Showing posts with label dikritik. Show all posts
Showing posts with label dikritik. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Video Kerajaan dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..


Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.

Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.

Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter.

Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.

Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan.

Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat.

Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik.

Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO..

Saksikan!!


Kemana menghilang macai-macai ini sekarang agaknya?

Saturday, 2 March 2013

Komen Salleh Yaakob setelah dikritik hebat

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat."

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,"
-utusan online

Itu luahan Salleh Yaakob setelah dia berkelakuan "songsang" dengan mengkritik pakatan rakyat dalam siri video "bangkang dari longkang".Lagi ...





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Petikan video tersebut boleh ditonton di sini

Semalam PBO sengaja membuka siaran sinar pagi melalui stesen radio sinar.fm. Memang Salleh Yaakob tak muncul pagi tu. Tempat beliau digantikan olehDato' Fadzilah Kamsah yang juga pernah mencetuskan suasana "panas"dengan mengkritik PAS. Video tersebut boleh rujuk sini

PBO ingin tahu, siapa yang menaja video "bangkang dari longkang" tersebut?

p/s: apa reaksi anda dengan keputusan Salleh Yakob?