Showing posts with label Himpunan. Show all posts
Showing posts with label Himpunan. Show all posts
Saturday, 27 July 2013
Thursday, 4 July 2013
Pemimpin yang tolak Himpunan Blackout 505 jangan benarkan berkempen di Kuala Besut.
![]() |
| Datuk Paduka Husam Musa antara nama yang dicadangkan sebagai Pengarah Operasi Induk Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut.Dengan Kuala Besut dianggap sebagai sebuah Republik,kerana bahasa dan budaya yang hampir dengan masyarakat Kelantan Datuk Husam Musa merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan. DatukHusam Musa sebagai Pengarah Operasi Induk,boleh menapis tenaga utama yang perlu turun ke Dun Kuala Besut. Pemimpin yang menolak Himpunan Blackout 505 baru-baru ini jangan benarkan berkempen di Dun Kuala Besut.Pemimpin itu tidak tahu denyut nadi rakyat. |
Wednesday, 20 March 2013
Ribuan banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Najib nak rampas Kedah macam mana ni?
Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan.
Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing.
Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.
Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian.
Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.
Sumber info dan lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )
Thursday, 31 January 2013
HKR HIMPUNAN KEHANCURAN ROSMAH?
09:37
Himpunan, KEHANCURAN, ROSMAH?
Nampaknya puak-puak UMNO ni dah makin bacul dan dilanda tekanan 'ketakutan' yang amat sangat. Satu persatu mereka cuba sabotaj HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR). Utusan Malaysia yang kini sangat popular dengan panggilan Utusan Syaitan hampir setiap menukarkan tajuk HKR dengan Himpunan Shamsidar. Haha...bangang tahap gaban. Suka-suka hati je nak ubah Majlis orang lain dengan ayat sendiri. Apakata kalau kita tukar pulak perkataan HKR tu jadi Himpunan Kehancuran Rosmah ? Mesti puak-puak UMNO akan melenting dan ketika itu juak-juak penjilat dan pembodek akan muncul di balai-balai polis bagi menunjukkan taat setia yang membabi buta terhadap pimpinan mereka.
Selepas itu, puak-puak ini cuba memasang kain rentang kononnya di HKR ini nanti bendera baru Malaysia akan diperkenalkan. Kain rentang ini digantung di banyak tempat. Nampak sangat mereka semakin memperbodohkan diri sendiri. Diramalkan Utusan Syaitan akan memperbesar-besarkan benda ini walaupun mereka tahu ini kerja puak-puak jahanam mereka sendiri.
Sejak semalam banyak kain-kain rentang tentang Himpunan ini dicuri dan ndibuang oleh puak-puakn ini. Lebih-lebih lagi bila mereka menyaksikan sendiri kelulusan Stadium Merdeka yang diberi pada HKR. Mereka jadi sakit hati.
Terkini, semalam penulis sempat jumpa beberapa orang kawan dari Pemuda UMNO bahagian. Mereka mula bercerita dan mereka fitnah supaya orang percaya bahawa setiap peserta HKR dibayar RM300 tiap seorang oleh Kerajaan Negeri Selangor!!! Haha..tambah bengap mereka ini nampaknya.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana khuatir jumlah peserta yang akan hadir nanti sangat besar dan menggugat UMNO dan BN. Jadi, sebelum berlangsungnya HKR ini, mereka fikir lebih bagus diwarwarkan fitnah kononnya setiap peserta Himpunan dibayar RM300 tiap seorang, sebab itulah jumlah orang yang berhimpun sangat ramai.
Penulis tak pernah nampak mereka begitu 'goyang' seperti sekarang ini. Mereka sentiasa cuba fikir bagaimana nak menggagalkan himpunan rakyat ini.
Tapi bukti seluruh dunia telah menceritakan bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Kebangkitan Rakyat, tidak dapat dihalang. Ianya pasti berlaku!!
Saturday, 19 January 2013
Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi beras untuk kumpul 15,000 orang.. (video inside)
06:10
(video, 000, 15, beras, Himpunan, inside), Kebangkitan, kumpul, Najib, orang.., Rosmah:, terpaksa, untuk
Selain Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka , satu lagi himpunan yang bertemakan rakyat juga telah berlangsung di semenyih dan ianya adalan anjuran Barisan Nasional.
Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” ianya telah diadakan pada hari yang sama dengan hari “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ iaitu pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih pada jam 9.00 pagi.
SMS mengenai perkara ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu kepada kebanyakkan penduduk Selangor oleh Barisan Nasional Selangor.
Bernama melaporkan lebih dari 15,000 ahli Barisan Progresif India (IPF) dan ahli-ahli dari lain-lain komponen Barisan Nasional telah hadir dalam majlis tersebut sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib. baca di ( SINI )
Tapi Pencacai UMNO laporkan lebih dari 40,000 hadir dengan bermodalkan sekeping gambar..
Kalau BN Pusat yang anjur boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur?.. Kah.. kah..kah.. kesiannya kat dia..
Berikut pula adalah video dari TV3 yang memaparkan Najib sedang berucap dalam majlis itu, jangan dengar apa Najib auta tu lihat berapa orang yang hadir dalam majlis Najib itu sebenarnya..
Berapa orang??.. Kameraman pun malu nak fokus kepada hadirin..
Tetapi adakah anda yakin bahawa kehadiran mereka adalah benar-benar kerana untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib??.. gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya...
![]() | ||||||||||||
Lautan? Manusia juga hadir..
Mereka datang kerana Najib atau kerana Beras atau imbuhan yang dijanjikan? Agak sukar untuk mencari gambar-gambar Himpunan Najib ini sebenarnya, kerana hari ini boleh dikatakan kebanyakkan macai-macai UMNO peliharaan Najib lebih suka untuk melaporkan tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat.. Malah ada antara mereka yang lebih aktif dari Blogger Pro Pakatan Rakyat dalam melaporkan program yang melibatkan penyokong Pakatan Rakyat. Mungkin mereka menyedari program Najib pasti tidak akan mendapat sambutan sebagaimana program Pakatan Rakyat, kalau siarkan dalam blog pun bukan ada orang nak tengok sangat pun... Gambar-gambar di atas datangnya dari FB Semenyih Kini Ini sekeping gambar dari Himpunan KEbangkitan Rakyat.. bandingkan dengan gambar Himpunan Najib kat atas tu.. Yang hadir di Stadium ini.. tidak diberikan walau sebutir beras sekalipun oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat malah segala perbelanjaan untuk hadir adalah ditanggung sendiri.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)






















