Showing posts with label MELAKA. Show all posts
Showing posts with label MELAKA. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Rumah bekas exco Melaka dipecah masuk ketika beliau sibuk di Kuala Besut


Tatkala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Ab Karim Sulaiman sibuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, rumahnya di Sungai Udang di Alor Gajah dipecah masuk awal pagi ini.

Menantu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu, Amir Ariffin, 37, berkata kejadian itu disedarinya apabila pulang ke rumah itu pada 11.30 pagi ini dan mendapati televisyen 43 inci, set teater rumah dan beberapa beg pakaian hilang.

"Ketika kejadian semua keluarga saya berada di sebuah lagi rumah kami di Kampung Seri Jeram. Ketika pulang ke rumah ini saya dapati pintu belakang rumah telah diumpil dan ada kesan tapak kaki di pagar juga rumput di belakang rumah.

"Jiran saya ada terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di tepi rumah ini pada pukul 5.30 pagi tadi dan kembali semula mengambil orang itu kira-kira sejam selepas itu. Beliau (Ab Karim) telah dimaklumkan perkara ini dan akan pulang malam ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Amir yang merupakan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Melaka berkata kira-kira dua bulan lepas rumah itu juga cuba dimasuki pencuri tetapi gagal.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes sedang disiasat. - Bernama

Tahun lepas rumah exco Melaka dipecah masuk kerugian RM200,000 baca di ( SINI )

Wednesday, 27 February 2013

Felda disaman lagi, kini di Melaka

24 FEB: Seramai 59 bekas peneroka Fekda Tun Ghafar Baba, Bukit Senggeh, Jasin memfail saman di Mahkamah Tinggi Melaka untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa plaintif tiada hutang kepada Felda, sekali gus menjadi kes mahkamah pertama melibatkan peneroka melawan Felda di Melaka.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




“Sebagai bekas peneroka, plaintif ada ‘legitimate expectation’ untuk mengetahui sama ada terdapat hutang dengan Felda.

“Jika ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan plaintif tidak pernah menyertai sebarang program atau rancangan yang diusahakan Felda sejak 2001,” katanya pada kenyataan media kepada Keadilan Daily merujuk kes saman pada 20 Februari lalu.

Sejak 1997, Kumar berkata plaintif mengurus tanah dengan bantuan Risda, malah Felda pernah menyatakan, Bukit Senggeh tak lagi diurus oleh Felda kerana bekas peneroka sudah dapat hak milik.

Beliau berkata, AJK Bertindak juga pernah menulis surat rasmi pada 23 April 2012 kepada pengurus Felda, Tun Ghafar Baba menyatakan 77 bekas peneroka Felda tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menanam semula kelapa sawit atau getah.

“Plaintif juga meminta pengurus memberi Penyata Pendapatan Tahunan dan Pinjaman Sara Hidup sehingga 2012 tapi hingga ke hari ini tiada jawapan,” katanya.

Merujuk kes bekas peneroka Chew Ah Kiw yang meninggal dunia, Kumar berkata, waris mendiang pergi ke ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur untuk menukar hak milik tanah kepada isterinya.

Namun, katanya, penukaran hak milik tidak dapat dilakukan kerana Felda menyatakan mendiang berhutang RM35,581.11.

“Ini mencemaskan plaintif lain kerana tanah milik mereka tidak pernah diurus Felda sejak 2001,” katanya.

Justeru, Kumar berkata, bekas peneroka tiada pilihan lain kecuali menyaman Felda atas kecuaian dan keengganan memberi penyata akaun, hutang bersama dengan butir terperinci kepada plaintif.


~keadilan daily




Wednesday, 30 January 2013

GURU MELAKA PULA MANGSA POLITIK BN

Hari ini (selasa) satu perhimpunan 1 Malaysia bertema Gelombang Biru akan diadakan di MITC Melaka. Semua guru-guru di Melaka diwajibkan hadir. Ramai kalangan guru merungut. Kata mereka  UMNO cakap tak serupa bikin. Bila pembangkang buat, terus kena tapi bila mereka buat, bebas sebebas bebasnya. Inilah perangai UMNO yang tak pernah berubah dari dulu kini dan selamanya. Tiada cara lain lagi bagi UMNO untuk kumpulkan orang seramai mungkin. tak lain dari cara ugut dan mewajibkan kedatangan. Inilah tanda-tanda yang sangat ketara hayat UMNO kian hampir ke penghujungnya.