Showing posts with label tersebar... Show all posts
Showing posts with label tersebar... Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Ini bukti pencacai UMNO anggap rakyat macam binatang tersebar..

Pada kulit majalah di bawah, pihak penerbit menggambarkan DS Anwar Ibrahim, TG Hadi Awang, dan Lim Kit Siang sedang menabur janji yang diumpamakan oleh mereka sebagai makanan ayam.

Selain tiga orang tokoh itu, kulit majalah Jelajah Janji Ditaburi ini turut memaparkan imej ibu ayam dan anak-anak ayam.

Apa motif penggunaan imej haiwan ini?

Berdasarkan gambar, penerbit berkemungkinan menggambarkan ayam itu sebagai rakyat kerana makan makanan ayam yang ditaburkan di tanah.

Jika begitu, bukankah jelas penerbitan majalah ini menghina rakyat dengan menggambarkan mereka sebagai ayam.

Menurut Admin laman Kami Boikot Buletin Utama TV3, majalah ini diedarkan kepada orang ramai semasa Jelajah Janji Ditepati di UTP Tronoh.

Berdasarkan logik, majalah yang menyindir Pakatan Rakyat ini sudah tentu diterbitkan oleh pihak yang menyokong dan rapat dengan BN.

Mengukuhkan lagi dakwaan, majalah ini diedarkan semasa program BN.

Siapa yang menghina rakyat dan menggambarkan rakyat itu sebagai binatang? PR atau BN?


Sumber: DCM

Friday, 1 February 2013

Gambar Pegawai HEP agen UMNO Perak yang pukul Mahasiswa Mesir tersebar.. (Video Inside)


Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negera, selagi mereka mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak akan dapat bebas bergerak, kerana dikongkong oleh kuasa UMNO.

UMNO hantar orangnya ke Mesir untuk menghalang mahasiswa dari terlibat dengan lain-lain persatuan selain UMNO, seolah-olah biasiswa yang dikeluarkan kepada para Mahasiswa itu adalah duit UMNO ataupun duit mak bapak depa...


Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19 Januari lalu.

Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu.

Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

“Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir disana.

“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Jelas beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Monday, 21 January 2013

Video ceramah 'Anwar Pengkhianat Negara' oleh UMNO/BN kepada budak Sekolah tersebar..


Jika minggu lepas satu klip video yang menyerlahkan bagaimana sekumpulan Mahasiswa dari UUM telah diperbodohkan oleh sebuah NGO mesra UMNO/BN, ini pula adalah video yang memaparkan bagaimana UMNO mencuci otak pelajar-pelajar Sekolah Menengah pula.

Video tersebut sila lihat di ( SINI )

Oleh kerana kini UMNO/BN amat terdesak untuk mengekalkan kuasa, pelajar-pelajar Sekolah Menengah telah paksa mendengar ucapan politik dan dalam masa yang sama para pelajar itu diminta untuk membantu UMNO/BN agar terus kekal berkuasa.

Selain dari diminta untuk terus kekal bersama Kerajaan UMNO/BN, pelajar-pelajar yang masih belum boleh mengundi itu juga diminta untuk menyakinkan ibu-bapa mereka supaya bersama Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat..

Dengan bertemakan ‘Anwar Pengkhianat Negara’ seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan dihadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah.

Saksikan!! Pidato kurang cerdik dari individu yang dipercayai wakil BTN Selangor ini..

Saturday, 19 January 2013

#Listen : Video Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menghina Mahasiswa tersebar..


Forum yang bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 disember 2012 yang lalu dianjurkan oleh Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).

Barisan ahli panel Puan Sharifah Zohra Jabeen, Encik Peter Yap,Encik Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Encik Mazli Mutazam. Moderatornya Saudara Ku Amirul Aziz Ku Seman.

Jumlah peserta yang hadir mengikut apa yang telah didaftarkan mencecah angka 2300 Penyertaan.

Namun begitu meskipun forum tersebut bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?'.. apabila Mahasiswa yang hadir tidak sehaluan dengan penganjur inilah yang terjadi…

Video bermula dengan para Mahasiswa berikrar untuk menentang budaya songsang, ‘Perosak Bangsa’, ‘Menentang demonstrasi jalanan’, ,Penghancur keamanan’,’Menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa’.

Mereka juga berikrar untuk menyokong ‘Keamanan’, ‘Keharmonian’ dan kesejahteraan bersama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campurtangan pihak ketiga.

Video kemudiannya menunjukkan seorang Mahasiwa Bawani KS, yang bangun untuk mempertahankan himpunan BERSIH dan mempersoalkan kenapa Malaysia tidak boleh menyediakan pendidikan secara percuma berbanding beberapa negara luar.

Sebelum Mahasiswa tersebut menyelesaikan hujahnya muncul Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dihadapannya sambil berkata "Listen, listen, listen, listen..." dan merampas microphone yang berada di hadapan Mahasiswa itu.

Lagi apa Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia itu kata lihatlah dalam video di bawah ini..


Tahukah anda siapa Sharifah Zohra Jabeen yang begitu angkuh dan sombong ini??.. lihat apa jawatannya..


Ini link FB beliau.. kalu nak berkenalanlah... Sharifah Zohra Jabeen

Saksikan Video Khas buat Sharifah oleh Namewee di ( SINI )

>