul untuk dia (Ibrahim) marah-marah. Tuntutan mereka boleh dipertimbangkan Umno selagi tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang reaksi ketika ini.

“Biar Ibrahim Ali tenang dulu. Kemudian kita boleh bincang mengenai kemarahannya,” katanya.

Semalam, Ibrahim menyelar Umno kerana tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu meminggirkan Perkasa, sebaliknya memberi layanan baik kepada kumpulan 'biadap' termasuk Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum PRU13.

Berikutan itu, beliau kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran untuk mengambil langkah yang tidak dinyatakannya

Saturday, 22 June 2013

Sultan Melaka? dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000


Seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesulatanan Melayu Melaka, Tuanku Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mahu istiadat pengurniaan darjah kebesaran dianjurkan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hisham untuk diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Raja Noor Jan Shah mendakwa gelaran yang diberikan kepada ketua Naning oleh Belanda pada 1800 sebagai tanda penghargaan kerana membekalkan tenaga kerja untuk memperbaiki pelabuhan Melaka ketika itu dan pemegang gelaran tersebut tidak mempunyai darah diraja.

"Oleh itu keturunannya hanyalah seorang rakyat biasa dan tidak berhak mengurniakan gelaran diraja," kata Raja Noor Jan Shah.

Menurutnya jika terdapat sebarang gelaran diraja dikurniakan oleh keturunan Sultan Melaka, beliau sepatutnya yang melakukannya.

Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka Ke-44 berkata, beliau merupakan Raja Kesultanan Perak yang sah dan telah mengurniakan pelbagai gelaran kepada individu yang layak sejak 2005.

"Istiadat pengurniaan saya diadakan untuk menghargai mereka yang memberi sumbangan kepada Melaka dan Perak," katanya.

Raja Noor Jan yang mendakwa turut memiliki persalinan Kesulatanan Melaka termasuk dua keris berkata, beliau akan mengadakan satu lagi majlis perjumpaan pada 19 November di Melaka.

Dakwanya, semua persalinan diraja disahkan sebagai harta pusaka oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti

Dalam perkembangan berasingan, dakwaan mengenai pengurniaan gelaran oleh Undang Luak Naning dijual dengan bayaran yang tinggi mula tersebar.

Setiausaha sulit kepada Abdul Latif berkata, terdapat segelintir individu yang mendakwa sebagai penerima gelaran itu tetapi nama-nama mereka tidak tersenarai dalam senarai penerima gelaran Datuk oleh Undang Luak Naning ke-19 tersebut.

Sementara itu, Datuk Paduka Seri Syahbandar Omar Ali yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Lembaga Adat Naning berkata, Abdul Latif dipecat pada 2011.

Syahbandar mendakwa Abdul Latif merupakan warga Singapura dan menyebabkan beliau dipecat oleh lembaga tersebut selepas mendapati beliau tidak mempunyai keturunan darah Raja Naning.

"Dia dianggap sebagai Undang Luak Naning yang tidak sah kerana lembaga yang melantiknya pada 2004 mengetepikannya tujuh tahun lalu. Dia tiada hak untuk mengurniakan gelaran Datuk," katanya.

Laporan dari mStar ini tidak mendedahkan berapa harga untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' itu tetapi ianya didedahkan oleh The Star..

Wednesday, 20 March 2013

Gambar Bunuh Polis Dengan Kejam Adalah Palsu



Oleh WTKO

Gambar ini adalah palsu.

Sebelum ini video kerat jari dan sembelih adalah palsu. Selepas itu tersebar pula gambar anggota polis dirobek anggota seperti gambar di atas. Sedang gambar sebenar adalah gambar kemalangan yang tidak dikenalpasti secara terperinci. Lihat gambar asalnya di bawah!!





Accident victims or....
..victims of wild animals or....
...he killed?
 
Oleh itu adalah dinasihatkan kepada semua pembaca untuk meneliti maklumat yang disebarkan supaya kita tidak mudah membuat rumusan pada perkara yang kita tak tahu.

Kepada blogger pula jangan mudah copy dan paste mana-mana bahan atas sifat nak mendahului yang lain sedangkan kadang kala kita terlepas pandang pada maklumat yang kita ambil.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Kerjasama dengan zalora - part 2

Assalamualaikum
tetiba je terus pergi ke part 2 hehe...
anggap aje lah n3 yang ini adalah part 1 nya.

Tengahari tadi hantar email ke zalora dan beri persetujuan untuk jalin kerjasama. Wahh.... mcm nak t/tangan MOU ape je... gabra beb!

Sebelum tu sempat la buat muka tak malu inbox ACIK tanya pasal benda nih (walhal sebelum ni tak pernah pun tegur2 dia di fb). Sebab bila google pagi tadi terrrrjumpa blog beliau yang dah pun merasai pengalaman bekerjasama dengan zalora. Tak kenal acik eh... ? Tak pe sat lagi saya kenalkan siapa jejaka kacak itu. Acik kata cakap je setuju bekerjasama dan dia bagi beberapa panduan. Ohhh..... begitu ye dik... okeyyyy.... akak pun apalagi zaasssss kata SETUJU!

Ptg ni pada saat n3 ini di taip saya telah pun dapat baucer RM50 dari zalora. Pantas betul team zalora ni buat kerja. Muehehe,,,suke sukeee.
Dah siap pilih dah pun.... nak tengok apa bendanya....

.
.
.
.
.
.
taraaaaa.....
                             

kuning lagi youuu..... entah muat entah tidak baju ni nnt. Apa pun terima kasih zalora..... muah2.
Dan terima kasih tak terhingga kepada Acik @ Mohd Izahar Sabtu @ akupenghibur.com. Sesiapa yang hadapi situasi mcm saya boleh rujuk blog acik yang cool nih...:)





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Friday, 8 March 2013

Panas: "Gambar Foto Mangsa Serangan", Ramai Pihak Kini Keliru Dengan Keadaan Mayat Yang Di Dedahkan


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini. 

Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. 

Kerajaan katanya mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin. Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut. 

Malah, dalam laman sembang sosial facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk para penceroboh Sulu yang sebenarnya. 

Dengan keadaan mayat yang hanya memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan baru berlaku kelmarin. 

Apapun, kesangsian itu harud dijawab sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja yang terbunuh. Olehitu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah gambar mangsa serangan itu di Sabah atau di mana?. 



Malah lebih mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran. 

Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom..  Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi.



Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-mangsa-serangan-sulu-di.html#ixzz2MqdyAV6m

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Wednesday, 27 February 2013

Apabila P Balasubramaniam bekerjasama dengan Deepak, maka ....

Apabila Bala bekerjasama dengan Deepak untuk melondehkan kejahtan Najib dan Rosmah, maka terketar-ketarlah Najib untuk membubarkan parlimen lagi. Sehingga kini sudah 4 kali ramalan pembubaran parlimen terencat.

Kepulangan Bala sudah tentu membuatkan tidur lena Najib tidak tentu. Apa nak jadi esok ..





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Banyak rahsia akan terungkai, banyak kejutan akan berlaku, suasana panas mewarnai politik Malaysia. Dulu Najib pernah bersumpah dengan nama Allah. Maka Allah adalah sebaik-baik perancang.


KUALA LUMPUR 24 FEB: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi merungkai misteri pembunuhan AltantuyaShariibuu walaupun mengakui keberatan untuk berbuat demikian.

“Saya tak bercadang kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada saya dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya.

“Kerana SD (akuan bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu semua,” katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita mengenai kemungkinan itu.

Beliau tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi dari Chennai, India selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua pada 4 Julai 2009.

Pada sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu, Bhagavad Gita bahawa kandungan akuan bersumpah pertama benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.

“Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka,” katanya sambil menjulang kitab itu, sambil memohon maaf kerana membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan masalah kepada banyak pihak.

“Minta maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang timbul. Ia tidak benar,” katanya.

Ditanya mengenai Flora Ong, wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir mengalami ‘nasib sama’ dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala, sebaliknya R Sivarasa mencelah.

Ahli Parlimen Subang itu berkata: “Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya Bala. Flora adalah urusan Deepak.”

Bala kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti kepulangannya dan tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA.

“Terima kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira,” katanya yang kelihatan sedikit sebak.

Ketibaannya disambut lebih 60 orang, antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam, Americk Sidhu.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada jam 8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ia pentas pertama penampilan Bala untuk bercakap i hadapan rakyat Malaysia,” katanya.



~keadilan daily




Thursday, 21 February 2013

Penjelasan dari Nik Zawawi berkenaan gambarnya dengan Soi Lek dan Simbol 1Malaysia..


Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut. Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.


Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS. Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.

Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.

Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut.

"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun.

"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.


~ Harakahdaily

Tuesday, 19 February 2013

Tak cukup dengan Mahathir, filem 'Tanda Putera' .. UMNO juga edar risalah perbodohkan Melayu di Felda..

Semalam Malaysiakini telah melaporkan Felda telah menganjurkan tayangan filem propaganda UMNO 'Tanda Putera' kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.

Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum itu Mahathir dilaporkan telah melabel para Peneroka yang menentang Kerajaan sebagai 'haiwan' bila berkata "Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah,"..

Beliau juga turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Jasa atau tanggungjawab kerajaan?

Sebenarnya sebelum majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' yang mana Mahathir cuba memperbodohkan warga Felda itu berlangsung, UMNO dilaporkan telah mengedarkan risalah 'Memperbodohkan Melayu' di kebanyakan Felda di pantai timur...

Menurut seorang sahabat yang mengirimkan risalah ini melalui e-mail beliau memperolehinya ketika pulang bercuti ketika perayaan Tahun Baru Cina yang lalu..

Dari apa yang tercetak pada risalah ini.. jelas ianya hanya memperbodohkan Melayu yang kurang mahir dalam mencari berita alternatif di internet..