Showing posts with label inside). Show all posts
Showing posts with label inside). Show all posts

Friday, 15 February 2013

Ribut melanda bila Najib mula berucap melancarkan My Beautiful Malaysia di Teluk Chempedak (Video Inside)


Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.

Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.

Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya.

“Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya.

Pengunjung panik

Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam.

Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ.

Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit.

“Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang,” katanya yang bertugas di bahagian jamuan.

Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang.

Berlari selamatkan diri

Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu.

Katanya, sebaik sahaja khemah ‘terbang’ dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan.

“Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu.

Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu ~ Sinar Harian

Ali Rustam Menyanyi Lagu 'Undi BN' Di Majlis Penyampaian BR1M 2.0 (Video Inside)


Sebenarnya... bukan Ali Rostam saja yang mengambil kesempatan dalam pengagihan wang BR1M ini malah kebanyakkan atau hampir kesemua pemimpin UMNO diberika peluang oleh Najib untuk menyampaikan ceramah politik di Sekolah-sekolah ketika majlis penyerahannya..

Tanpa segan silu mereka berkempen kepada ibu bapa yang hadir ke majlis itu supaya menyokong UMNO/BN, sedangkan wang yang diagihkan oleh mereka itu adalah wang milik Kerajaan Malaysia yang dikutip melalui cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik mereka.

Bagi mereka kebanyakkan Ibu Bapa yang hadir masih boleh diperbodohkan kononnya wang yang diagihkan tersebut adalah wang milik UMNO/BN...

Addin melaporkan...


Gambar dan video ni di kirim oleh pembaca blog Addin, sungguh tak di sangka begini tahapnya keintelektualan seorang yang di gelar Ketua Menteri. Sanggup ambil kesempatan semasa penyerahan BR1M 2.0 baru-baru ini.

Mengikut pengirim tersebut, kejadian ini berlaku semasa penyerahan BR1M 2.0 di kawasan DUN Bukit Baru, Melaka yang di wakili oleh Ali Rustam pada 5 Februari 2013.

Menurut pengirim, sebelum penyerahan wang BR1M 2.0 Ali Rustam memulakan ucapan dengan membandingkan pencapaian Malaysia dengan Filipina.

Ali Rustam juga berkata, Malaysia lebih baik dari segi kadar kemiskinan dengan Filipina. Malaysia telah memberi pelbagai subsidi kepada rakyat jesteru itu rakyat perlu kekalkan pemerintahan yang sedia ada.

Akhir sekali, Ali Rustam menutup ucapannya dengan nyanyian lagu 'undi BN'.. Tak percaya? lihatlah video di bawah..


Sumber dari Addin

Friday, 1 February 2013

Gambar Pegawai HEP agen UMNO Perak yang pukul Mahasiswa Mesir tersebar.. (Video Inside)


Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negera, selagi mereka mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak akan dapat bebas bergerak, kerana dikongkong oleh kuasa UMNO.

UMNO hantar orangnya ke Mesir untuk menghalang mahasiswa dari terlibat dengan lain-lain persatuan selain UMNO, seolah-olah biasiswa yang dikeluarkan kepada para Mahasiswa itu adalah duit UMNO ataupun duit mak bapak depa...


Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19 Januari lalu.

Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu.

Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

“Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir disana.

“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Jelas beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Wednesday, 30 January 2013

Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis.. (Video Inside)


Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

“Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka,” kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.


“Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

“Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

“Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

“Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta,” tegasnya. Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis ~ Keadilandaily

Berikut adalah rakaman CCTV dari tempat kejadian.. rakaman agak kurang memuaskan kerana rakaman tersebut dilakukan melalui telefon bimbit dari screen rakaman CCTV.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan rakaman asal yang lebih jelas gagal kerana usaha mengambil semula rakaman CCTV tersebut dihalang oleh pemilik cybercafe yang bimbang tindakan akan diambil terhadapnya.

Rakaman menunjukkan kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2013, sekitar pukul 2:30 petang.

  

Sumber video : SINI

Saturday, 26 January 2013

Apahal pulak TV3 memalukan Najib nie?.. (Video Inside)


RTM dilabelkan sebagai sebuah medium untuk "Rais Tayang Maznah" oleh beberapa orang blogger Pro UMNO yang jelas tidak berpuas hati dengan Media milik Kerajaan itu yang jelas cuba menggelapkan perhimpunan PERKASA baru-baru ini..

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru ini langsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Ulasan Blogger Pro UMNO mengenai perkara ini sila baca di ( SINI )

Dan ini pula mengenai TV3.. siapa atau kumpulan mana pula yang menguasai stesen TV ini agaknya?

Persoalan timbul apabila ketika Najib riuh rendah mencanangkan di Kelantan kononnya isu air di negeri tersebut akan selesai jika UMNO/BN diberikan mandat untuk berkuasa di Kelantan pada PRU13 nanti.

Media yang jelas ditunggang oleh UMNO/BN tersebut telah menyiarkan satu laporan yang panjang lebar mengenai masaalah air yang berlaku di Pahang..



Adakah kumpulan yang dikuasai oleh Najib dalam TV3 ini juga sudah beralih arah meletakkan diri mereka selari dengan kumpulan yang mahu Najib disingkir dari jawatan Presiden UMNO???

Wednesday, 23 January 2013

Cabaran Debat PR-BN: Ini jawapan Zambry buat Nizar (Video Inside)


Sebelum ini Sinar Harian telah melaporkan Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan.

“Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini.

“Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung,” katanya pada satu sidang media, di sini.

Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN.

Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun.

Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan ini adalah jawapan Zambry mengenai cabaran ini..

Saturday, 19 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi beras untuk kumpul 15,000 orang.. (video inside)


Selain Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka , satu lagi himpunan yang bertemakan rakyat juga telah berlangsung di semenyih dan ianya adalan anjuran Barisan Nasional.

Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” ianya telah diadakan pada hari yang sama dengan hari “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ iaitu pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih pada jam 9.00 pagi.


SMS mengenai perkara ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu kepada kebanyakkan penduduk Selangor oleh Barisan Nasional Selangor.

Bernama melaporkan lebih dari 15,000 ahli Barisan Progresif India (IPF) dan ahli-ahli dari lain-lain komponen Barisan Nasional telah hadir dalam majlis tersebut sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib. baca di ( SINI )

Tapi Pencacai UMNO laporkan lebih dari 40,000 hadir dengan bermodalkan sekeping gambar..


Kalau BN Pusat yang anjur boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur?.. Kah.. kah..kah.. kesiannya kat dia..

Berikut pula adalah video dari TV3 yang memaparkan Najib sedang berucap dalam majlis itu, jangan dengar apa Najib auta tu lihat berapa orang yang hadir dalam majlis Najib itu sebenarnya..


Berapa orang??.. Kameraman pun malu nak fokus kepada hadirin..

Tetapi adakah anda yakin bahawa kehadiran mereka adalah benar-benar kerana untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib??.. gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya...

Lautan? Manusia juga hadir..

Mereka dilayan umpama pelarian..
Hanya untuk mendapatkan sedikit imbuhan..
Ada yang pengsan kerana bersesak-sesak untuk mendapatkan habuan
Habuannya hanya sekampit beras dan juga tepung.
Diangkut dengan puluhan bas dari serata negeri

Warga asing? turut memeriahkan majlis Najib.
Mereka datang kerana Najib atau kerana Beras atau imbuhan yang dijanjikan?


Agak sukar untuk mencari gambar-gambar Himpunan Najib ini sebenarnya, kerana hari ini boleh dikatakan kebanyakkan macai-macai UMNO peliharaan Najib lebih suka untuk melaporkan tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat..

Malah ada antara mereka yang lebih aktif dari Blogger Pro Pakatan Rakyat dalam melaporkan program yang melibatkan penyokong Pakatan Rakyat.

Mungkin mereka menyedari program Najib pasti tidak akan mendapat sambutan sebagaimana program Pakatan Rakyat, kalau siarkan dalam blog pun bukan ada orang nak tengok sangat pun...

Gambar-gambar di atas datangnya dari FB Semenyih Kini

Ini sekeping gambar dari Himpunan KEbangkitan Rakyat.. bandingkan dengan gambar Himpunan Najib kat atas tu..


Yang hadir di Stadium ini.. tidak diberikan walau sebutir beras sekalipun oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat malah segala perbelanjaan untuk hadir adalah ditanggung sendiri..

lagi gambar-gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat tu sila lihat di ( SINI ), Video sila lihat di ( SINI )