Showing posts with label bersama. Show all posts
Showing posts with label bersama. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Bersama humbankan BALACI [Saksikan SIAPA...]

Mobilisasi dan Solidariti Rakyat menentang penipuan pilihan raya

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia pencinta demokrasi yang sebenar-benarnya untuk turun ke Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013 sebagai satu tanda mobilisasi dan solidariti rakyat dalam menengakkan kebenaran dan kezaliman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang turut didalangi oleh pimpinan Umno/BN untuk menang secara kotor dan jijik serta tidak bertamadun.

Kebobrokkan SPR menjadikan PRU 13 antara pilihanraya yang terjijik dikendalikan oleh badan yang ternyata tidak telus dan kotor, menjadi 'balaci" kepada pimpinan Umno/BN untuk terus mempertahankan Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri.

Patisyen yang dikemukan oleh pakatan Rakyat adalah merupakan bukti yang menunjukkan kegagalan institusi yang sewajarnya bertindak adil, telus dan profesional. Ternyata SPR tidak mempunyai integriti dan kredebiliti dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab kepada mereka mengendalikan pilihan raya.

Kewajaran Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota SPR WAJIB meletakkan jawatan dan turut didakwa ke muka pengadilan terhadap jenayah dan penipuan yang mereka lakukan menjadi 'balaci dan barua' kepada pimpinan Umno/BN.

Walau pihak polis terus menjadi penghalang kepada perhimpunan pada esk 22 Jun 2013 dengan pelbagai alasan dan dilihat mengikut telunjuk pimpinan Umno/BN.

Rakyat tidak perlu gentar dan terus mara ke vanue-vanue yang telah ditetapkan.
Tuntutan kepada himpunan ini adalah bersifat positif dan perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malasia yang mencintai demokrasi dan menghayati satu sistem pilihan raya yang benar-benar telus,adil dan profesional.

Beberapa himpunan sebelum ini tanpa provokasi daripada pihak polis atau mana-mana pihak ternyata berjalan dengan aman dan tidak berlaku sebarang insiden.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, bersama kita ke Padang Merbuk dengan meraikan demokrasi dan gesaan agar seluruh Anggota SPR meletakkan jawatan dan didakwa tidak profesional dan dihadapkan ke muka pengadilan.


Saturday, 30 March 2013

Pengerusi BN Pulau Pinang menyesal berhimpun bersama PERKASA..


Bagi mengelakkan Barisan Nasional Pulau Pinang terus ditolak oleh masyarakat bukan Melayu Pulau Pinang kerana dilihat bersekongkol dengan PERKASA semalam, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengatakan beliau kesal bersama PERKASA.

Semalam Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, kelihatan gembira dengan kehadiran lebih dari 5,000 orang dalam himpunan 'Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang' bagaimanapun tindakan kurang bijak beliau telah menerima kritikan.

Teng memberitahu wartawan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan itu sekiranya mengetahui mengenai penglibatkan PERKASA.

“Jika mereka mahu dakwa mereka anjur perhinpunan ini, apa saya boleh buat? Saya sudahpun sampai di sini,” kata Teng ketika ditanya mengenai sebab beliau menghadiri acara tersebut.

“Jika mereka mahu menyelinap masuk, apa saya boleh buat? Saya tidak akan berada di sini jika saya tahu PERKASA adalah sebahagian daripadannya, kata Teng yang juga ketua parti GERAKAN Pulau Pinang.

Barisan Nasional leaders are lending credibility to Perkasa by joining a demonstration in Esplanade organised by the Malay supremacist group yesterday.

Baljit Singh, who heads the state Gerakan legal and human rights bureau, said participation of BN leaders would give a wrong perception that the coalition was collaborating with Perkasa.

Among those present were state BN chairman Teng Chang Yeow, state Umno’s deputy chairman Musa Sheikh Fadzir and secretary Azhar Ibrahim, state MIC deputy chief L Krishnan and Teluk Bahang assemblyman Dr Hilmi Yahaya. Baljit said BN leaders should have realised that they cannot be seen standing side-by-side with leaders and members of an organisation that espoused racial supremacy.

He said Perkasa’s Malay agenda contradicted BN concept of 1Malaysia, recalling that BN leadership had on countless occasions denied links with the Ibrahim Ali-led NGO.

Moreover, he told FMT that Perkasa was despised by non Malays. “Public perception is important in politics. By joining a protest that included Perkasa, BN leaders are lending support to the group. “BN may just lose more non-Malay votes,” warned Baljit, who boycotted the event as a protest against Perkasa participation ~ Free Malaysia Today

Kah..kah..kah... Kesian kat macai-macai PERKASA.. langsung tak dihargai rupanya mereka itu.. inilah yang dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...

Tapi alasan yang Teng berikan itu iaitu  “Jika mereka mahu dakwa mereka anjur perhinpunan ini, apa saya boleh buat? Saya sudahpun sampai di sini,”.. adalah satu lagi cubaan memperbodohkan rakyat Pulau Pinang..

Dia bercakap seolah-olah beliau telah terbang dari Washington semata-mata untuk ke Padang Kota, walhal beliau datang dengan kereta.. kalau tidak bersetuju dengan PERKASA beliau boleh segera berdedar dari Padang Kota..

Dulu nak cover malu sebab Psy tak hingin gaul Yee Sang dengan Najib dan dia punya pasal Pengerusi BN Pulau Pinang ni cuba memperbodohkan rakyat, kononnya nyawa Psy diancam baca di ( SINI )

Friday, 15 February 2013

Najib makan 'Nasi Kandar Beratur' bersama buruan Interpol Fariz Musa kata..


Kemunculan Daniyar Nazarbayev (gambar sebelah anak Najib), warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam semalam bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.



“Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.

“Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang,” kata Fariz ketika dihubungi.


Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit.

“Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri.

“Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi ~ Keadilandaily


Baca apa yang dilaporkan oleh The New York Post itu di ( SINI )
Dan baca juga laporan yang mengatakan bakal besan Najib ditahan oleh Interpol di ( SINI )