Showing posts with label pertama. Show all posts
Showing posts with label pertama. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Anak Saudara Timbalan Menteri Orang Pertama Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang..


Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai anak saudara kepada timbalan menteri.

Dia dikatakan telah melompat dari jambatan Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun dia diselamatkan oleh nelayan sejauh kira-kira 500 meter dari KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, tempat di mana dia dipercayai terjun.

Polis marin tiba tidak lama kemudian dan membawanya ke pangkalan di Batu Uban.

Beliau kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145.

Pada 6 Jun 2013, tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan.

Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ~ mStar

 
Anak sedara siapalah ni???

Monday, 3 March 2014

Kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang


Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau. 

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.


Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Najib.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.

Jambatan itu turut mencatat sejarah sebagai jambatan terpanjang di Asia. Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.

Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatan tersebut mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi. 

HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara ~ AntaraPos


... Mungkin sebab ada yang berhenti atau memperlahankan kenderaan kot... semalam ramai yang berhenti tengah-tengah jambatan tu untuk bergambar..

Papantanda ni buat aku tertanya-tanya.. apa ejaan yang betul?. Glugor atau Gelugor?