Showing posts with label kantoi. Show all posts
Showing posts with label kantoi. Show all posts

Monday, 4 February 2013

Janda anak 3 kantoi berbogel dengan remaja

Dungun – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.

Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.

Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.

Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.

Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh.


sumber sini



Menteri kantoi SPRM,tapi tiada tindakan.

Harakahdaily, 25 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.