Showing posts with label ni.... Show all posts
Showing posts with label ni.... Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 : 'Kurang Cerdik' nya kenyataan Menteri Dalam Negeri ni...


Sekali baca nampak macam cerdik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ini tapi bila difahami hanya 'kurang cerdik' beliau yang menyerlah.

Dalam cubaannya untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan dalam hal passport curi yang begitu mudah digunakan untuk menaiki penerbangan MH370 yang masih hilang hingga kini, Zahid menuding jari kepada pihak Imigresen.

Beliau telah mengarahkan satu siasatan dalaman.. "Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Yang kelihatan kurang cerdik dalam hal ini ialah bilamana Zahid mengatakan..Tak kan pegawai Imigresen tak boleh fikir orang Eropah wajahnya seperti orang asia berdasarkan passport yang dipegang mereka..

Sebabnya ialah jika ibu bapa kepada pemegang passport itu adalah orang asia.. tinggal dikutub utara sekalipun anak yang dilahirkan oleh mereka tetap akan berwajah Asia.. takkan berwajah macam orang Eskimo punya..

Orang Asia yang berhijrah ke Britain ataupun Kanada dan diberikan kerakyatan oleh negara tersebut dan memegang passport negara tersebut, wajahnya tak akan berubah.. dari gelap mungkin akan cerah sikit.. itu saja..

Begitulah juga sebaliknya jika orang Eropah pula berhijrah ke Asia, muka dia tetap akan macam orang Eropah.. tak adanya nak bertukar jadi macam muka orang Asia..

Senang saja dia nak lepaskan diri... main sembur membuta tuli saja..

Lagipun apa nak di hairankan dinegara kita ini, manusia berwajah Bangla pun berlambak yang memegang passport dan mykad Malaysia..

Altantuya dulu pernah masuk Malaysiakan?.. Kenapa rekod kemasukkannya hilang?.. tak hairan ke Zahid?

Laporan berkaitan...

Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. 
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. 
Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 
Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. 
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. 
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. 
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

Sunday, 23 February 2014

Teressa Kok takkan semua nak salah UMNO kot?.. Tengok betul-betul gambar-gambar ni...


Bukan aku nak menyokong UMNO/BN dalam hal ini, tapi nampak macam ada benda yang tak kena dengan insiden bangkai ayam dan cat merah di pejabat Teressa Kok semalam yang menimbulkan beberapa persoalan..

Mula-mula kita baca dulu apa yang Malaysiakini laporkan tentang insiden ini..


.... Cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Bangkai ayam dan gambar Teresa turut ditemui pada kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, oleh pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut, Sim Foo Lan.

Sim kemudian memaklumkannya kepada Teresa dan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Bercakap kepada media di tempat kejadian, Teresa berkata beliau percaya kejadian itu berkaitan dengan kontroversi video satira politik 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Beliau mendedahkan satu kalungan bunga pengebumian juga ditemui di depan pejabatnya awal bulan ini, pada hari keenam sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya menyeru semua pihak, termasuk media sosial dan penulis blog untuk berhenti memainkan (isu ini). Mereka sudahpun memainkan isu ini selama dua minggu...

"Mereka harus tahu dari sarikatanya. Tidak ada apa-apa dalam kandungan video itu yang menghina orang Melayu atau pemimpin negara," kata Kok.

Naib pengerusi DAP itu bimbang keselamatan dirinya terancam oleh siri kejadian terhadapnya, termasuk demonstrasi di jalanan Kuala Lumpur, di mana sekumpulan NGO Islam menawarkan ganjaran wang untuk menamparnya.

Bagaimanapun, Teresa berkata, orang ramai juga "sangat marah" dengan semua kejadian yang berlaku itu.

Ditanya sama ada dia takut, Teresa berkata: "Ya dan tidak. Saya masih perlu meneruskan kerja saya dan menghadiri majlis untuk bertemu rakyat.

"Saya tidak mempunyai pengawal peribadi. Tetapi apabila saya menghadiri majlis, akan ada lebih ramai orang bersama saya."

Sambil mengutuk kejadian hari ini, Teresa berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana tangga tersebut dikongsi oleh pemilik lapan unit lain di situ.

Sim, yang turut menghadiri sidang akhbar itu, berkata beliau mengesyaki kejadian itu berlaku antara pukul 11 ​​malam semalam dan 6 pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh beberapa pekerja restoran di sebelah bahawa semua itu tidak ada apabila mereka balik pada jam 11 malam semalam.

"Tetapi mereka mendapati cat disimbah di tangga itu semasa mereka membuka restoran itu kira-kira jam 6 hari ini," kata Sim...


Persoalan yang timbul dalam hal ini bila gambar-gambar insiden tersebar dalam alam maya ini..


1- Bagaimana bangkai ayam itu boleh diletakkan ditangga sedangkan bangkai ayam tersebut kelihatan lebih besar dari jeriji besi itu?.. tengok gambar ayam itu yang dipegang anggota Polis di bawah..



2- Bagaimanapula Pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut boleh mengetahui kertas yang dilipat itu adalah gambar Teressa (gambar atas) sedangkan ianya berada di dalam dan jeriji besi tersebut dikatakan hanya dibuka setelah pihak Polis tiba?

3 - Paling menarik ialah... kenapa cat merah yang didakwa dilontar dari luar itu, langsung tidak terpercik ke jeriji besi yang berkunci itu?.. tengok gambar di bawah..


4- Tengok juga gambar dibawah ini.. ketepatan cat dilontar juga amat mengkagumkan, selain tidak langsung menyentuh jeriji besi, dinding luar pejabat juga tak terkesan..


... Kerja siapa agaknya?.. kerja orang luar atau orang dalam? Takkanlah semuanya nak disalah kan UMNO/BN kot?..

Lainlah kalau sipelaku itu menggunapakai satu teknologi persenjataan yang baru yang sedang dibangunkan oleh Zorg Industries dari US tu..

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah peluru yang akan meletup setelah ianya ditembak selepas ianya melepasi dinding sesebuah bangunan...

Siapa yang minat nak tahu pasal teknologi tu sila baca di SINI

Apapun.. encik-encik Polis siasatlah sebaik mungkin dan selamat menjalankan tugas...